Aiki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aiki
Genreaksi, ecchi, seni bela diri, matang, seinin
Manga
PengarangIsutoshi
PenerbitJepun Shonen Gahosha
Portal Anime dan Manga

Aiki (Jepun: 愛気, Hepburn: Aiki, secara literal bermaksud "Semangat Cinta") adalah sebuah manga karya Isutoshi. Ia bergenrekan aksi, ecchi, seni bela diri, matang dan seinen.[1] Siri manga ini disirikan di Young King dan mula diterbitkan pada tahun 2005.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Terdapat pergaduhan di sekolah tinggi Juzenji disebabkan oleh kerana perebutan kuasa untuk menguasai sekolah. Cucu kepada Ketua Pengarah sekolah meminta bantuan daripada seorang pakar seni Aikido. Adakah dia akan membantu? Atau adakah dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar dengan cara budak lelaki nakalnya?[3]

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Kunitoshi Joukyuu — seorang pakar seni Aikido. Kekuatannya telah dikurangkan oleh ayahnya sebanyak 50% daripada kekuatan asal.
  • Kizuki — cucu kepada Ketua Pengarah sekolah tinggi Juzenji. Kizuki merupakan seorang yang berbakat dalam seni bela diri.
  • Miu Takatori — sepupu kepada Kunitoshi. Miu adalah seorang ahli seni bela diri yang hebat dan antara yang paling hebat di sekolah tinggi Juzenji.
  • Metara — cikgu di sekolah tinggi Juzenji, mengajar Bahasa Inggeris. Watak ini bersenjatakan dua pucuk pistol.
  • Homei — juga merupakan seorang cikgu dan mengajar Pendidikan Jasmani di Juzenji. Seni bela diri yang digunakan watak ini adalah gusti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]