Ajit Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ajit Singh

Tan Sri Ajit Singh adalah bekas pegawai diplomatik Malaysia ke luar negara. Ajit lulusan dari Universiti Malaya, memulakan kerjayanya dalam hal ehwal luar negara pada 1963 dan pada kemuncak profesionnya, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Asean yang pertama pada 1993.

Sebagai diplomat, beliau dilihat setanding dengan Tun Ghazali Shafie, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar dan Tan Sri Razali Ismail.

Kerjaya diplomat[sunting | sunting sumber]

Ajit Singh pernah dilantik menjadi duta Malaysia ke Brazil.Pada 1997 , beliau bertemu dengan Presiden Brazil Fernando Henrique Cardoso dan Menteri Luar Brazil ,Luis Felipe Lampreia bagi meningkatkan perdagangan antara Malaysia-Brazil.

Pada 10 Jun 1997, beliau selaku Setiausaha Agung Asean bersama dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat Phnom Penh bagi membincangkan kemasukan negara itu ke dalam asean.

Setiausaha Agung Asean[sunting | sunting sumber]

Datuk Ajit Singh menjadi Setiausaha Agung Asean dari 1 Januari 1993 hingga 31 Disember 1997 [1]. Semasa menjadi Setiausaha Agung ASEAN, India menjadi rakan dialog sektoral dan kemudiannya rakan dialog penuh perkumpulan berkenaan, yang merintis hubungan baru India dengan rantau ini dan Malaysia. Ajit juga menganggotai Majlis Penasihat Global Perdana Menteri India bagi Individu yang Berasal dari India, sebuah panel berprofil tinggi terdiri daripada personaliti terkemuka seperti pemenang Anugerah Nobel Dr Amartya Sen.Ajit (72 tahun)juga penasihat Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC)[2]


Beliau juga menjadi Setiausaha Agung Jawatankuasa Protem Forum Asia.Forum itu adalah satu pentas baru untuk negara-negara Asia menyuarakan pandangan tentang kepentingan bangsa Asia. Tidak seperti platform negara-negara Asia yang lain seperti ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) yang lebih bersifat politik, Forum Asia ini lebih menjurus kepada sektor perniagaan.[3]

Kelab Rotary[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ajit Singh menjadi tetamu semasa ulang tahun penubuhan Kelab Rotary Malaysia pada 12 MAC 2012 di Georgetown, Pulau Pinang. Rotary disaskan 107 tahun lalu di Chicago,Amerika Syarikat dengan 33,000 kelab di 72 negara dengan 1.2 juta ahli.Rotary ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Majlis itu turut disertai oleh Kelab Rotary 3300 Presiden Francois Sigrist, Datuk Seri Chet Singh, dan penolong gabenor daerah Rotary 3300 Dr G. Baskaran dan Lee Li Fong.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2011, Presiden India Pratibha Patil menyampaikan anugerah khas "Pravasi Bharatiya Samman" kepada Ajit Singh, pada majlis perpisahan persidangan Pravasi Bharatiya Divas edisi kesembilan di Delhi,India. Anugerah itu diberikan kepada kaum India yang tinggal di luar negara kerana sumbangan beliau yang sangat besar dalam membentuk hubungan dua hala India-Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]