Ainon Khariyah Mohd Abas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Y.Bhg. Dato' Hajah Ainon Khariyah Dato' Haji Mohd Abas dari (Barisan Nasional - UMNO ) memenangi kerusi pilihan raya 1995 Parlimen Parit menewaskan Ahmad Subki Abd Latif (PAS) dengan majoriti 7,573.

Beliau turut memenangi kerusi pilihan raya 1999 DUN Kampong Gajah, Perak menewaskan Mustafa Shaari (PAS) dengan majoriti sebanyak 1,043. Pada Pilihanraya Umum 2004, Y.Bhg Dato Ainon tidak bertanding dan melepaskan jawatan beliau kepada calon lain dari Barisan Nasional.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah sepupu bekas Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Perak dan Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum itu. Beliau juga merupakan anak sulung kepada Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Abas Ahmad, bekas Ahli Parlimen Malaysia & Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari Parti Perikatan (Barisan Nasional-UMNO) Hilir Perak (yang termasuk Kampong Gajah ketika itu) & Hutan Melintang yang berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 3 penggal, dari 1959-1964, 1964-1969 & 1969-1974.

Selain dari itu, menantu beliau, YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Barisan Nasional-UMNO), yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Bendahari Puteri UMNO Malaysia, Bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak & Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak, turut memenangi kerusi pilihanraya 2008 DUN Kampong Gajah. YB Datuk Dr Wan Norashikin telah menewaskan Mustafa Shaari (PAS) dengan majoriti sebanyak 1,416. Ini bermakna kerusi DUN Kampong Gajah pernah disandang oleh ketiga-tiga mereka ini pada masa yang berlainan.

Beliau kini memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak & Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Pasir Salak. Beliau juga pernah menjadi Ketua Wanita Umno Negeri Perak & Ahli EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Y.Bhg Dato Hajjah Ainon Khariyah juga merupakan salah seorang daripada dua calon yang bertanding kerusi kedua tertinggi dalam Pergerakan Wanita UMNO di peringkat Nasional, iaitu Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pada Pemilihan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO 2000. Kerusi ini akhirnya telah dimenangi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat YB Senator Dato Seri Sharizat Abdul Jalil.

Setelah memenangi kerusi yang ditandinginya sewaktu Pilihanraya 1995, beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Parit, dan seterusnya dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Ketika memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah beliau pula dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Perak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Masyarakat Negeri Perak.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan Postgraduate Master's Degree (MA) dari Leeds University di Leeds, England, United Kingdom dan Bachelor's Degree (BA Hons) dengan kelayakan Magna cum Laude dari Marshall University di Huntington, West Virginia, United States of America. Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan & Pensyarah di Pusat Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Y.Bhg Dato Hajjah Ainon Khariyah telah lama mendirikan rumahtangga bersama Haji Mohd Ismail Haji Mohd Shaari, dan memiliki 3 orang anak, 3 orang menantu serta 7 orang cucu.