Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977
(Unfair Contract Terms Act 1977)
Royal Coat of Arms of the United Kingdom (HM Government).svg
Parlimen United Kingdom
Tajuk panjang: Suatu Akta untuk meletakkan pengehadan yang lebih berkenaan kebatasan di mana undang-undang Inggeris dan Wales dan Ireland Utara liabiliti sivil untuk pelanggaran kontrak, untuk kecuaian atau pelanggaran tanggungjawab yang lainnya, boleh dikecualikan oleh terma kontrak dan lain-lain, dan di mana undang-undang Scotland, liabiliti sivil boleh dikecualikan oleh terma kontrak.
(An Act to impose further limits on the extent to which under the law of England and Wales and Northern Ireland civil liability for breach of contract, of for negligence or other breach of duty, can be avoided by means of contract terms and otherwise, and under the law of Scotland civil liability can be avoided by means of contract terms.)

Babak buku statut: 1977 c. 50
Kawasan bidang kuasa: England dan Wales; Scotland; Ireland Utara
Tarikh-tarikh
Hari Perkenan Diraja: 24 Oktober 1977
Permulaan kuat kuasa: 1 Februari 1978
Status: Telah dipinda
Teks rasmi statut sebagaimana dipinda dan berkuatkuasa pada hari ini di United Kingdom, dari UK Statute Law Database

Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 (Inggeris: Unfair Contract Terms Act 1977) adalah satu Akta Parlimen United Kingdom pada tahun 1977, c 50 yang meregulasi dan mengehadkan sesetengah terma kontrak. Ia beraplikasi kepada hampir kesemua jenis kontrak dan fungsinya yang paling penting adalah dalam pengehadan penafian liabiliti. Tajuknya agak tidak kena kerana ia juga mempengaruhi kesalahan dalam tort juga. Akta ini juga beraplikasi kepada terma kontrak dan notis yang meminta obligasi.

Akta ini menjadikan terma kontrak yang membuang atau mengehadkan liabiliti sebagai tidak efektif atau harus melepasi ujian kewajaran, bergantung kepada jenis obligasi yang perlu dikecualikan dan sama ada pihak yang megecualikan atau mengehadkan liabiliti perniagaannya berlawanan pihak satu lagi yang merupakan pengguna.

Ia lazimnya digunakan bersama Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 (Instrumen Statut 1999 No. 2083)[1] dan juga Akta Penjualan Barangan 1979 dan Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982.

Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang dan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang Scotland telah mencadangkan bahawa Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 dan Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 harus digantikan oleh regim yang lebih sepadu dan terurus.[2]

Terma yang dibuat tidak menjadi[sunting | sunting sumber]

Kecuaian. s2(1), liabiliti untuk kecuaian yang menjadikan kematian atau kecederaan peribadi tidak boleh dikecualikan.

Jaminan pengilang. s5(1), kerugian yang berasal dari (a) barangan defektif atau (b) kecuaian pengedar; tidak boleh dikecualikan apabila barangan merupakan jenis "lazimnya digunakan untuk tujuan atau kegunaan peribadi".

Penjualan Barangan

Terma Kontrak yang dikawal Akta Perlindungan Pengguna 1987.

Mereka juga dikawal (semenjak 2007) oleh Akta Liabiliti Pemilik Premis 1984.

Terma yang perlu melepasi ujian kewajaran[sunting | sunting sumber]

Kecuaian. s2(2), penafian liabiliti untuk kecuaian berlainan dengan kematian atau kecederaan peribadi mesti melepasi ujian kewajaran.

Liabiliti Kontrak. s3, Ini beraplikasi terhadap pihak yang mengdraf satu kontrak berbentuk standard apabila pihak yang satu laginya merupakan pengguna. Pengecualian pelanggaran kontrak yang sama (s3(2)(a)) atau pembuatan yang berbeza dengan apa yang diharapkan daripadanya (s(3)(b)).

Klausa ganti rugi. s4, pihak yang berlaku sebagai pengguna tidak boleh membuat kontrak untuk melindungi pihak ketiga untuk pihak yang satu lagi, kecualilah ia menepati kehendak kewajaran.

Penjualan Barangan. s6(3), Terma tersirat mengenai keterangan, kualiti, dan sampel (Akta Penjualan Barangan 1979 ss 13-15) hanya wajar dikecualikan apabila tiada pihak yang berlaku sebagai pengguna.

Gambaran salah. s8, menggantikan Akta Gambaran Salah 1967 s3. Dibawah seksyen selepas tahun 1979, pengecualian liabiliti untuk gambaran salah mesti menepati kehendak kewajaran.

Definasi pengguna dan peniaga[sunting | sunting sumber]

Peniaga. s 1(3), Akta ini hanya beraplikasi kepada "liabiliti untuk pelanggaran obligasi atau tanggungjawab yang berlaku disebabkan (a) dari pekara yang dilakukan atau hendak dilakukan oleh seorang dalam urusniaga (sama ada perniagaan sendirinya atau yang lainnya); atau (b) dari pendudukan premis yang digunakan untuk perniagaan pemiliknya". s14, Termasuk sebarang pejabat kerajaan.

Pengguna. s 12[3], Satu pihak berlaku sebagai pengguna jika

  • s12(1)(a), Dia tidak menjalankan urusniaga dan tidak membuat seperti begitu.[4]
  • s12(1)(b), pihak satu lagi adalah dalam urusniaga.
  • s12(1)(c), Dalam konrak Penjualan Barangan, barangan merupakan jenis yang "lazimnya dibekalkan untuk kegunaan peribadi." (s12(1A), subseksyen ini tidak beraplikasi kepada individu.)
  • s12(2), Satu pihak bukanlah pengguna sekiranya berlaku di lelongan di mana dia punyai kebolehan datang secara peribadi atau bukan satu orang tulen membeli di lelongan.
  • s12(3), Beban untuk membuktikan adalah pada pihak yang menjalankan seperti urusniaga untuk membuktikan sama ada dia tidak dalam perjalanan urusniaga atau bahawa pihak yang satu lagi bukan pengguna.

Definasi kewajaran[sunting | sunting sumber]

Seksyen 11 memberikan sedikit panduan tetapi perkembangan yang banyak berlaku di common law.

Jaduan 2 memberikan garis panduan untuk ss 6(3), 7(3), 7(4).

Common Law

  • Stewart Gill Ltd. lwn Horatio Myer & Co. Ltd.[5] menyatakan bahawa kewajaran dibuat pada masa kontrak terbentuk; dan bahawa beban pembuktian adalah pada pihak yang mengecualikan liabiliti.
  • Levison lwn Patent Steam Carpet Cleaning Co. Ltd.[6] menyatakan bahawa keterangan dan kepresisan akan menaikkan sama ada terma wajar atau tidak. Lihat juga Stag Line Ltd. lwn Tyne Ship Repair Group Ltd.[7] mengenai cetakan kecil (literally; size-wise).
  • Smith lwn Eric S Bush[8]. Lord Griffith memberikan 4 poin yang boleh ditimbangkan... (lihat aplikasinya di St Albans City and District Council lwn International Computers Ltd.[9]).
    • Kesamarataan kuasa menawar.
    • Bagaimana praktikalnya mendapat nasihat guaman bebas mengenai kewajaran terma?
    • Bagaimana sukarnya kerja yang liabilitinya dikecualikan?
    • Apakah susulan membuat keputusan bahawa satu terma tidak wajar?

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. as amended by the Unfair Terms in Consumer Contracts (Amendment) Regulations 2001 (Statutory Instrument 2001 No. 1186) which merely further defined a 'Financial Service Authority'
  2. The Law Commission, 'Unfair Terms in Contracts' (LC292, 2005) [1]
  3. Sebagaimana dipinda oleh Peraturan-peraturan Penjualan dan Pembekalan Barangan ke Pengguna 2002
  4. Membuat seperti itu penting disebabkan kemungkinan pengguna melakukan seperti peniaga untuk pengecualian cukai atau untuk membeli di pemborong.
  5. [1992] 2 All ER 257
  6. [1977] 3 WLR 90
  7. [1984] 2 Lloyd's Rep 211
  8. [1990] 1 AC 831
  9. (1996) The Times 14th August