Aisyah Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aisyah Aziz
Aisyah ditemuramah dalam rancangann MeleTOP di Astro Ria pada 26 Ogos 2014.
Latar belakang
Nama lahirNur Aishah binti Aziz
Kelahiran (1994-05-21) 21 Mei 1994 (umur 29)
Singapura
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2013–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
The Lomas, Ayda Jebat, Bunga Isme, Rizky Febian, Haikal Ali

Nur Aishah Aziz (lahir 21 Mei 1994) atau lebih dikenali sebagai Aisyah Aziz (Jawi: عايشه عزيز) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura.[1]

Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Tempat keenam Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Mimpi" berjaya menimpa nama beliau di industri tanah air. Dan beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.[2]

Kehidupan awal

Aisyah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang merupakan abang sulung beliau.[3][4]

Kerjaya

Aisyah mula menyanyi pada usia 5 tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga beliau berusia 11 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau menyertai program realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013. Walaupun hanya berjaya memegang tempat keenam. Lagu pertama beliau Mimpi yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir dan Omar K. berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai di Malaysia mahupun di tanah kelahiran beliau iaitu Singapura serta beliau banyak menyanyikan lagu bergenrekan pop. [5]

Pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat empat pencalonan dan memenangi kategori Kolaborasi Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014. [6] Pada 2015, Aisyah sekali lagi mendapat empat pencalonan menerusi Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015. [7]

Pada 2016, Aisyah telah mengambil cuti selama sebulan untuk menyertai program realiti di Singapura bertajuk My Squad Is Better Than Yours yang bakal ditayangkan di siaran televisyen Singapura Mediacorp Channel 5. [8]

Disamping itu, Aisyah telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk "Indah Pada Waktunya". Berdasarkan maklum positif daripada peminat, tajuk lagu ini telah dijadikan drama bersiri pendek lapan episod yang disiarkan menerusi YouTube NET. Talent Management. Drama ini mengisahkan seorang penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik yang dilakonkan oleh Rizky Febian bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Aisyah Aziz yang baru ingin memulakan karier nyanyian beliau di Indonesia. [9]

Pada 25 Januari 2019, Aisyah telah kembali dengan video musik untuk lagu terbaru beliau yang bertajuk "Bila Entah" yang dihasilkan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. [10] Lagu ini berkisarkan mengenai seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya dan berharap ia akan pulang kembali ke pangkuannya. [11]

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Album Nota
2014 "Mimpi" AF2013
2015 "Pilihan Sejati" Tiada album single
2016 "Cahaya Aidilfitri" #Rayakustik
"Pulanglah" (ft. Ayda Jebat)
"Tanda Tanya" Tiada album single
2017 "Senyum Saja" (ft. Haikal Ali)
2018 "Indah Pada Waktunya" (ft. Rizky Febian)
2019 "Bila Entah"
"Bukalah Matamu" (ft. Bunga) OST Ejen Ali The Movie
2020 "Sugar"
"Someone Else" (& Lil J)
2023 "Pujaanku" (ft. Masdo

Videografi

Video muzik

Tahun Tajuk Artis lain Pengarah Ruj.
2014 "Mimpi" Tiada ? [12]
2015 "Pilihan Sejati" ? [13]
2016 "Cahaya Aidilfitri" theMalaya Productions [14]
"Pulanglah" Ayda Jebat [15]
"Tanda Tanya" official lyric video Tiada [16]
2018 "Indah Pada Waktunya" Rizky Febian Awi Suryadi [17]
2019 "Bila Entah" Tiada Nadirah Zakariya [18]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Catatan
2018 Indah Pada Waktunya The Series Aisyah NET. Talent Management (youtube) drama bersiri pendek di Youtube.

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2013 Diari Akademi Fantasia 2013, Peserta Astro Ria Ep. 1 - 50
Diari Fantasia, Astro Ria Ep. Istimewa Aman
2016 My Squad Is Better Than Yours Mediacorp Channel 5 program realiti Singapura.
2019 hlive! Artis Jemputan Astro Ria & Astro Ria HD
Muzik - Muzik 34 TV3 25 Februari
Pop! Express ntv7 8 Mac

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Akademi Fantasia Musim 10 Tempat keenam
2014 Anugerah Planet Muzik (APM) Artis Baru Terbaik (Wanita) Tercalon
Kolaborasi Terbaik (Lagu) Menang
Artis Paling Popular (Singapura) Tercalon
Lagu Terbaik APM Tercalon
2015 Artis Terbaik Wanita Tercalon
Artis Paling Popular (Singapura) Tercalon
Lagu Paling Popular (Singapura) Tercalon
Kolaborasi Terbaik (Lagu) Tercalon
2017 Anugerah Planet Muzik (APM) [19] Lagu Terbaik APM Menang
Lagu Terbaik (Singapore) Menang

Rujukan

  1. ^ AISYAH mahu tebar sayap ke KL berita harian singapura.
  2. ^ Azwan, Aisyah tepis kontroversi. Diarkibkan 2015-04-18 di Wayback Machine utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Takut diculik?. Diarkibkan 2015-04-18 di Wayback Machine utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  4. ^ Sisi hidup Aisyah Aziz. Diarkibkan 2019-02-09 di Wayback Machine kosmo. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  5. ^ Aisyah Aziz talks about how she got her start in music, her inspirations, singing in Malay and more – watch. bandwagon. Dicapai pada 11 Disember 2018. (artikal dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Struggling makes me a strong fighter. the newpaper. Dicapai pada 17 Disember 2018. (artikal dalam bahasa Inggeris.)
  7. ^ APM 2015: Aisyah Aziz teruja berkongsi pentas 3 idola. berita harian. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  8. ^ Aisyah Aziz cuti sebulan sertai program realiti. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  9. ^ Luahan cinta jarak jauh Aisyah Aziz menjadi. berita harian. Dicapai pada 13 Julai 2018.
  10. ^ AISYAH AZIZ TAMPIL SENSUAL & KLASIK UNTUK ‘BILA ENTAH’. Diarkibkan 2019-02-09 di Wayback Machine STAIL.MY. Dicapai pada 7 Februari 2019.
  11. ^ Aisyah Aziz - Bila Entah. budiey. Dicapai pada 8 Februari 2019.
  12. ^ Akademi Fantasia 2013 - [MTV Mimpi (Aisyah).] astro gempak. Dicapai pada 1 Februari 2019.
  13. ^ Aisyah Aziz - Pilihan Sejati (Official MV). astro gempak. Dicapai pada 1 Februari 2019.
  14. ^ Aisyah Aziz - Cahaya Aidilfitri #Rayakustik2016. xeno entertaiment. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  15. ^ Ayda Jebat & Aisyah Aziz - Pulanglah (Rayakustik). xeno entertaiment. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  16. ^ Aisyah Aziz - Tanda Tanya (Official Lyric Video). aisyah aziz. Dicapai pada 3 Februari 2019.
  17. ^ Rizky Febian & Aisyah Aziz - Indah Pada Waktunya (Official Music Video). net. talent management. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  18. ^ Aisyah Aziz - Bila Entah (Official Music Video). rocketfuel network. Dicapai 1 Februari 2019.
  19. ^ Aisyah Aziz won three awards, is first Singaporean artist to pick up Best Anugerah Planet Muzik Song. straits times Singapore. Dicapai pada 17 Disember 2018

Pautan luar