Akta Marin Perdagangan 1920

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Marin Perdagangan 1920 adalah statut Kerajaan Pusat Amerika Syarikat bagi mengawal perdagangan marin di perairan Amerika Syarikat dan perdagangan antara pelabuhan Amerika Syarikat. ia adalah undang-undang kabotaj yang turut merangkumi peruntukan berkenaan hak pelaut. Ia biasanya dirujuk sebagai Akta Jones[1], merujuk kepada penyokong bil ini Senator Wesley L. Jones dari Washington.

Mukadimah[sunting | sunting sumber]

Ia adalah perlu bagi pertananan negara dan pembangunan sebenar bagi perdagangan tempatan dan asing agar Amerika Syarikat memiliki pedagang marin yang paling lengkap dan jenis kapal diperlukan dalam jumlah mencukupi untuk membawa bahagian perdagangannya yang lebih besar dan bertindak sebagai angkatan bersenjata atau tentera laut tambahan ketika perang atau kecemasan negara, akhirnya dimiliki dan dikendali oleh rakyat Amerika Syarikat; dan ia diistihar sebagai polisi Amerika Syarikat untuk melakukan apa jua yang diperlukan bagi membangunkan, menggalakkan, dan mengekalkan perdagangan marin, dan, selagi ia tidak berlawanan dengan provisi Akta ini, Setiausaha Pengangkutan akan, menurut milik perkapalan dan kapal sebagaimana ditetapkan di sini, bagi membuat peraturan dan syarat, dan dalam pentakbiran undang-undang perkapalan akan sentiasa mematuhi tujuan dan matlamat ini sebagai maksud akhir yang hendak dicapai.

Sec. 1. Purpose and policy of United States (46 App. U.S.C. 861 (2002)), MARAD

Kabotaj[sunting | sunting sumber]

Peraturan kabotaj di bawah Akta Marin Perdagangan 1920 (AS) menghadkan pengangkutan barang atau penumpang antara pelabuhan Amerika Syarikat kepada kapal yang dibina di Amerika Syarikat dan mengibarkan bendera Amerika Syarikat. Sebagai tambahan, sekurang-kurangnya 75 peratus anak kapal mestilah rakyat Amerika Syarikat. Selain itu pembaikian badan dan struktur utama kapal yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat dihadkan kepada 10 peratus berat besi binaan asing. Larangan ini menghalang kebanyakan kapal Amerika Syarikat dari diubah suai di limbungan kapal asing.

Hak pelaut[sunting | sunting sumber]

Kongres Amerika Syarikat menerima pakai Akta Marin Perdagangan pada 1920, sebelumnya 46 USC Sec. 688 dan disahkan pada 6 Oktober 2006 sebagai 46 USC Sec. 3010. Akta ini merasmikan hak pelaut sabagaimana yang diterima selama berabad-abad.

"From the very beginning of American civilization, courts have protected seaman whom the courts have described as 'unprotected and in need of counsel; because they are thoughtless and require indulgence; because they are credulous and complying; and are easily overreached. They are emphatically the wards of admiralty.'" Capitol Hill Hearing Testimony, Coast Guard and Maritime Transportation Subcommittee; Testimony by John Hickley, attorney at law. Congressional Quarterly. March 27, 2007.

Ia membenarkan pelaut yang cedera mendapatkan pampasan dari penggaji bagi kecuaian pemilik kapal, kapten atau pelaut lain. Ia beroperasi hanya dengan melanjutkan legislatif sedia ada yang membenarkan pekerja kereta api dan membenarkan legislatif ini diguna pakai kepada pelaut. Hak operatifnya boleh didapati pada Kod Amerika Syarikat 46 688(a), yang membenarkan:

"Any sailor who shall suffer personal injury in the course of his employment may, at his election, maintain an action for damages at law, with the right to trial by jury, and in such action all statutes of the United States modifying or extending the common-law right or remedy in cases of personal injury to railway employees shall apply..."

Ini membenarkan pelaut Amerika Syarikat mengambil tindakan kepada pemilik kapal berasaskan dakwaan kecuaian atau tidak layak ke laut. Hak ini tidak diberikan di bawah undang-undang laut antarabangsa biasa.

Mahkamah Agung Amerika Syarikat, dalam kes Chandris, Inc., lwn Latsis, 515 U.S. 347, 115 S.Ct. 2172 (1995), telah memutuskan bahawa mana-mana pekerja yang menghabiskan lebih 30 peratus masanya di atas kapal yang berada di kawasan berlayar layak dipanggil sebagai pelaut melalui akta ini. Tindakan di bawah akta ini boleh dilakukan sama ada di mahkamah persekutuan atau mahkamah negeri.

Sokongan[sunting | sunting sumber]

Penyokong Akta Jones mendakwa bahawa undang-undang ini adalah kepentingan strategik ekonomi dan masa perang kepada Amerika Syarikat. Akta ini, dakwa mereka, melindungi keupayaan pengangkutan laut negara dan keupayaannya membina kapal dagangan. Tambahan lagi, akta ini dilihat sebagai faktor utama bagi mengekalkan tenaga kerja pelaut terlatih bagi perdagangan dan kecemasan negara. Penyokong menyatakan bahawa ia melindungi pelaut dari keadaan kerja dan kehidupan harian teruk yang terdapat pada kapal yang mengibarkan bendera asing.[1]

Sesetengah peyokong membina kes sebagai membenarkan kapal mengibarkan bendera asing untuk terbabit dengan perdagangan dalam laluan laut Amerika Syarikat adalah sama seperti membenarkan pembina kereta asing untuk menubuhkan kilang di Amerika Syarikat dengan tidak payah membayar gaji, cukai atau memenuhi piwaian persekitaran atau keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat.[2]

"Sekiranya seseorang berfikir untuk mencadangkan bahawa kita membenarkan pekerja asing untuk bersaing dengan pekerja GM di U.S., mereka akan ditertawakan." Arthur J. Volkle, associate general counsel, MARITRANS Inc.; pengendali bot tongkang dan bot tunda di Philadelphia.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Maritime law tough to navigate," Portland Press Herald/Maine Sunday Telegram. 3 Oktober 2006.
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan scholar tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:USMerchantMarineLaws