Akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Konvoi kereta bomba di zon bencana tsunami

Bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku pada 11 Mac 2011 mengakibatkan kemelut kemanusiaan dan kesan ekonomi yang dahsyat. Kejadian tsunami memaksa seramai 300,000 orang penduduk meninggalkan tempat tinggal mereka di kawasan Tōhoku, di samping kekurangan bekalan makanan, air, tempat berteduh, ubat-ubatan dan bahan bakar untuk mereka yang terselamat. Untuk menangani kemelut itu, kerajaan Jepun menggerakkan Pasukan Pertahanan Dirinya, sementara banyak lagi negara menghantar pasukan pencari dan penyelamat ke Jepun untuk membantu mencari mangsa yang terselamat. Pertubuhan-pertubuhan bantuan di dalam dan luar Jepun turut menyahut, terutamanya Pertubuhan Palang Merah cawangan Jepun yang melaporkan derma sejumlah $1 bilion. Kesan ekonomi itu termasuk masalah jangka pendek seperti gangguan pengeluaran industri di kebanyakan kilang, mahupun masalah jangka panjang kos pembinaan semula yang dianggarkan berjumlah ¥10 trilion ($122 bilion).

Satu lagi kesan tsunami yang lebih besar ialah kerosakan kritikal ke atas Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang menyebabkan kebocoran radiasi yang parah dan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan dan persekitaran jangka panjang sehingga memerlukan usaha pembersihan yang menelan belanja besar.

Kemelut kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Perumahan kecemasan dalam pembinaan di Shichigahama

Kejadian gempa bumi menyebabkan ramai sekali warga yang hilang tempat tinggal sehingga pernah sekali mencecah 300,000 orang.[1] Ada juga mereka yang terselamat yang mati di tempat perlindungan atau ketika dipindahkan. Banyak tempat perlindungan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan atau ubat bagi para pelarian.[2][3]

Usaha bantuan turut dirintangi oleh kekurangan bahan bakar. Pada minggu pertama selepas gempa, bekalan makanan, air dan perubatan terputus akibat kekurangan bahan bakar dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.[4] Bekalan makanan adalah terhad bagi sesetengah mereka yang tidak dipindahkan, hinggakan pada akhir bulan Mac, ada yang hanya dapat makan sekali sehari.[5]

Maka timbulnya keperluan perumahan sementara, apabila kerajaan Jepun cuba memindahkan mangsa dari tempat perlindunga yang besar di mana timbulnya laporan tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Setakat akhir bulan Mac, 8,800 unit sementara dirancangkan di Iwate, 10,000 di Miyagi, dan 19,000 di Fukushima.[6]

Pada akhir Julai 2011, bilangan mangsa yang dipindahkan di Jepun adalah 87,063 orang; 12,905 daripadanya tinggal di tempat perlindungan awam sementara 19,918 lagi tinggal di rumah tumpangan atau hotel. 46,081 unit perumahan sementara, iaitu sekitar 88 peratus dari bilanghan yang dirancangkan, telahpun dibina; 73 peratus daripadanya sudah pun diduduki.[7]

Kemalangan nuklear[sunting | sunting sumber]

Peristiwa Fukushima Daiichi, iaitu kemalangan nuklear yang paling teruk dalam 25 tahun, menyebabkan seramai 50,000 rumah tangga terpaksa berpindah selepas radiasi terbocor ke dalam udara, tanah dan laut.[8]

Ekoran bencana gempa bumi, tsunami, dan kerosakan sistem pendingin di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I serta isu-isu berkenaan kemudahan-kemudahan nuklear yang lain di Jepun pada 11 Mac 2011, diisytiharkannya darurat nuklear. Inilah kali pertama darurat nuklear diisytiharkan di Jepun, maka 140,000 orang penduduk dalam lingkungan 20 km (12 bt) dari loji itu dipindahkan.[9] Kejadian letupan dan kebakaran telah menyebabkan tahap radiasi yang berbahaya, mencetuskan kejatuhan pasaran saham serta beli-belah panik di pasaraya-pasaraya.[10] Sesetengah negara luar seperti UK dan Perancis menasihati warga-warganya supaya meninggalkan Tokyo kerana khuatir akan tersebarnya pencemaran nuklear. Kemalangan-kemalangan ini telah menarik perhatian kepada kebimbangan semasa terhadap piawaian rekabentuk seismik nuklear Jepun serta menggesa kerajaan-kerajaan negara lain untuk mempertimbangkan semula program-program nuklear mereka. Pada April 2011, air masih dicurahkan ke dalam reaktor-reaktor yang rosak untuk menyejukkan rod-rod bahan api yang sedang lebur. John Price, seorang bekas ahli Unit Dasar Keselamatan di Perbadanan Nuklear Kebangsaan UK, berkata bahawa "mungkin hanya selepas 100 tahun barulah rod-rod bahan api yang lebur itu boleh dialih keluar dari loji nuklear Fukushima dengan selamat".[11]

Permasalahan dalam menstabilkan loji Fukushima I ini telah mendinginkan pandangan umum terhadap kuasa nuklear. Menurut satu kajian pada Jun 2011, "lebih 80 peratus rakyat Jepun kini berpendapat bahawa merekaanti-nuklear dan tidak mempercayai keterangan kerajaan tentang radiasi".[12] Kemelut Fukushima yang berterusan ini mungkin menandakan berakhirnya kuasa nuklear di Jepun, kerana "rakyat semakin menentang dan pihak berkuasa setempat tidak mengizinkan pembukaan semula reaktor-reaktor yang menjalani pemeriksaan keselamatan". Pihak berkuasa setempat berasa sangsi dengan dakwaan bahawa langkah-langkah keselamatan yang mencukupi telah diambil, oleh itu enggan mengizinkan reaktor-reaktor nuklear yang digantung daripada dihidupkan semula, walaupun diwajibkan menurut undang-undang.[12]

Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Pembeli berbaris untuk membeli bekalan selepas gempa

Ekoran bencana itu, sesetengah penganalisa meramalkan bahawa jumlah kos pemulihan mampu mencecah ¥10 trilion ($122 bilion),[13] tetapi menjelang 12 April 2011, kerajaan Jepun menganggarkan bahawa kos bahan langsung sahaja mampu mencecah ¥25 trilion ($300 bilion).[14] Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebenar Jepun susut 3.7% pada suku tahun Januari hingga Mac 2011.[15]

Kawasan Tōhoku utara, iaitu kawasan yang paling teruk terjejas, menampung kira-kira 8% KDNK, dengan kilang-kilang yang mengeluarkan barang-barangan seperti kereta dan bir di samping prasarana tenaga.[16] Kawasan itu merangkumi wilayah Miyagi, di mana letaknya bandaraya Sendai, kira-kira 300 km (190 bt) ke timur laut Tokyo. Di Wilayah Miyagi letaknya kawasa-kawasan perkilangan dan industri dengan loji kimia dan kilang elektronik. Adalah dianggarkan bahawa Miyagi pula menampung 1.7% KDNK Jepun.[17]

Kira-kira 23,600 hektar tanah pertanian, kebanyakannya sawah padi, teruk binasa akibat tsunami. Mendakan garam yang tertinggal dalam tanih oleh air laut boleh menjejaskan tanaman padi selama bertahun-tahun. Kawasan yang terjejas menampung sebanyak 3-4% pengeluaran beras Jepun.[18]

Sekitar 90% daripada 29,000 buah bot perikanan di wilayah-wilayah Miyagi, Iwate, dan Fukushima tidak boleh digunakan lagi akibat tsunami.[19] Industri perikanan Wilayah Miyagi hampir ranap sama sekali. 12,000 daripada 13,000 bot perikanan yang berdaftar musnah atau rosak teruk. 440 orang nelayan terkorban atau hilang. Industri perikanan wilayah ini dianggarkan kerugian sebanyak ¥400 bilion (AS$5 bilion).[20]

Bencana ini turut membawa akibat serta-merta kepada perniagaan-perniagaan seperti Toyota, Nissan dan Honda yang menggantung pengeluaran kereta sama sekali hingga 14 Mac. Nippon Steel Corporation turut menggantung pengeluaran, "Syarikat Getah dan Tayar Toyo" dan Industri Getah Sumitomo menutup pengeluaran tayar dan getah, sementara GS Yuasa menutup pengeluaran bateri keretanya. Ini dijangka mengganggu bekalan untuk pengusaha perkilangan kereta.[21] Tokyo Electric Power Company, Toshiba, East Japan Railway Company dan Shin-Etsu Chemical dianggap sebagai syarikat-syarikat yang paling teruk terjejas akibat gempa.[22] Sony turut menghentikan pengeluaran di keenam-enam kilangnya di kawasan itu, sementara Industri Berat Fuji menggantung pengeluaran di kebanyakan kilangnya di wilayah-wilayah Gunma dan Tochigi.[23] Kilang-kilang lain yang turut menggantung operasi termasuk Kirin Holdings, GlaxoSmithKline, Nestlé[24] dan Toyota ekoran kekurangan bekalan elektrik.[25] Penutupan kilang, pemutusan bekalan elektrik dan kesannya pada keyakinan pengguna mampu menjejaskan KDNK negara selama berbulan-bulan, tetapi ahli ekonomi, Michael Boskin meramalkan "hanya impak yang minima ke atas keseluruhan ekonomi Jepun."[16][26] Ekoran ancaman kebocoran nuklear yang selanjutnya, Blackstone Group LP, Continental AG dan Bayerische Motoren Werke AG (BMW) dikatakan sedang memindahkan kakitangannya ke luar Jepun.[27] Toyota merancang untuk menyambung semula pengeluaran kereta hibrid, termasuk Prius, Lexus HS, dan Lexus CT, pada 28 Mac. Honda menyatakan bahawa dua kilangnya di Jepun kekal ditutup hingga 3 April.[28] Pada 24 Mac, Nissan menyatakan hasrat untuk memindahkan sesetengah pengeluaran enjin ke Amerika Syarikat akibat kerosakan gempa di Jepun. Juga pada 24 Mac, penganalisa automotif IHS Inc., Paul Newton meramalkan bahawa kilang-kilang di AS mungkin berdepan dengan kekurangan alat-alatan menjelang pertengahan April, sementara pengeluaran kereta sedunia akan menjunam 30%. Toyota menjangka akan adanya penutupan kilang di Amerika Utara, tetapi hanya untuk sementara waktu kerana banyak alat-alat yang sempat dihantar sebelum bencana.[29][30]

Adanya barangan yang dijual habis di sebuah kedai di Tokyo.

Ketua ahli ekonomi Jepun di Credit Suisse, Hiromichi Shirakawa, menghantar memo kepada para pelanggannya bahawa kerugian ekonomi hanya bagi kawasan yang terjejas oleh bencana dianggarkan sekitar $171–183 bilion. Pada 14 Mac, Bank Jepun dalam cubaan menjaga kestabilan pasaran,[31][32] menyuntikkan 15 trilion yen ke dalam pasaran wang untuk memastikan kestabilan kewangan ekoran kejatuhan nilai saham dan kenaikan risiko kredit. Selepas menubuhkan pasukan petugas kecemasan untuk memastikan kecairan ekoran bencana, Gabenor Masaaki Shirakawa dan lembaga bank turut memperbesar rancangan membeli bon kerajaan kepada dana dagangan tukaran sebanyak 10 trilion yen. Ketua Bank Jepun memberitahu pihak akhbar bahawa suntikan wang tunai tetap diteruskan selagi perlu.[33] Bagaimanapun, ekoran kebocoran nuklear selanjutnya, tindakan bank pusat itu dianggap tidak memadai oleh pasaran[34] walaupun 8 trilion yen disalurkan ke dalam pasaran.[35] Pada 15 Mac, indeks Topix menjunam lagi, menandakan kejatuhan dua hari yang paling besar sejak tahun 1987 kerana risiko ingkar Jepun meningkat selepas Perdana Menteri Naoto Kan membuat amaran kebocoran selebihnya dari loji nuklear yang terjejas. Nilai komoditi pun banyak susut.[36] Para penduduk Tokyo juga dilaporkan membuat pembelian panik untuk menyimpan barang keperluan harian dan petrol ekoran risiko kebocoran radiasi nuklear yang makin meningkat.[37]

Setiausaha Agung Kabinet, Yukio Edano berkata bahawa kerajaan Jepun bersidang pada 13 Mac untuk mengukur kesan ekonomi bencana ini.[38] Beliau juga memberitahu stesen televisyen NHK bahawa sekitar 200 bilion yen yang tinggal daripada belanjawan untuk tahun fiskal semasa yang berakhir pada 31 Mac akan digunakan untuk membiayai usaha pemulihan jangka pendek. Langkah-langkah tambahan juga boleh menjejaskan hutang negara Jepun (yang sudah pun yang tertinggi di dunia). Perbelanjaan tambahan ini boleh menjejaskan permintaan untuk bon kerajaan.[16]

Pengeluaran wafer silikon turut digantung di kilang-kilang milik Shin-Etsu Chemical dan MEMC Electronic Materials yang bersama-sama menampung 25% pengeluaran wafer silikon sedunia. Penggantungan ini dijangka meninggalkan kesan yang mendadak kepada pengeluaran semikonduktor yang amat bergantung kepada wafer silikon.[39][40]

Tindak balas di Jepun[sunting | sunting sumber]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada 11 April, Perdana Menteri Naoto Kan diberi taklimat tentang keadaan Sekolah Tinggi Perdagangan Ishinomaki di Ishinomaki, Miyagi oleh Lt. Jen. Yuji Kuno, Komander Divisi ke-6 Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun.

Perdana Menteri Naoto Kan mengumumkan bahawa kerajaan telah menghantar Pasukan Pertahanan Diri Jepun di merata kawasan bencana[41] dan meminta orang awam Jepun untuk bertenang dan sedia menerima maklumat mutakhir dari mana-mana saluran media.[41][42] Beliau juga melaporkan bahawa loi-loji jana kuasa nuklear ditutup secara automatik untuk mencegah kerosakan dan kebocoran radiasi.[41] Sebuah ibu pejabat kecemasan turut dibuka di pejabat Perdana Menteri untuk menyelaras tindak balas kerajaan.[42]

Tempat-tempat perteduhan berdepan dengan kekurangan air bersih, makanan, selimut dan kemudahan bilik mandi, sementara kerajaan mengumpul keperluan-keperluan ini dari dalam dan luar negara untuk dihantar ke tempat-tempat yang memerlukannya.[43] Suhu yang menurun akibat gangguan bekalan elektrik dan talian gas merumitkan lagi masalah di tempat perteduhan.[44] Setakat 17 Mac 2011 (2011-03-17), 336,521 orang di Jepun terpaksa berpindah dari rumah dan berdiam di tempat lain, termasuk 2,367 tempat perteduhan.[45]

Sebuah pasukan mencari dan menyelamat Jepun yang dihantar ke New Zealand ekoran gempa bumi Christchurch Februari 2011 dipanggil kembali ke Jepun.[46] Setakat 27 Mac 2011, Agensi Polis Negara melaporkan bahawa 14 orang anggotanya terkorban ketika bertugas dalam bencana itu dan 16 orang lagi hilang.[47]

Kerajaan Jepun menyuarakan komitmen untuk membersihkan kemusnahan akibat bencana itu dengan jumlah belanja yang dijangka mencecah ¥1 trilion.[48]

Pada 14 April 2011, kerajaan mendirikan panel nasihat tokoh-tokoh intelektual yang dipanggil Majlis Inisiatif Pembangunan Semula Gempa Bumi Besar Jepun Timur (ja:東日本大震災復興構想会議?) yang dipengerusikan oleh Makoto Iokibe, Presiden Akademi Pertahanan Kebangsaan Jepun. Majlis tersebut menyerahkan set pertama usul-usul kepada kerajaan bagi belanjawan tambahan ketiga untuk langkah-langkah pembinaan semula sepenuhnya pada 25 Jun.[49] Kerajaan bertungkus-lumus menghasilkan rancangan untuk membersihkan reruntuhan sebanyak 2.8 juta tan di Wilayah Fukushima yang sebahagian besarnya radioaktif.[50]

Rakyat[sunting | sunting sumber]

Kutipan derma untuk mangsa bencana

Sejurus selepas gempa bumi berlaku, nyata sekali tidak berlakunya kekacauan pada keseluruhannya, bukan sahaja disebabkan oleh nilai kesabaran dalam budaya Jepun (gaman),[51] bahkan juga undang-undang yang memupuk kejujuran serta kehadiran polis yang berwibawa. Satu sumber melaporkan bahawa tiga puak utama Yakuza turut meronda wilayah-wilayah mereka.[52]

Kira-kira 10 hari selepas gempa, timbul pula laporan tentang kejadian penjarahan dan kecurian di kawasan bencana. Hingga 20 Mac 2011, 250 kecurian, iaitu ¥4.9 juta barang dagangan yang dicuri dari kedai-kedai serta wang tunai ¥5.8 juta, dilaporkan kepada Polis Wilayah Miyagi. Saksi-saksi melaporkan pencuri mencuri wang tunai dan buku cek dari rumah-rumah yang pecah, menjarah barang dari kedai, dan menyedut keluar petrol dari kenderaan yang tertinggal atau rosak.[53][54][55] Dilaporkan kira-kira ¥40 juta dirompak dari sebuah bank di pekan Kesennuma, Miyagi.[56] Sungguhpun tiadanya peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Jepun untuk penjimatan, namun ramai orang mengamalkan sikap mengawal diri dengan menjimat sumber dan membatalkan keraian, dalam apa yang dikatakan oleh para pakar sebagai cara menangani kehilangan besar akibat gempa serta ketakutan akan pencemaran radioaktif.[57]

Setakat Disember 2011, Pusat Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan Jepun menerima 2,439 aduan dari seluruh negara tentang penipuan berkaitan bencana, yang mana sejumlah ¥970 juta telah dirugikan oleh mangsa-mangsa penipuan daripada kerja pembaikan rumah dan bumbung yang sangat mahal, tolok radiasi yang rosak, serta penapis air yang dikatakan menanggalkan kesan radioaktif.[58]

Tindak balas antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Askar AS dan Perancis membantu penduduk tempatan membersihkan sisa bencana.

Permintaan tolong[sunting | sunting sumber]

Jepun meminta bantuan pasukan khususnya dari Australia, New Zealand, Korea Selatan, Jerman dan Amerika Syarikat;[59] menerusi agensi angkasa JAXA, ia juga memohon pengaktifan Piagam Angkasa dan Malapetaka Antarabangsa yang membenarkan gambar kawasan terjejas ambilan satelit untuk dikongsikan dengan pertubuhan penyelamat dan bantuan dengan serta-merta.[60]

Pelibatan dunia[sunting | sunting sumber]

Jepun menerima ucapan takziah dan tawaran bantuan daripada pelbagai pemimpin dunia. Menurut kementerian luar negara Jepun, pada 19 Mac 2011, 128 negara dan 33 pertubuhan antarabangsa telah menawarkan bantuan kepada Jepun.[61] EU turut sedia menawarkan sokongan kepada mereka: "Sebuah gempa bumi yang cukup kuat untuk menggegarkan bumi dari paksinya, sebuah tsunami gergasi, sebuah kecemasan di stesen jana kuasa nuklear. Mana-mana satu ini sahaja cukup menjadi tragedi. Ribuan insan telah terkoban, maka tragedi ini berubah menjadi malapetaka," ucap Presiden Majlis Eropah, Herman van Rompuy.[62] 20 buah negara anggota EU turut menawarkan bantuan menerusi Mekanisme Pertahanan Awam Eropah.[63] -->

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "asahi.com(朝日新聞社):避難者、16都県で31万9121人―21日午後11時 – 社会". Asahi.com. 2011-03-21. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-22. Diperoleh pada 2011-03-29. 
  2. "asahi.com(朝日新聞社):避難所など震災関連死27人 医療設備不足や寒さ響く – 社会". Asahi.com. 2011-03-17. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-18. Diperoleh pada 2011-03-29. 
  3. Fujimura, Naoko (2011-03-26). "Quake Evacuees Survive on Rice Balls, Bread, Seek to Avoid Contracting Flu". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-29. 
  4. / Asia-Pacific – Fuel shortages hamper humanitarian effort. Ft.com (2011-03-17). Retrieved on 2011-04-01.
  5. Fackler, Martin (29 Mac 2011). "In Japanese Whaling Town, Food Is Rationed but Resolve Is Plentiful". The New York Times. 
  6. Fujimura, Naoko. (2011-03-28) Japan Moves to Relocate Quake Victims After Meeting Food, Clothing Targets. Bloomberg. Diambil pada 2011-04-01.
  7. Kyodo News, "87,000 still in limbo five months after quake", Japan Times, 12 Ogos 2011, p. 1.
  8. Tomoko Yamazaki and Shunichi Ozasa (27 Jun 2011). "Fukushima Retiree Leads Anti-Nuclear Shareholders at Tepco Annual Meeting". Bloomberg. 
  9. Weisenthal, Joe (11 Mac 2011). "Japan Declares Nuclear Emergency, As Cooling System Fails At Power Plant". Business Insider. Diperoleh pada 11 Mac 2011. 
  10. "Blasts escalate Japan's nuclear crisis". World News Australia. 16 Mac 2011. 
  11. David Mark, Mark Willacy (1 April 2011). "Crews 'facing 100-year battle' at Fukushima". ABC News. 
  12. 12.0 12.1 Gavin Blair, (20 Jun 2011). "Beginning of the end for nuclear power in Japan?". CSMonitor. 
  13. Pagano, Margareta (2011-03-13). "Japan looks for market stability after quake". The Independent (London). Diperoleh pada 2011-03-13. 
  14. WRAPUP 2-Japan quake's economic impact worse than first feared Reuters, published 2011-04-12, dicapai pada 2011-04-14
  15. Associated Press, "Economy slides back into recession", Japan Times, 20 Mei 2011, p. 1.
  16. 16.0 16.1 16.2 Anstey, Christopher (2011-03-13). "Japan Plans Spending Package as Quake Slams World's Most Indebted Economy". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  17. Osamu Tsukimori and Stanley White (2011-03-11). "BoJ pledges support; Toyota halts output". Reuters via Financial Post. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-12. 
  18. Martin, Alex, "Farmers struggle amid tsunami aftermath", Japan Times, 8 April 2011, ms. 3.
  19. Kyodo News, "90% of Tohoku's fishing fleet said lost", Japan Times, 28 April 2011, ms. 2.
  20. Robson, Seth, and Elena Sugiyama, "Miyagi prefecture fishing industry devastated by tsunami", Akhbar Stars and Stripes, 20 April 2011.
  21. "Toyota, other automakers to suspend production at all domestic plants". Mainichi Daily News (Tokyo). 2011-03-13. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-13. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  22. Fujimura, Naoko (2011-03-13). "Tokyo Electric, Toshiba, East Japan Rail May Be Among Most Hurt by Quake". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  23. Knight, Ben (2011-03-13). "Japan's monster quake cripples industry, strains economic recovery". Deutsche Welle. Reuters; Agence France-Presse. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  24. Webb, Tim (2011-03-13). "Japan's economy heads into freefall after earthquake and tsunami". The Guardian (London). Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-13. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  25. Langeland, Terje (2011-03-14). "Sony, Toyota Close Plants After Earthquake Damages Factories, Cuts Power". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-14. 
  26. Wiseman, Paul; Rugaber, Christopher S. (2011-03-11). "Quake and tsunami a blow to fragile Japan economyR". San Francisco Chronicle. Associated Press. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-11. Diperoleh pada 2011-03-11. 
  27. Hyuga, Takahiko; McCombs, Dave (2011-03-16). "Blackstone, BMW Moving Japan Staff on Radiation Fears". Bloomberg L.P. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-16. Diperoleh pada 2011-03-16. 
  28. Kitamura, Makiko; Hagiwara, Yuki; Ohnsman, Alan (24 Mac 2011). "Toyota Resuming Japan Hybrid Output; Honda Extends Closings". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada asal pada 24 Mac 2011. Diperoleh pada 24 Mac 2011. 
  29. Durbin, Dee-Ann (2011-03-25). "Quake idles engine plant in Japan". The Sun News. Associated Press. Diperoleh pada 2011-03-25. 
  30. Carty, Sharon Silke, and Elaine Kurtenbach, (Associated Press), "Tohoku disaster may bring automakers to their knees", Japan Times, 29 Mac 2011, p. 8.
  31. Kihara, Leika; Ishiguro, Rie (2011-03-14). "BOJ offers record 7 trillion yen to soothe markets". Reuters. Diperoleh pada 2011-03-14. 
  32. Wearden, Graeme (2011-03-14). "Bank of Japan pumps billions into financial markets". The Guardian (London). Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-14. Diperoleh pada 2011-03-15. 
  33. Christopher Anstey and Mayumi Otsuma (2011-03-11). "BOJ Pledges Support on Japan Earthquake; Toyota Halts Output". Bloomberg News. Diperoleh pada 2011-03-12. 
  34. Ujikane, Keiko (2011-03-15). "Bank of Japan Fails to Contain Investor Panic as Nuclear Danger Escalates – Bloomberg". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-15. 
  35. Funabiki, Saburo (2011-03-15). "Bank of Japan Adds 8 Trillion Yen Through 1-Day Operations – Bloomberg". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-15. 
  36. Armstrong, Paul (2011-03-15). "Stocks, Commodities Fall Amid Japan Disaster; Treasuries Up – Bloomberg". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-15. 
  37. Ozasa, Shunichi (2011-03-15). "Tokyo Shoppers Strip Stores as Nuclear Risk Sparks Panic – Bloomberg". Bloomberg. Diperoleh pada 2011-03-15. 
  38. "Japan says quake impact on economy 'considerable'". Agence France-Presse. 2011-03-13. Diarkibkan daripada asal pada 2011-03-13. Diperoleh pada 2011-03-13. 
  39. Becker, Nathan (21 Mac 2011). "Japan Quake Has Stopped About 25% Of Silicon-Wafer Production -IHS iSuppli". The Wall Street Journal. Diperoleh pada 21 Mac 2011. 
  40. King, Ian (21 Mac 2011). "Japan Earthquake Suspends 25% of World Silicon, ISuppli Says". Bloomberg News. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mac 2011. Diperoleh pada 21 Mac 2011. 
  41. 41.0 41.1 41.2 Christopher Anstey (2011-03-11). "Kan Mobilizes Forces, BOJ Pledges Liquidity After Quake". Bloomberg. 
  42. 42.0 42.1 Nikkei Inc. (2011-03-11). "Govt Takes Emergency Steps, Kan Asks People To Stay Calm". Nikkei.com. 
  43. Watts, Jonathan (2011-03-16). "After Japan's quake and tsunami, freezing weather threatens relief efforts". The Guardian (London). Diperoleh pada 2011-03-17. 
  44. "World English". NHK. 2011-03-12. Diperoleh pada 2011-03-12. 
  45. NHK, 17 Mac, 04:01 am. Pelarian mengikut wilayah: Miyagi- 205,418, Fukushima- 64,040, Iwate- 44,433, Yamagata- 2,217, Aomori- 371, Akita- 40, Ibaragi- 12,347, Chiba- 1,010, Tochigi- 1,696, Gunma- 63, Saitama- 107, Niigata- 3,200, Nagano- 1,579.
  46. "Japanese rescue team in NZ heads home". BigPond News. 2011-03-12. 
  47. Schreiber, Mark, "Local media react to the events of March 11", Japan Times, 27 Mac 2011, p. 9.
  48. Agence France-Presse/Jiji Press, "Radiation, legalities complicate cleanup efforts", Japan Times, 9 April 2011, p. 2.
  49. "Tax hikes for reconstruction face stiff opposition". The Asahi Shimbun. June 28, 2011. Diarkibkan daripada asal pada June 28, 2011. 
  50. Hongo, Jun, "Radioactive debris dilemma unresolved, growing worse", Japan Times, 1 Julai 2011, p. 3.
  51. "Crushed, but true to law of 'gaman'". The Australian. 16 Mac 2011. Diperoleh pada 18 Mac 2011. 
  52. Beam, Christopher (2011-03-16). "Stop, Thief! Thank You.". Slate. Diperoleh pada 2011-03-19. 
  53. Agence France-Presse and Jiji Press, "Desperation tests crime taboo", Japan Times, 21 Mac 2011, p. 2.
  54. Jiji Press, "Thieves, looters targeting Miyagi's quake-hit stores", Japan Times, 21 Mac 2011, p. 2.
  55. Allen, Nick (21 Mac 2011). "Japan earthquake: Looting reported by desperate survivors". The Daily Telegraph (London). Diarkibkan daripada asal pada 21 Mac 2011. Diperoleh pada 21 Mac 2011. 
  56. Gilhooly, Rob, "Survivors strive to start picking up the pieces", Japan Times, 27 Mac 2011, p. 7.
  57. "Japanese usher in era of self-restraint". Mypaper. NYT. 29 Mac 2011. ms. A6. 
  58. Kyodo News, "Scams targeting disaster victims", Japan Times, 26 Disember 2011, p. 2.
  59. Nebehay, Stephanie (2011-03-11). "Japan requests foreign rescue teams, UN says". Reuters. Diperoleh pada 2011-03-11. 
  60. "Disaster Charter – Earthquake in Japan". Disasterscharter.org. 2010-05-28. Diperoleh pada 2011-03-12. 
  61. Nomiyama, Chiz (21 Mac 2011). "Factbox: Japan disaster in figures". Reuters. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mac 2011. Diperoleh pada 21 Mac 2011. 
  62. Channel 4 News (2011-03-16). "Japan live blog: Nuclear crisis". Channel 4. Diperoleh pada 2011-03-16. 
  63. "The European Union's response to the earthquake and the nuclear plant situation in Japan". Europa. 2011-03-14. Diperoleh pada 2011-03-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011