Akhil Hayy Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ustaz Akhil Hayy
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nashid
Pekerjaan Vokal
Tahun aktif 2000-an
Label Inteam Records


Ustaz Akhil Hayy merupakan sebuah penyanyi nashid yang aktif di Malaysia. Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D'Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.

Seperti Nasyid Legenda pertama, album kali ini juga menampilkan semula lagu-lagu malar segar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid popular tanhair seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Al-Mizan dan yang seangkatan dengannya.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Pembabitan Ustaz Akhil dalam bidang muzik bermula semasa beliau di tingkatan tiga lagi dan pada ketika itu beliau sudah menjadi penyanyi di majlis kenduri orang kahwin. Pada tahun 1988 beliau menyertai pertandingan Konsert Box Office bersama rakan kumpulan D'Riyadh yang lain {ajuran Ali Bakar dan mereka telah berjaya muncul sebagai juara dengan mengalahkan 113 buah kumpulan rock yang lain di Malaysia. Bermula pada ketika itulah beliau terus aktif sebagai penyanyi. Dari tahun 1986 hingga 1990 beliau aktif sepenuhnya di persada muzik dan telah menghasilkan tiga buah album. Di atara lagu beliau yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu ialah lagu "Memori Cinta Lama" dan "Hanya Ketenangan".

Hidayah[sunting | sunting sumber]

Selama hampir lima tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan D'Riyadh mula berpecah. Pelbagai masalah yang timbul pada ketika itu, ada yang jatuh sakit, ada yang buat kerja sendiri dan pelbagai masalah lain. Akhirnya Ustaz Akhil berhajat untuk membuat album solo. Oleh kerana terlalu banyak halangan yang diterima maka Ustaz Akhil mula berhijrah semula ke kampung. Semasa dikampung Ustaz Akhil mula mendekati masjid semula. Dari segi hakikatnya keluarga Ustaz Akhil sememangnya dalam golongan orang-orang yang beragama, arwah datuk ustaz ini adalah seorang tuan guru dan arwah ayah ustaz pula seorang mutawif haji (membawa jamaah haji).

Pada tahun 1995 bapa Ustaz Akhil membawa beliau menunaikan haji di Mekah. Sebelum ke Mekah Ustaz Akhil belajar agama di Pasentrian, Indonesia. Selepas itu beliau mula berdakwah, menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Selain daripada aktif memberikan ceramah agama di seluruh Malaysia, Ustaz Akhil juga telah mempunyai beberapa buah album Nasyid. Antara album Ustaz Akhil adalah:

  • Di Bawah Satu Cahaya
  • VC-1423H
  • Zouq Akil Hayy
  • Nasyid Legenda
  • Nasyid Legenda 2

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Ustaz Akhil adalah:

  • Berita Gembira
  • Anak Derhaka
  • Adam dan Hawa.
  • Farshi Turab
  • Di Bawah Satu Cahaya
  • Berita Kepada Kawan
  • Doaku
  • Ikhlas Dariku
  • Selimut Putih
  • Iradat Tuhan[1]
  • Kembara Di Tanah Gersang
  • Seroja (Lirik diolah daripada lagu Seroja nyanyian Mawi)
  • Tiada Yang Kekal Melainkan Allah
  • Di Bawah Keampunan Ilahi
  • Keredhaan
  • Nawaitu
  • Perjalanan II (Duet bersama In-Team)