Aksara (pengkomputeran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Aksara ialah perwakilan kepada huruf abjad, angka dan simbol berdasarkan Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat ASCII (American Standard Code for Information Interchange). Walaupun kebanyakan komputer peribadi pada tahap awalnya menggunakan piawaian ASCII, namun beberapa piawai pengkodan komputer telah dimaju dan digunakan secara yang lebih meluas seperti EBCDIC dan Unicode.

Kod ASCII (sebutan: as ki) adalah satu nilai integer yang diwakilkan dalam bentuk perduaan di mana setiap satu aksara diperuntukkan saiz 1 bait yang terdiri daripada 7 bit (singkatan daripada binary digit) manakala EBCDIC menggunakan 8 bit=1 bait.

Sebagai panduan:

  • 1 aksara = 8 bit = 1 bait
  • 1024 bait = 1 Kilobait (ribu)
  • 1024 Kilobait = 1 Megabiat (juta)
  • 1024 Megabait = 1 Gigabait (bilion)
  • 1024 Gigabait = 1 Terabait (trilion)
  • 1024 Terabait = 1 Petabait (juta Gigabait)
  • 1024 Petabait = 1 Exabait (juta Terabait)
  • 1024 Exabait = 1 Yottabait (juta Petabait)
  • 1024 Yottabait = 1 Zettabait (juta Exabait) ....

Pautan luar[sunting | sunting sumber]