Ainon Mohd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ainon Muhammad)
Ainon Mohd
Pengerusi & Pengasas
PTS Media Group
Memegang jawatan
2000
Ahli Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dalam jawatan
2019–2021
PemimpinMohamed Hatta Shaharom (2019-2020)
Awang Sariyan (2020-2021)
Butiran peribadi
LahirAinon binti Muhammad
(1950-02-11) 11 Februari 1950 (umur 74)
Jenjarom, Selangor
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanMalaysia Malaysia
PasanganAbdullah Hassan
PendidikanUniversiti Malaya
Universiti Leeds
PekerjaanPenulis, Usahawan
Laman web rasmiwww.ainonmohd.com
ainonmohd.my

Ainon Muhammad @ Ainon Mohd. (lahir di Jenjarum, Selangor pada 11 Februari 1950) adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.[1] Kini, beliau dan suaminya Prof Abdullah Hassan tinggal di Janda Baik, Pahang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ainon Mohd. memegang Ijazah Sarjana Muda (Linguistik dan Sastera, 1973), Diploma Penterjemahan dan Interpretasi (1977) daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Linguistik) daripada Leeds University (1979).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat di DBP dari 1973 - 1988, dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi klien beliau adalah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Di samping itu, dalam tahun 1990-an, beliau mempunyai pojok Teknik Berfikir dalam Utusan Malaysia. Penglibatan sebagai jurulatih bidang berfikir dan kreativiti serta pojok ini memberikan beliau gelaran De Bono Malaysia.

Memandaikan Bangsa[sunting | sunting sumber]

Demi iltizam mengembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan demi "memandaikan bangsa melalui bahasa Melayu," maka pada tahun 2000, beliau menubuhkan PTS Publications & Distributors. Syarikat penerbitan ini khusus menerbitkan dan mengedarkan buku-buku ilmu dalam bahasa Melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendekiawan Malaysia. Kini, pengurusan PTS diterajui anak sulung beliau, Arief Hakim Sani. Ainon Mohd. kini memberi tumpuan aktif membangunkan generasi penulis melalui latihan dan bimbingan menulis dan menterjemah.

Teori Surah Yusuf, Teori Terjemahan Islami, dan Kaedah KJ[sunting | sunting sumber]

Melalui bengkel-bengkel latihan beliau untuk penulis buku-buku PTS, beliau mengasaskan tiga pendekatan: (1) Kaedah KJ bagi menjana dan menyusun idea dalam menulis buku ilmu, (2) Teori Surah Yusuf dalam menghasilkan karya kreatif, dan (3) Teori Terjemahan Islami dalam menterjemah. Prestasi barisan penulis, editor, penerbitan dan pemasaran buku-buku PTS, adalah bukti keberkesanan pendekatan ini. Sila layari laman <www.universitipts.com/>.

Tim Psikologi Hadith[sunting | sunting sumber]

Tim Psikologi Hadith ditubuhkan bagi mengkaji konsep, prinsip dan teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad gunakan dalam membangunkan tenaga manusia.[2]

Hasil daripada kajian ini akan digunakan bagi menghasilkan modul-modul latihan untuk agensi korporat dan kerajaan.

Kerja Amal[sunting | sunting sumber]

Selain daripada itu, beliau juga menjalankan kerja sosial, terutama sekali menjaga kebajikan kelompok orang Asli di Janda Baik. Beliau sering dijadikan tempat aduan mereka, dan rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk orang asli di kampung beliau.

Karya[sunting | sunting sumber]

Secara individu, Puan Ainon menghasilkan lebih daripada 30 buah buku dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti. Dan bersama suaminya, Dr. Abdullah Hassan, juga seorang ahli linguistik bahasa Melayu, mereka menulis banyak buku dan kamus. Buku Teori dan Teknik Penterjemahan, Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah, Kamus Peribahasa Kontemporari, Kamus Peribahasa, Kamus Bidalan dan Pepatah, Kamus simpulan Bahasa dan Tesaurus Melayu, adalah karya mereka yang menjadi rujukan penting.

Buku[sunting | sunting sumber]

  • 1996: Seni berfikir kreatif. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9676107174
  • 2001:
    • Siri kepimpinan: bakat dan kemahiran memimpin. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    • Kamus peribahasa kontemporari. PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 983337638X
  • 2002: Mendorong diri sendiri. PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9832311322
  • 2003:
    • Belajar berfikir. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831922883
    • Psikologi kejayaan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311152
    • Panduan menggunakan teori motivasi di tempat kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831921933
    • Kamus Pepatah Bidalan & Perumpamaan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831926013
    • Pemikiran lateral: Teknik-teknik berfikir cara baru untuk menerbitkan idea-idea kreatif. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311827
  • 2005:
    • Anda berfikir? Bagaimana?. PTS Millenia Sdn. Bhd. ISBN 9833372368
    • Teori dan teknik kepimpinan: panduan aplikasi di tempat kerja. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833376401
    • Kuasa Berfikir Kreatif : Teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. PTS Millenia Sdn. Bhd. ISBN 9833372724
  • 2006:
    • Teori dan teknik terjemahan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 983337669X
    • Kejayaan dari dalam. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833376932
  • Tarikh tidak diketahui:
    • Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833604080
    • Memulakan Bisnes Sendiri. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 983337607X

Ditulis bersama Abdullah Hassan[sunting | sunting sumber]

  • 1994:
    • Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Pemikiran reka cipta. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9676104809
  • 1995:
    • Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Kursus berfikir tinggi. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676105678
  • 1996:
    • Mengajar Kanak-Kanak Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
    • Belajar berfikir : Teknik menajamkan daya fikiran . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676106852
    • Pemikiran lateral Edward de Bono. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
    • Pemikiran logikal dan kritikal. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107182
  • 1997:
    • Motivasi belajar berfikir . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107506
    • Memahami pemikiran lateral. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
  • 1999:
    • Menyelesaikan masalah secara kreatif. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109614
    • Kursus berfikir untuk kolej dan universiti. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109525
  • 2000: Seni bercakap-cakap dan berbual-bual. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311012
  • 2001: Mendorong kreativiti kanak-kanak. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311969
  • 2002: Psikologi moden untuk pendakwah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311470
  • 2003: Bagaimana hendak mendorong semangat kerja : Panduan meningkatkan dedikasi dan produktiviti orang-orang bawahan. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9-83192-360-X
  • 2004:
    • Komunikasi intim. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831926145 (kulit lembut)
    • Komunikasi tempat kerja. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN
    • Komunikasi untuk pemimpin. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376398 (kulit lembut)
    • Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376878 (kulit lembut)
    • Pantun dan gurindam untuk majlis rasmi dan perkahwinan. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN

9831924479

  • 2005:
    • Kenapa saya tidak berfikir begitu? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372120
    • Pandai berfikir. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372244
    • Kuasa berfikir kreatif : teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372724
    • Berfikir seperti inventor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372600
    • Berfikir secara logik dan kritis: Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372481
    • Tesaurus Bahasa Melayu. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833376347

Majalah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]