Ajad Oyung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ajad O. T. Oyung)
Yang Berhormat

Ajad Bin O. T Oyung
Fail:Ajad Bin O. T Oyung.jpg
Anggota Parlimen
untuk Labuk Sugut, Sabah
Dalam jawatan
1969–1978
Digantikan olehAmpong Bin Puyon
Butiran peribadi
LahirSabah Kampung Terusan Sugut, Sabah
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Ajad Bin O. T. Oyung merupakan seorang pejuang dan penggerak awal[perlu rujukan] parti USNO (United Sabah National Organization) Barisan Nasional di Labuk Sugut Malaysia. Beliau merupakan seorang Ketua Kampung Terusan Sugut ketika era North Borneo di bawah penjajahan British selepas mengambil alih tugas tersebut daripada ayahanda beliau iaitu O. T. Haji Oyung Bin Amalan. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan sebelum terpilih menjadi Ahli Dewan Rakyat Kawasan Labuk Sugut termasuklah sebagai Ahli Majlis Daerah dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kawasan Sugut selepas beliau membantu USNO memenangi Kerusi DUN Sugut pada Pilihanraya Umum Negeri Sabah 1967. Beliau cukup disenangi dan dikenali ramai dengan sikap beliau yang suka menolong penduduk kampung khususnya di Labuk dan Sugut. Atas sebab itu, pada Pilihanraya Umum Malaysia 1969 iaitu Pilihanraya yang pertama disertai oleh negeri Sabah selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, beliau telah dipilih oleh Presiden USNO iaitu YAB Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun untuk bertanding atas tiket parti USNO Barisan Nasional bagi Kerusi Parlimen Labuk Sugut dan telah menang dalam Pilihanraya Umum Malaysia tersebut (Pilihan Raya Umum Malaysia 1969). Beliau dipilih semula sebagai Calon USNO dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan telah memenangi kerusi Parlimen Labuk Sugut sekali lagi. Selain penglibatan dalam politik, beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Agung Penaja Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh YAB Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. USIA telah didaftarkan pada 10 Oktober 1969 untuk memainkan peranan dalam gerakan dakwah di Negeri Sabah, termasuk penubuhan MUIS pada 1972. Beliau merupakan Pengasas bagi USIA Bahagian Labuk Sugut dan telah menjadi Ketua Bahagian USIA sehingga pertengahan 1980-an. Selepas berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Labuk Sugut daripada tahun 1969 sehingga 1978, beliau telah memberikan laluan kepada calon yang lebih muda iaitu Ampong Bin Puyon yang telah terpilih untuk bertanding atas tiket USNO di kawasan Labuk Sugut dalam Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-5 (Pilihan Raya Umum Malaysia 1978).

Beliau turut terlibat pada ketika itu membantu Ampong Bin Puyon dalam pilihanraya tersebut untuk memastikan Kerusi Parlimen Labuk Sugut kekal dimenangi oleh USNO. USNO berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Labuk Sugut menewaskan Calon daripada Parti Berjaya. Antara Bintang kebesaran yang dianugerahkan kpd beliau diatas jasa-jasa beliau ialah Ahli Darjah Kinabalu (ADK) 1975 dan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) 1978.

Perdana Menteri pada ketika beliau menjadi Ahli Dewan Rakyat ialah YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalan Perdana Menteri ialah YAB Tun Abdul Razak Hussein . Namun pada 22 September 1970, YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah digantikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru dan Timbalannya ialah YAB Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Tidak lama selepas itu, YAB Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri iaitu pada 13 Ogos 1973 berikutan kematian YAB Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada 2 Ogos 1973.