Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aidil Zafuan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir 3 Ogos 1987 (25 tahun)
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Tinggi 1.70 m (5 ka 6+78 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Negeri Sembilan
Nombor 7
Kerjaya remaja
2004-2005 Negeri Sembilan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006-2011 Negeri Sembilan 0? 0(9)
Pasukan kebangsaan
2007- Malaysia Malaysia 024 0(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Januari, 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 November, 2009

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Isi kandungan

Kerjaya [sunting]

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pasukan Remaja Kebangsaan [sunting]

Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Bersama Negeri Sembilan [sunting]

Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia

Pasukan Bawah 23 Tahun Kebangsaan [sunting]

Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.

Pasukan Kebangsaan [sunting]

Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea F.C..

Kehidupan peribadi [sunting]

Aidil telah melansungkan perkahwinan bersama pelakon Rita Rudaini (32), pada Februari 2008 di Songkla Thailand.Beliau telah di kurniakan dua orang anak lelaki.

Gol Antarabangsa [sunting]

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 18 Julai, 2007 Shah Alam, Malaysia  Kemboja 6-0 (M) Persahabatan

Pautan Luar [sunting]