Akademi Sains Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akademi Sains Perancis
Académie des sciences
Kerangka
Jenis/bentuk sahAkademi sains, akademi kebangsaan
IndustriIlmu falak, botani, fizik, kimia, anatomi dan zoologi, perubatan
Anggota bagiJawatankuasa mengenai Penyelidikan Angkasa, Majlis Sains Antarabangsa (2022), InterAcademy Partnership (2022) Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.academie-sciences.fr Sunting ini di Wikidata
Twitter: AcadSciences Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan22 Disember 1666
PengasasJean-Baptiste Colbert Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiJean Aubouin, Hubert Curien, Étienne-Émile Baulieu, Jules A. Hoffmann, Jean Salençon, Alain Carpentier, Philippe Taquet, Bernard Meunier, Sébastien Candel, Pierre Corvol, Patrick Flandrin, Alain Fischer Sunting ini di Wikidata
Setiausaha agungÉtienne Ghys, Pascale Cossart Sunting ini di Wikidata
GabunganInstitut de France Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabatParis, Perancis
Lokasi
  • Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°51′26.64″N 2°20′13.2″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Akademi Sains Perancis (bahasa Perancis: Académie des sciences) ialah sebuah persatuan terpelajar, yang diasaskan dalam tahun 1666 oleh Raja Louis XIV berikutan cadangan daripada Jean-Baptiste Colbert, untuk menggalak dan melindungi semangat penyerlidikan sains orang Perancis. Akademi ini berada pada barisan hadapan pengembangan saintifik di Eropah dalam abad-abad ke-17 dan ke-18, dan merupakan salah satu daripada Akademi Sains terawal.

Ia kini antara lima badan utama membentuk gabungam Institut de France.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Jean-Baptiste Colbert memperkenalkan ahli Akademi Sains Diraja kepada Raja Louis XIV dalam tahun 1667

Akademi ini ditubuhkan mengikuti jejak Accademia Nazionale dei Lincèi Roma dan Royal Society di London yang menghimpunkan seberapa sarjana yang boleh diberikan naungan untuk tujuan penyelidikan masing-masing.[1] Para ilmuwan anggota pendahulu kepada akademi ini dipilih dan diundang Jean-Baptiste Colbert, Ketua Menteri (Principal ministre d'État) selaku Menteri Kewangan (Contrôleur général) kerajaan Raja Louis XIV untuk bertemu bincang dalam perpustakaan diraja baginda di rue Vivienne, Paris (kini berdekatan Perpustakaan Negara Perancis). Pertemuan ini dicatat bermula pada 22 Disember 1666 dan dilakukan selama dua kali seminggu.[2]

Titah diraja merasmikan badan ini dikeluarkan oleh Raja Louis XIV pada 20 Januari 1699 di bawah nama Akademi Sains Diraja (L'Académie royale des sciences) dan diibupejabatkan di Istana Louvre.[1]

Zaman Revolusi[sunting | sunting sumber]

Segala akademi yang sedia ada dibubarkan Sidang Kebangsaan Perancis pada 8 Ogos 1793; namun segala organ ia dihidup semula untuk dirombak pada 22 Ogos 2 taun kemudian - cabang-cabang ilmu yang didirikan dalam perombakan ini termasuk matematik, mekanik, astronomi, fizik, kimia, mineralogi, botani, pertanian, anatomi dan zoologi serta perubatan dan pembedahan.[3]

Akademi ini diserapkan dalam Institut Perancis dalam keadaan berautonomi tahun 1816 di mana ketua negara Perancis masih menjadi peminpin akademi.

Meskipun banyak kejayaan yang dibawa memajukan bidang sains oleh para ilmuwati negara tersebut sepanjang akademi ini wujud, namun peranan mereka langsung tidak dipedulikan - Marie Curie sendiri tidak dilantik masuk dalam akademi ini, sebaliknya anak murid beliau Marguerite Perey berkesempatan sebagai anggota wakil tahun 1962;[4] Yvonne Choquet-Bruhat merupakan anggota penuh pertama dalam kalangan kaum wanita dilantik tahun 1979.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Setiap para anggotanya dilantik seumur hidup, Terdapar sebanyak 150 orang ahli penuh, 300 orang anggota wakil (correspondants) dan 120 orang anggota sekutu asing (associés étrangers). Kesemua mereka dikelompokkan dalam dua kumpulan iaitu:[5]

  • bahagian Matematik, Fizik dan bidang gunaan (Sciences mathématiques, physiques et leurs applications)
  • bahagian Kimia, Biologi, Geologi dan Perubatan serta bidang gunaan. (Sciences chimiques, naturelles, biologiques et médicales et leurs applications)

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Presiden Akademi[6][sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Histoire de l'Académie des sciences" (dalam bahasa Perancis). Académie des sciences. Dicapai pada 28 Julai 2020.
  2. ^ Watson, E. (1939). "The Early Days of the Académie des Sciences as Portrayed in the Engravings of Sébastien Le Clerc". Osiris. 7: 556–587. doi:10.1086/368508 – melalui JSTOR.
  3. ^ Crosland, Maurice (Apr 2007). "The French Academy of Sciences As a Patron of the Medical Sciences in the Early Nineteenth Century". Annals of Science – melalui Academic Search Premier.
  4. ^ Dupuy-Olivier, Anaïs (18 November 2013). "Marie CURIE née SKŁODOWSKA (1867-1934)". Bibliothèque de l'Académie nationale de médecine (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 23 Mei 2018.
  5. ^ "Membres a la une" (dalam bahasa Perancis). Académie des sciences. Dicapai pada 28 Julai 2020.
  6. ^ French Academy of Sciences
  7. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2014. Dicapai pada 12 Februari 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]