Air Pancut Peringatan Buxton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Air Pancut Peringatan Buxton, direka bentuk oleh Samuel Sanders Teulon, meraikan pembebasan hamba dalam Empayar British pada 1834, di Taman Menara Victoria, Millbank, Westminster, London.

Air Pancut Peringatan Buxton ialah sebuah peringatan di London, United Kingdom, yang memperingati pembebasan hamba-hamba di Empayar British pada 1834.

Ia ditempah oleh Charles Buxton MP, didedikasikan kepada bapanya Thomas Fowell Buxton dan juga William Wilberforce, Thomas Clarkson, Thomas Babington Macaulay, Henry Brougham dan Stephen Lushington, semua orang yang terlibat dalam penghapusan tersebut. Ia direka bentuk oleh arkitek Gothik Samuel Sanders Teulon (1812-1873) pada 1865 secara kebetulan dengan kelulusan Pindaan Ketiga Belas pada Perlembagaan Amerika Syarikat, yang secara berkesan menamatkan perdagangan hamba barat.[1]

Ia pada asalnya dibina di Dataran Parlimen, didirikan dengan harga kos £1,200, dan dipindahkan keluar pada 1949. Ia dipindahkan ke kedudukan kininya di Taman Menara Victoria pada 1957.[2]

Ada lapan tokoh hiasan para pemerintah Britain pada struktur ini, tetapi empat telah dicuri pada 1960 dan empat lagi pada 1971. Mereka digantikan dengan tokoh-tokoh gentian kaca pada 1980. Pada 2005 ini juga hilang, dan air pancut tidak lagi berfungsi. Di antara muzim gugur 2006 dan Februari 2007 kerja baik pulih telah dijalankan. Air pancut ini telah dibuka semula pada 27 Mac 2007 sebagai sebahagian dari peringatan ulang tahun ke-200 akta yang menghapuskan perdagangan hamba itu.[3]

Sebuah plak peringatan memperingati ulang tahun ke-150 Masyarakat Anti-Perhambaan telah ditambah pada 1989.

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Asasnya adalah berbentuk segi lapan, sekitar dua belas kaki pada diameter, mempunyai gerbang buka pada lapan bahagian, disokong dengan gugusan tangkaian batu marmar berkilat Devonshire di keliling sebuah tangkain berpusat besar, dengan empat besen granit besar. Surmounting the pinnacles at the angles of the octagon are eight figures of bronze, representing the different rulers of England; the Britons diwakili oleh Caractacus, Rom oleh Constantine, Danes oleh Canute, Saxons oleh Alfred, Normans oleh William yang Penakluk, dan sebagainya, berakhir dengan Queen Victoria. Air pancut menanggungkan suatu inskripsi pada kesannya yang ia "diniatkan sebagai suatu peringatan pada ahli-ahli Parlimen yang, dengan Mr. Wilberforce, menyokong penghapusan perdagangan hamba British, dicapai pada 1807; dan dari ahli-ahloi Parlimen yang, dengan Sir T. Fowell Buxton, menyokong pembebasan hamba di sepanjang penguasaan British, dicapai pada 1834. Ia direka bentuk dan dibina oleh Mr. Charles Buxton, M.P., pada 1865, pada tahun pemadaman perdagangan hamba dan pada penghapusan perhambaan di Amerika Syarikat."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Westminster - King St, Great George St and the Broad Sanctuary dalam Old and New London: Volume 4 (1878), m/s. 26-35, daripada British History Online
  2. Listing of 18 historic buildings amended to highlight their links to the abolition of slavery Siaran akhbar DCMS/English Heritage. 20 Disember 2007
  3. Protest disrupts slavery service BBC News. 27 Mac 2007

Koordinat: 51°29′46″N 0°07′29.25″W / 51.49611°U 0.1247917°B / 51.49611; -0.1247917