Akbar Tanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AkTandjung.jpg

Akbar Tanjung (lahir di Sibolga, Sumatra Utara; 14 Ogos 1945) adalah seorang ahli politik Indonesia.

Belia pernah menjawat jawatan sebagai ketua Dewan Perwakilan Rakyat pada 1999 sehingga 2004 sehingga digantikan oleh Agung Laksono.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Umum Parti Golkar. Namun semasa pemilihan Ketua Umum yang baru, beliau dikalahkan oleh Jusuf Kalla, Naib Presiden Indonesia 2004-2009.

Beliau mempunyai isteri bernama Krisnina Maharani dan mempunyai 4 orang anak.

Kes penyelewengan[sunting | sunting sumber]

Akbar Tanjung disoal siasat atas tuduhan menggelapkan wang berjumlah 40 bilion rupiah atau 3.8 juta dolar di bawah dana khas penduduk miskin di Indonesia ketika krisis ekonomi melanda Indonesia pada 1999 . Beliau merupakan Speaker Parlimen Indonesia .

Ketika itu Akbar Tanjung adalah pengerusi Parti Golkar. Parti Golkar merupakan parti pemerintah zaman Presiden Suharto dan kedua terbesar di Indonesia.

Akhbar Tanjung menyatakan dana tersebut disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Islam untuk bantuan makanan kepada penduduk kampung yang miskin di Jawa.

Wang itu disyakki digunakan untuk membiayai kempen Akhbar / Golkar pada Pilihan raya Umum 1999. Penyelewengan berlaku ketika era bekas Presiden B. J. Habibie dan Akhbar Tanjung ketika itu menjawat jawatan sebagai Setiausaha Negara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]