Ajutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gustaf Mannerheim selaku Pemangku raja negara Finland (duduk) dan para ajutannya (dari kiri) Lt.Kol. Lilius, Kpt. Kekoni, Lt. Gallen-Kallela, Ensain Rosenbröijer

Ajutan atau Adjutant adalah sejenis pangkat tentera atau jawatan lantikan. Di sebilangan tentera darat, termasuk yang menggunakan bahasa Inggeris, ia merupakan seorang pegawai yang membantu pegawai yang lebih kanan, manakala dalam tentera darat yang lain, terutama yang menggunakan bahasa Perancis, ia merupakan seorang PTT (Pegawai Tanpa Tauliah), yang lazimnya bersamaan dengan Staf Sarjan atau Pegawai Waran.

Ajutan Jeneral ialah komander sesebuah pasukan pentadbiran tentera.

Presiden Austria Rudolf Kirchschläger dan panglima Karl von Wohlgemuth. Ajutan Presiden berada di belakang

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan ajutan berasal dari Bahasa Latin adjutans,partisipel kini kata kerja adjuvare, bermaksud "membantu"; orang Rom yang sebenarnya menggunakan perkataan adiutor untuk kata nama.

Pelantikan tentera dan separa tentera[sunting | sunting sumber]

Di dalam pelbagai hirarki beruniform, istilah ini digunakan untuk beberapa fungsi, tetapi secara umumnya sebagai pembantu utama kepada Pegawai Memerintah.

Ajutan Rejimen, Ajutan Garison (regimental adjutant, garrison adjutant dll.) adalah seorang pegawai staf, yang membantu Pegawai Memerintah sesebuah Rejimen, Batalion atau Garison didalam butiran rejimen, garison atau tugas yang berkaitan. Dalam formasi Skuadron Tentera Darat Amerika Syarikat, ajutan sering menjadi Pegawai Bertanggungjawab (Officer-in-Charge) bagi platun tadbir.

Ajutan Jeneral[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ajutan Jeneral

Ajutan Jeneral ialah sejenis pangkat dan jawatan yang boleh menjadi pegawai staf utama sesebuah tentera darat; melaluinya, panglima akan menerima komunikasi dan mengeluarkan arahan tentera.

Di Amerika Syarikat, Ajutan Jeneral merupakan ketua pegawai tentera unit-unit Pengawal Kebangsaan di salah sebuah negeri Amerika Syarikat. Istilah ini mengimbau kembali sejarah awal AS dimana setiap 50 negeri mengekalkan kedaulatan masing-masing, termasuk hak mempunyai pasukan tentera sendiri; Pengawal Kebangsaan Darat dan Pengawal Kebangsaan Udara adalah unit-unit negeri yang boleh dipanggil bertugas oleh kerajaan persekutuan jika berlakunya darurat negara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]