Air Itam
Koordinat: 5°24′22″U 100°17′47″T / 5.40611°U 100.29639°T Air Itam merupakan sebuah bandar satelit di bahagian luar bandaraya George Town , Pulau Pinang, Malaysia. Kawasan Air Itam meliputi Bukit Bendera , Jalan Masjid Negeri, Jalan Padang Tembak(Boundary), Jalan Kampung Pisang, Kampung Melayu, Paya Terubong, Dhoby Ghaut dan Farlim, semuanya merupakan kawasan perumahan seperti banglo, apartment, kondominium, rumah kedai, rumah pangsa, rumah teres dan rumah Kampung. Poskod bagi kawasan Air Itam ialah 11400 dan 11500.
Antara tempat pelancongan yang terkenal ialah Bukit Bendera (Penang Hill) yang telah dibuka semula pada tahun 2011 setelah menjalani beberapa siri menaiktaraf untuk keselesaan pelancong.
Masjid Negeri Pulau Pinang dan Kuil Buddha terbesar iaitu Kek Lok Si atau Pagoda terletak di Air Itam. Mungkin ramai yang tidak mengetahui di pagoda terdapat bazar jualan yang boleh ditawar menawar untuk mendapatkan harga barangan yang terendah.
Bandar Baru seperti di Farlim menempatkan beberapa cawangan bank tempatan , cawangan pejabat kerajaan dan swasta, pusat jualan dan servis, restoran, farmasi dan cyber cafe. Beberapa Pasaraya seperti Sunshine, Econsave, dan Billion bertempat di sini. Sunshine Farlim Hypermarket akan berpindah ke Sunshine Tower yang sedang dibina bersebelahan pusat membeli belah sementara Sunshine sekarang (dijangka siap tahun 2011).Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut dan cawangan Tm Point terletak di Bandar Baru Farlim. Restoran Mc'Donalds yang terdekat terletak di Paya Terubong.
Empangan Air Itam atau Air Itam Dam merupakan tempat reakrasi selain kawasan tadahan air yang terletak di sini. Empangan yang luas membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah di pagi dan petang. Kuil Budhha terbesar terletak berdekatan jalan utama menuju ke Empangan.
Terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah jenis kebangsaan terletak di Air Itam. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling, Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sekolah Kebangsaan Ayer Itam, Sekolah Kebangsaan Sri Indah.
Populasi penduduk di Air Itam majoritinya ialah kaum Cina, diikuti Melayu, India dan lain lain. Perjalanan dari Bandar Air Itam ke Pusat Bandaraya mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit dan 30 minit dengan menaiki bas awam, Rapid Penang.
Disebabkan lokasi Air Itam berada di tengah, jadi tidak menjadi masalah untuk penduduk bergerak ke bandar utama Georgetown dengan menggunakan satu jalan sehala sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam.
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, UniFi telah memulakan perkhidmatan di negeri Pulau Pinang, tetapi kawasan bandar Air Itam hanya akan memperoleh servis ini pada penghujung tahun 2012 (seperti yang dimaklumkan wakil TM).
|
|||||||||||||||||