Air tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dzherelo, sebuah sumber am air minum di sebuah kampung Ukraine.

Air tanah, air bawah tanah, atau air bumi ialah air yang terletak di bawah permukaan bumi di dalam ruang liang tanah dan di dalam retakan formasi batuan. Satu unit batu atau satu mendapan peroi dipanggil akuifer apabila boleh menghasilkan kuantiti air boleh guna. Kedalaman yang padanya ruang liang atau retakan tanah dan lowong di dalam batu menjadi tepu sepenuhnya dengan air dipanggil muka air tanah. Air tanah diimbuh dari, akhirnya mengalir ke, permukaan secara semula jadi; nyahcas semula jadi kerap berlaku di mata air dan tiris, dan boleh membentuk oasis atau tanah lembap. Air tanah juga kerap dikeluarkan untuk kegunaan pertanian, bandar raya dan industri dengan membina dan mengendalikan telaga penyarian. Kajian taburan dan pergerakan air tanah ialah hidrogeologi, juga dipanggil hidrologi air tanah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]