Ai no Tane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulit Depan Ai no Tane

Ai no Tane (愛の種) merupakan single tak rasmi atau demo dari kumpulan J-pop, Morning Musume. Single ini dipasarkan pada 3 November 1997 dibawah sub-label zetima.

Lagu ini kemudian dimuatkan dalam single pertama Morning Musume, Morning Coffee, album pertama Morning Musume First Time, album kompilasi Best! Morning Musume 1 dan Versi karaoke (instrumental) untuk lagu ini juga terdapat dalam album Morning Musume Early Single Box.

Isi kandungan

[sunting] Penerbit

Ai no Tane

  • Penulis Lirik: Saeki Kenzō
  • Komposer: Tetsutarō Sakurai
  • Susunan lagu : Tetsutarō Sakurai

[sunting] Sejarah Single

Pada 1997, Sharan Q telah mencipta sebuah pertandingan mencari bakat iaitu "Josei Rokku Vōkarisuto Ōdishon" (女性ロックヴォーカリストオーディション?) dibawah rancangan Asayan. Selepas pertandingan, produser dan vokalis Sharan Q, Tsunku telah mencabar Yuko Nakazawa, Aya Ishiguro, Kaori Iida, Natsumi Abe, dan Asuka Fukuda (lima peserta yang kalah dalam pertandingan itu) untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan mengeluarkan album single, dimana sekiranya mereka berjaya menjual 50,000 unit CD, mereka akan dapat satu 'record deal'. Mereka menubuhkan kumpulan bernama Morning Musume, merakamkan lagu Ai no Tane dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.

[sunting] Senarai Lagu

  1. 愛の種 (Ai no Tane)

[sunting] Anggota kumpulan Morning Musume yang terlibat dalam single ini

[sunting] Pantauan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain