Ajai & Nurul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ajai & Nurul
Ajai & Nurul pada 2004
Latar belakang
Nama lahir Mohd Faizal Maas & Nuruhuda Abd Wahab
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Pop, R&B
Pekerjaan Penyanyi, Komposer
Tahun aktif 1998-2006
Label BMG Music Entertainment (1998 - 2000)
Warner Music (2001 - 2003)
Universal Music (2004 - 2006)
Kegiatan berkait kumpulan Exists
Ajai
Aidit Alfian
Nurul Wahab

Ajai & Nurul adalah pasangan duet yang popular pada era 2000an di Malaysia. Ia dianggotai oleh pasangan suami isteri penyanyi Nurul Wahab bersama suaminya ketika itu iaitu Mohd Faizal Maas atau Ajai, seorang komposer dan penerbit yang prolifik juga bekas anggota kumpulan Exists. Pasangan ini meraih banyak kejayaan bersama namun akhirnya berpecah setelah episod perceraian pada tahun 2006.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Nurul adalah seorang penyanyi remaja popular ketika mula mengenali Ajai, salah seorang komposer muda yang bekerja di dalam albumnya. Perkenalan itu membawa mereka ke jinjang pelamin pada tahun 1996 ketika masing-masing berusia 19 dan 20 tahun. Setelah berkahwin Nurul berheat seketika kerana melahirkan anak sulung Ayu Nazirah dan pada tahun 1998 beliau muncul dengan album solo ketiga berjudul Kini dan Selamanya. Menerusi album inilah buat pertama kalinya gandingan Ajai & Nurul diperkenalkan iaitu menerusi lagu Aku Cinta, Aku Rindu. Lagu pop balada ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Nurul sendiri ini tanda dijangka meraih penghargaan tertinggi di Anugerah Industri Muzik ke-6 apabila dinobatkan sebagai Lagu Sepanjang Tahun.

Album Duet[sunting | sunting sumber]

Selepas kejayaan lagu Aku Cinta, Aku Rindu, Ajai bereksperimentasi dengan lagu duet kedua berjudul Satukan Kita Berdua dan ternyata sambutan positif terhadap gandingan duet bersama isterinya itu menyuntik idea untuk bergabung dalam sebuah album studio. Maka pada tahun 2001 lahirlah album sulung pasangan ini berjudul Sehati Sejiwa. Album ini mendapat sambutan hebat dengan 3 buah single menguasai carta muzik iaitu lagu Sehati Sejiwa , Maafkanku & Bila Kau Tiada.

Menyusul kejayaan album pertama mereka meluncurkan album kedua pada tahun 2002 berjudul Ajai & Nurul yang lebih moderate dengan single seperti Keliru dan Lagu Rindu mendominasi carta muzik. Lagu Keliru mencuri tumpuan umum sehingga meraih anugerah juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-17.

Pada tahun 2004 pasangan ini menerbitkan sebuah album tribut khas kepada pasangan-pasangan duet terdahulu seperti Hail Amir & Uji Rashid, Royston Sta Maria & Francesca Peter dan beberapa lagi. Album berjudul Seiring Sejalan berjaya meraih jualan memberangsangkan sekaligus mengukuhkan lagi nama pasangan ini.

Pasangan Komposer[sunting | sunting sumber]

Selain berduet Ajai & Nurul juga popular sebagai pasangan komposer apabila lagu ciptaan Ajai ditulis liriknya oleh Nurul. Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan penyanyi lain ditangani mereka adalah lagu Berserah Kasih oleh Dayang Nurfaizah, Rela (Elyana) dan pasangan ini meraih kejayaan di Anugerah Industri Muzik untuk kali kedua dalam kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Selagi Ada Cinta nyanyian Ning Baizura pada tahun 2003.

Penceraian & Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006 mereka meluncurkan album kompilasi khas berjudul Serasi Bersama sempena ulangtahun sedekad perkahwinan mereka namun pada pertengahan tahun pasangan ini dilanda masalah rumahtangga berikutan lafaz cerai talak dua oleh Ajai. Pasangan ini berduet buat kali terakhir pada 21 November 2006 ketika program Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock mendendangkan lagu Serasi Bersama. Penceraian pasangan ini disahkan pada tahun 2007.

Setelah perpisahan mereka, Nurul meneruskan karier seni sebagai penyanyi solo manakala Ajai sendiri terus menjadi komposer kepada ramai artis popular. Ajai ada membuat projek duet bersama penyanyi lain untuk runut bunyi filem seperti Krisdayanti (mereka pernah berduet pada tahun 1999) dalam OST 1957: Hati Malaya, Marsha Londoh dalam OST Sayang serta Tunku Mimi dalam OST Kayangan.

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Ajai & Nurul menerusi tiga buah album studio dan sebuah album himpunan

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
MUZIK fm ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1998

Aku Cinta, Aku Rindu

  • Ajai / Nurul
Kini & Selamanya (album oleh Nurul) 1 1 - 2
2000

Satukan Kita Berdua

  • Ajai / Nurul
Cita & Cinta (album oleh Nurul) 3 8 - 2
2001

Sehati Sejiwa

  • Anang Hermansyah
Sehati Sejiwa 1 2 - -

Maafkanku

  • Aidit Alfian & Ajai / Aidit Alfian
1 2 - 1

Bila Kau Tiada

  • Ajai
1 2 - 10
2002

Keliru

  • Aidit Alfian
Ajai & Nurul 1 2 - 1

Lagu Rindu

  • Ajai / Nurul
1 2 - 4
2003

Sempena Cinta Kita

  • Ajai
1 2 - -

Cinta Mencintai Kita

  • Ajai
OST Cinta KLCC 1 2 - 2
2004

Tak Kenal Maka Tak Cinta

  • Roystan Sta Maria
Seiring & Sejalan 1 2 - -

Seiring & Sejalan

  • Ahmad Nawab
1 2 - -
2005

Tak Mungkin
ditampilkan oleh Shazzy

  • Ajai / Shazee
Aku Melayu 1 2 - 8
2006

Serasi Bersama

  • Ajai / Loloq
Serasi Bersama 1 2 - 2