Ajax

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lainnya, sila lihat Ajax (nyahkekaburan).

Ajax, iaitu singkatan bagi Asynchronous JavaScript and XML (bermaksud JavaScript dan XML mampan), ialah sebuah teknik pembangunan web bagi mencipta satu aksiantara pada aplikasi web. Tujuannya adalah menjadikan halaman web tampak lebih hidup dengan pertukaran bilangan maklumat kecil dengan komputer pelayan di belakang tabir, oleh itu keseluruhan halaman web tidak perlu dimuat semula setiap kali pengguna melakukan perubahan. Hasilnya menunjukkan peningkatan halaman web tersebut dari segi kepantasan aksiantara, kelajuan, dan kepenggunaan.

Teknik Ajax menggunakan gabungan teknologi-teknologi berikut:

  • XHTML (atau HTML) dan CSS, untuk maklumat markap dan penggayaan.
  • DOM dicapai dengan bahasa skrip sebelah-pelanggan, terutamanya pada perlaksanaan ECMAScript seperti JavaScript dan JScript, bagi memaparkan dan aksiantara maklumat yang dipersembahkan secara dinamik.
  • Objek XMLHttpRequest digunakan untuk pertukaran data secara mampan dengan pelayan web.
  • Kadang-kala XML juga digunakan sebagai format fail bagi memindah data di antara pelayan dan pelanggan, walau bagaimanapun mana-mana format boleh digunakan, termasuk HTML, teks biasa, JSON dan juga EBML. Fail-fail ini dicipta secara dinamik menggunakan skrip sebelah-pelayan.

Seperti DHTML, LAMP dan SPA, Ajax bukanlah salah satu teknologi baru, akan tetapi merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan beberapa teknologi secara serentak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun istilah 'Ajax' dicipta pada 2005, kesan daaripada sejarah teknologi yang lampau membolehkan Ajax menjadi perintis dengan inisiatif Microsoft dalam memajukan Remote Scripting. Bagaimanapun pasukan teknik-teknik mampan telah berbesar hati untuk memuatkan satu halaman web yang diwujudkan tanpa memerlukan tundaan tarikh dimuatkan sepenuhnya sehingga jenis unsur IFRAME (diperkenalkan dalam Internet Explorer 3 pada 1996) dan unsur jenis LAYER (LAYER element type ) (diperkenalkan dalam Netscape 4 pada 1997, terbengkalai sewaktu pembangunan awal Mozilla). Kedua-dua jenis unsur ini mempunyai status (src) yang boleh menyerupai sebarang URL luaran, dan dengan memuatkan satu halaman yang mengandungi javascript yang memanipulasikan muka surat asal, kesan seperti Ajax boleh dicapai.

Microsoft's Remote Scripting (ataupun MSRS, diperkenalkan pada 1998) bertindak sebagai pengganti yang lebih bergaya bagi teknik ini, dengan data diambil melalui applet Java yang mana sebelah pelanggan boleh berkomunikasi menggunakan JavaScript. Teknik ini boleh digunakan bagi kedua-dua Internet versi Explorer 4 dan versi Netscape Navigator 4 ke atas. Microsoft telah mengambil kesempatan melalui teknik-teknik ini dalam Outlook Web Access yang dibekalkan bersama keluaran Pelayan Penukaran Microsoft.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rencana[sunting | sunting sumber]

Tutorial[sunting | sunting sumber]