Tulisan Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aksara Cina)
Lompat ke: pandu arah, cari


Tulisan Cina

Hanzi.svg

Kiri: "Aksara Cina" dalam Hanzi (tulisan Cina tradisional), Kanji, Hanja dan Hán Tự
Kanan: "Aksara Cina" dalam tulisan Cina ringkas
Nama Cina
Cina Tradisional:

漢字

Cina Ringkas:

汉字

Nama Jepun
Kanji:

漢字

Hiragana:

かんじ

Nama Korea
Hangul:

한자

Hanja:

漢字

Nama Vietnam
Quốc ngữ:

Hán Tự (Sino-Viet.)
Chữ Nho (bahasa ibunda)

Hán tự: 漢字 (Sino-Viet.)
字儒

Aksara Cina (Cina Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: 汉字, pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang digunakan untuk menulis bahasa Cina, Jepun (Kanji), Korea (Hanja) dan pada suatu ketika dahulu, bahasa Vietnam (Hán Tự). Tulisan yang serupa sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina dikenali sebagai Hanzi dalam bahasa Cina.

Berlainan dengan jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat logik dan piktofonetik, iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut. Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan dari zaman silam. Di China, kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar 2000 huruf Cina.[1]

Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.

Penggunaan dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan. Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan Tulisan Cina Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak 1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya. Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini menggunakan tulisan Rumi.

Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi. Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic, tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan yang menggunakan aksara Cina
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Skrip Tulang Ramalan
- Skrip Gangsa
- Skrip Mohor
- Skrip Kerani
- Skrip Biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Menurut lagenda, tulisan Cina telah direka oleh Cangjie (c. 2650 SM), seorang bangsawan yang telah berkhidmat dengan Maharaja Huangdi. Pada suatu hari, Cangjie sedang memburu di Gunung Yangxu (kini Shanxi), dan terserempak dengan seekor penyu dan amat kagum dengan urat saraf yang terdapat di penyu tersebut. Dia mendapat ilham bahawa bentuk urat saraf itu mengandungi makna tersembunyi yang lojik dan disebabkan itu telah mempelajari mengenai haiwan-haiwan di dunia, susunan bentuk bumi dan tumbuhan dan bintang-bintang di langit. Daripada ini semua, dia berjaya menghasilkan sebuah sistem tulisan simbolik yang dipanggil zi (字) -- aksara Cina. Lagenda juga mengatakan bahawa pada hari tulisan Cina diciptakan, orang ramai telah mendengar makhluk jahat meraung dan hasil tanaman gugur ke tanah seperti hujan, menandakan kelahiran sebuah tamadun, untuk baik dan jahatnya.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai gaya, atau skrip, dalam penulisan aksara Cina yang berasal daripada pelbagai model kaligrafi dan sejarah. Kebanyakannya berasal dari China dan kini kerap digunakan, dengan perubahan kecil, di kesemua negara di mana aksara Cina digunakan. Aksara-aksara ini digunakan sejak lebih 3,000 tahun dahulu.

Skrip Tulang Ramalan dan Gangsa tidak digunakan lagi, sementara skrip tertua yang masih digunakan kini ialah Skrip Mohor (Cina Ringkas: 篆书; Cina Tradisional: 篆書; pinyin: zhuànshū). Skrip Mohor berevolusi secara organik daripada skrip gangsa Zhou, lalu diterapkan dalam bentuk yang dipiawaikan di bawah perintah Maharaja China pertama, Qin Shi Huang. Skrip mohor kini hanya digunakan pada mohor kesenian. Kini tidak ramai orang yang mampu membacanya dengan fasih, meskipun seni mengukir mohor tradisional dalam skrip ini masih wujud; sesetengah artis kaligrafi juga memakai gaya ini.

Skrip-skrip yang kerap digunakan masa kini ialah "Skrip Kerani" (Cina Ringkas: 隶书; Cina Tradisional: 隸書; pinyin: lìshū) yang laris sejak Dinasti Qin hingga Dinasti Han, Weibei (Bahasa Cina: 魏碑; pinyin: wèibēi), "Skrip Biasa" (Cina Ringkas: 楷书; Cina Tradisional: 楷書; pinyin: kǎishū) yang banyak digunakan untuk pencetakan, dan "Skrip Separa Kursif" (Cina Ringkas: 行书; Cina Tradisional: 行書; pinyin: xíngshū) yang banyak digunakan untuk penulisan.

Skrip Kursif (Cina Ringkas: 草书; Cina Tradisional: 草書; pinyin: cǎoshū, "skrip rumput") tidak digunakan secara meluas, dan merupakan gaya kaligrafi yang penuh kesenian. bentuk-bentuk aksara asas ditunjukkan, dan bukannya direalisasikan dengan jelas, dan penyingkatannya disifatkan sebagai ekstrem. Meskipun bentuknya kursif sampai satu-satu coret tidak dapat dibezakan lagi dan hasil penulisannya sukar dibaca oleh sesiapa yang tidak terlatih, skirp ini amat dihargai kerana keindahan dan kebebasan yang terangkum dalamnya. Sesetengah aksara Cina Mudah yang digunakan di Republik Rakyat China, dan sesentengah aksara dipermudah di Jepun, berasaskan Skrip Kursif ini. Hiragana Jepun juga berasaskan skrip ini.

Terdapat juga gaya kaligrafi yang direka di luar China, seperti gaya Edomoji di Jepun; skrip-skrip sedemikian selalunya terhad penggunaannya dalam negara asalnya dan tidak disebarkan ke negara lain seperti mana yang dilalui skrip-skrip piawai di atas.

Purba Skrip cap mohor Moden Tradisional Mudah Pinyin Makna
Ren arch.png Ren sigil.png rén manusia
Nuu arch.png Nuu sigil.png wanita
Zi arch.png Zi sigil.png anak
Ri arch.png Ri sigil.png matahari
Yue arch.png Yue sigil.png yuè bulan
Shan arch.png Shan sigil.png shān gunung
Chuan arch.png Chuan sigil.png chuān sungai
Shui arch.png Shui sigil.png shuǐ air
Yu arch.png Yu sigil.png hujan
Zhu arch.png Zhu sigil.png zhú buluh
Mu arch.png Mu sigil.png pokok
Ma arch.png Ma sigil.png kuda
Niao arch.png Niao sigil.png niǎo burung
Gui arch.png Gui sigil.png guī penyu
Long arch.png Long sigil.png lóng naga

Pembentukan aksara[sunting | sunting sumber]

Peringkat-peringkat terawal dalam perkembangan aksara didominasi oleh piktogram, yang mana makna dinyatakan secara langsung oelh bentuknya. Perkembangan tulisan ini yang bertujuan meliputi perkataan bagi konsep abstrak dan meningkatkan kecekapan penulisan, telah membawa kepada kewujudan banyak aksara bukan piktogram.

Pelbagai jenis aksara ini julung kali dikelaskan kira-kira tahun 100 M oleh seorang pakar bahasa China bernama Xu Shen, yang mengarang kamus etimologi Shuowen Jiezi ( 說文解字/说文解字) yang membahagikan tulisan Cina kepada enam kategori, iaitu liùshū ( 六書/六书). Sungguhpun kategori dan pengelasannya kadang-kala bermasalah dan dikatakan gagal mencerminkan sifat-sifat sistem tulisan Cina secara menyeluruh, namun sistem ini telah lama dikekalkan melalui sejarah lama dan kegunaan meluasnya.[2]

Perikan buku teks aksara Cina dari tahun 1436.

4% aksara Cina berpunca secara terus daripada piktogram individu (Bahasa Cina: 象形字; pinyin: xiàngxíngzì), dan dalam kebanyakan kes sedemikian hubungan ini tidak semestinya jelas kepada pembaca masa kini. Bagi 96% yang lain, sebilangannya adalah agregat logik (Cina Ringkas: 会意字; Cina Tradisional: 會意字; pinyin: huìyìzì), iaitu aksara yang digabung daripada pelbagai bahagian yang menandakan maksud. Namun, kebanyakan aksara berbentuk piktofonetik (Cina Ringkas: 形声字; Cina Tradisional: 形聲字; pinyin: xíng-shēngzì), iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: satu menandakan satu kategori maksud am dan yang satu lagi bunyi sebutannya. Sebutan dalam aksara sedemikian lazimnya hanya menghampiri sebutan zaman sekarang kerana perubahan mengikut peredaran zaman dan perbezaan antara bahasa-bahasa asal.

=== 1. Piktogram ( 象形字 xiàngxíngzì) === Tidak seperi yang disangka ramai, piktogram hanya membentuk satu pecahan kecil daripada semua aksara Cina. Walaupun berasal daripada gambar, namun aksara-aksara dalam kategori ini telah mengalami pemiawaian, pemudahan, dan penggayaan agar mudah ditulis, maka asal-usul aksara sedemikian tidak sentiasa jelas. ContohL (rì) untuk "matahari", (yuè) untuk "bulan", dan (mù) untuk "pokok" atau "kayu".

Tidak terdapat bilangan yang tepat untuk jumlah aksara moden yang bersifat piktogram; namun, Xu Shen (c. 100 M) menganggarkan bahawa 4% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.

=== 2. Gugusan piktofonetik ( 形聲字/形声字, xíngshēngzì) ===

Juga dikenali sebagai gugusan semantik-fonetik, atau gugusan fono-semantik, kategori ini mewaili kategori aksara terbesar dalam tulisan Cina moden. Aksara-aksara sedemikian biasanya terdiri daripada dua bahagian: satu piktograf yang menyatakan maksud am aksara terbabit, dan bahagian fonetik yang dberpunca daripada aksara yang disebut dalam cara yang sama atau serupa dengan perkataan yang diwakili aksara baru itu.

Contoh: (hé) "sungai", (hú) "tasik", (liú) "mengalir", (chōng) "membilas", (huá) "licin". Pada kelima-lima aksara ini terdapat satu radical berupa tiga titik pada separuh kirinya, iaitu piktograf titisan air yang dipermudah, menandakan bahawa aksara-aksara ini mempunyai hubungan semantik dengn airr; separuh kanan bagi kesemua aksara tersebut merupakan penanda foentik. Contohnya, bagi aksara (chōng), penanda fonetiknya ialah (zhōng), yang sendirinya bermaksud "tengah". Dalam kes ini adalah jelas dilihat bahawa maksud bagi aksara jauh berbeza daripada penanda foentiknya; proses ini membawa erti bahawa pembentukan aksara-aksara sedemikian kadang-kala kini kelihatan sebgai sembarangan. Lebihan pula, pilihan radikal turut kelihatan sembarangan dalam beberapa kes; contohnya, radikal dalam (māo) "kucing" ialah (zhì) yang asalnya piktograf ulat, tetapi dalam aksara sebegini radikal itu menandakan mana-mana jenis haiwan.

Xu Shen menganggarkan 82% aksara Cina tergolong dalam kategori ini, manakala dalam Kamus Kangxi (1716 M) jumlahnya menghampiri 90%, kesan penggunaan kaedah pengembangan kosa kata Cina ini yang amat produktif.

=== 3. Ideograf ( 指事字, zhǐshìzì) === Juga dikenali sebagai ideograf mudah atau ideogram, aksara sedemikian sama ada membubuh penanda pada piktograd untuk membentuk maksud baru, atau menggambarkan konsep abstrak secara langsung. Conothnya, jika (dāo) ialah piktogram untuk "pisau", maka membubuh satu penanda pada bahagian bawah aksara itu membentuk (rèn), ideogram untuk "mata pisau". Contoh-contoh am lain termasuk (shàng) untuk "atas, naik" dan (xià) untuk "bawah, turun". Kategori ini agak kecil kerana kebanyakan konsep telah dilambangkan oleh aksara dalam kategori lain.

=== 4. Agregat logik ( 會意字/会意字, huìyìzì) === Juga dikenali sebagai gugusan berhubungan, aksara jenis ini menggabungkan piktogram untuk melambangkan konsep yang abstrak. Contohnya, (mù) ialah piktogram "pokok", dan jika dua aksara diletak bersama pada sisi masing-masing, maka terbentuknya (lín), iaitu "hutan". Penggabungan (rì) "matahari" dan (yuè) "bulan" membentuk (míng) "terang", yang lazimnya ditafsir sebagai lambang gabungan matahari dan bulan sebagai punca cahaya yang semulajadi.

Xu Shen menganggarkan bahawa 13% aksara sedemikian tergolong dalam kategori ini.

Sesetengah pengkaji rata-rata menafikan kewujudan kategori ini atas pandangan bahawa kegagalan cubaan mengenal pasti fonetik dalam agregat logik yang dikatakan pada zaman moden adalah kerana tidak memandang apa yang dikatakan sebagai baccan sekunder zaman kuno.[1] Ini merupakan bacaan yang asalnya kerap digunakan tetapi sudah pudar ditelan zaman kerana tulisan turut berevolusi mengikut peredaran zaman. Salah satu aksara yang sering dikenal pasti sebagai agregat logik ialah (ān) "keamanan" yang banyak dikatakan sebagai gabungan "binaan" dan "perempuan" , yang bersama-sama menghasilkan sesuatu yang seakan-akan erti "segalanya tenang dengan adanya wanita di rumah". Bagaimanapun, aksara pada zaman kuno besar kemungkinan sesuatu kata pelbagai sebutan dengan bacaan sekunder berbunyi *an, seperti yang terdapat dalam set aksara berikut: (yàn) "tenteram", (nuán) "bertengkar", (jiān) "gasang".

Hujah ini disokong oleh kenyataan bahawa aksara-aksara yang dikatakan tergolong dalam "kelompok" ini selalu ditafsirkan daripada bentuk moden dan bukan bentuk kuno yang pokoknya amat berbeza rupanya dan lazimnya jauh lebih rumit garfiknya. Namun begitu, pentafsiran ini banyak berbeza-beza, seperti yang dibuktikan daripada kajian terperinci daripada sumber-sumber berbeza.[2]

=== 5. Pengubahan hubungan ( 轉注字/转注字, zhuǎnzhùzì) === Aksara-aksara dalam kategori ini asalnya tidak melambangkan maksud yang sama tetapi telah bercabang melalui perubahan ortografi dan semantik. Contohnya, (kǎo) "mengesahkan" dan (lǎo) "tua" asalnya merupakan satu aksara yang sama yang bermaksud "orang tua", tetapi telah berpisah menjadi dua perkataan berbeza. Aksara-aksara dalam kategori ini amat jarang, maka dalam sistem zaman sekarang, kelompok ini sering diabaikan atau digabungkan dengan kategori lain.

=== 6. Pinjaman ( 假借字, jiǎjièzì) === Juga dikenali sebagai aksara pinjaman fonetik, kategori ini meliputi kes-kes di mana sesuatu aksara yang wujud digunakan untuk melambangkan perkataan yang tidak berkaitan maksudnya tetapi serupa sebutannya; kadang-kala maksud lamanya tidak digunakan lagi. Misalnya, (zì), yang sudah hilang sama sekali maksud asalnya iaitu "hidung" dan kini hanya bermaksud "diri", atau (wàn), yang asalnya bermaksud "kala jengking" tetapi kini hanya digunakan untuk merujuk kepada "10,000".

Teknik ini kini kian jarang, kerana ramai yang membangkang perubahan maksud aksara-aksara yang sedia ada. Namun begitu, teknik tersebut telah digunakan dalam perkembangan penulisan dialek, terutamanya bahasa Kantonis dan bahasa Taiwan di Hong Kong dan Taiwan, oleh sebab sebilangan perbendaharaan kata dialek yang mengikut sejarah tiada bentuk tulisannya dan maka tidak mempunyai aksara tersendiri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Chinese Characters: kaedah mempelajari Aksara Cina
  • Pinyin Annotator Membubuh pinyin di atas mana-mana teks Cina, Tradisional atau Mudah. Simpan outputnya dalam format OpenOffice Writer. Cetakan kemas. Juga membubuh pinyin pada mana-mana laman web bahasa Cina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Origin and Early Development of the Chinese Writing System, William G. Boltz, pp. 104-110, ISBN 0-940490-18-8
  2. Sound Business: The Reality of Chinese Characters, Philip Philipsen, pp. 49-76, ISBN 0-595-35629-X