Akta Imigresen Cina 1923

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Imigresen Cina 1923, dikenal dalam masyarakat Cina Kanada sebagai Akta Pengecualian Cina,[1] adalah sebuah akta yang diluluskan oleh Parlimen Kanada, melarang sebahagian besar bentuk kehijrahan Cina ke Kanada. Kedatangan dari negara-negara telah dikawal atau dihadkan dalam beberapa cara, tetapi hanya orang Cina begitu benar-benar dilarang berhijrah.

Sebelum tahun 1923, kehijrahan orang Cina sudah sangat dikawal oleh Akta Imigresen Cina 1885, yang mengenakan suatu cukai kepala besar pada semua penghijrah dari China. Setelah beberapa anggota persekutuan dan beberapa pemerintah provinsi (khususnya British Columbia) memberikan tekanan pada pemerintah federal untuk mencegah kehijrahan orang Cina, Akta Imigresen Cina diluluskan. Ini mulai berkesan pada 1hb Julai 1923. Undang-undang melarang kehijrahan orang Cina dari memasuki Kanada kecuali mereka yang di bawah judul berikut:

  • Pedagang
  • Diplomat
  • Mahasiswa asing
  • Dalam Artikel 9 dari Akta ini, "Keadaan khusus" yang diberikan oleh Menteri Imigresen (ini adalah golongan yang dikenakan pada keluarga bekas Gabenor Jenderal Adrienne Louise Clarkson).

Akta ini bukan hanya dipohonkan pada orang Cina dari China: etnik Cina dengan warga negara British turut juga dihalang memasuki Canada. Sejak Hari Penguasaan bertepatan dengan diberlakukannya Akta Imigresen Cina, Cina Kanada pada saat itu mengacu pada hari ulang tahun Gabungan sebagai "Hari Kehinaan" dan menolak untuk mengambil bahagian apapun dalam perayaan itu.

Kerana perasaan ngeri setelah kem kematian berorientasi kaum Nazi ditemukan dan pengakuan atas sumbangan Cina Kanada pada Kanada sewaktu Perang Dunia II, Parlimen Kanada memansuhkan undang-undang tersebut pada 14hb Mei 1947 (setelah pengisytiharan Akta Kewarganegaraan Kanada 1946 pada 1hb Januari 1947). Namun, kehijrahan Cina berdikari ke Kanada datang hanya setelah liberalisasi polisi imigresen Kanada pada tahun 1967.

Pada 22hb Jun 2006, Perdana Menteri Stephen Harper meminta maaf di Dewan Rakyat. Kalimat pertama dari permintaan maaf itu diucapkan dalam Bahasa Kantonis, Bahasa Cina yang paling sering ditutur di kalangan pendatang Cina. Dia mengumumkan bahawa para korban atau pasangan mereka akan dibayar sekitar $20,000 CAD sebagai kompensasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]