Air qamari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej komposit kawasan kutub selatan Bulan, ditangkap oleh kuar Clementine NASA dalam masa dua hari qamari. Kawasan berbayang boleh jadi mengandungi air ais tetapi masih perlu dibuktikan dan ini menggerakkan beberapa misi angkasa.

Air qamari atau air bulan merujuk kepada jumlah kecil air yang mungkin hadir pada permukaan Bulan. Air qamari mungkin hadir di zon sejuk di kutub Bulan yang sentiasa dalam bayang dalam bentuk ais. Air tidak boleh wujud dalam bentuk cecair di Bulan, dan sebarang wap air akan segera hilang ke angkasa lepas.

Pada November 2009, NASA akhirnya mengesahkan yang kuar angkasa lepasnya LCROSS telah mengesan jumlah nyata air dalam bahan yang terpancut akibat hentaman kapal angkasa itu di sebuah kawah kutub selatan.[1]

Air ini mungkin terhasil daripada perlanggaran komet, asteroid dan meteor yang membawa air dengan Bulan atau melalui proses hentaman ion hidorogen (proton) dari angin suria dengan mineral beroksigen.[2] Pencarian kehadiran air di kawasan-kawasan sejuk dan gelap telah menjadi perhatian beberapa misi qamari baru-baru ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dino, Jonas, Lunar CRater Observation and Sensing Satellite Team. "LCROSS Impact Data Indicates Water on Moon", NASA, 13 November 13 2009. Dicapai pada 2009-11-14. (Inggeris) 
  2. NASA - Lunar Prospector

Pautan luar[sunting | sunting sumber]