Aktiviti luar kenderaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa semasa penerbangan STS-116 memerlukan EVA.

Aktiviti luar kenderaan (Bahasa Inggeris: extra-vehicular activity, EVA) ialah kerja yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa lepas yang tidak berada di Bumi. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada EVA di luar kapal angkasa yang mengorbit Bumi ("berjalan di angkasa lepas") tetapi boleh juga merujuk kepada EVA yang dilakukan di permukaan Bulan ("berjalan di bulan").

Disebabkan reka bentuk awal kapal angkasa lepas yang berlainan, takrifan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bagi EVA juga berbeza. Rusia mentakrifkan EVA bermula apabila angkasawan berada di dalam vakum. EVA Amerika pula bermula apabila Extravehicular Mobility Unit (EMU) angkasawannya mula menggunakan kuasa bateri.

Setakat ini, cuma Rusia (Kesatuan Soviet), Amerika Syarikat dan China telah berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]