Aku Masih Dara (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aku Masih Dara
AkuMasihDara(poster).jpg
Pengarah Ahmad Idham
Penerbit David Teo
Lakonan Raja Farah
Norliana Samsudin
Diana Amir
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Aku Masih Dara ialah sebuah filem nasihat arahan pengarah berpengalaman, Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh Raja Farah, Norliana Samsudin, Diana Amir, Ashraff Muslim dan Farid Kamil ini membongkar masalah remaja zaman sekarang.

Plot[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.

Aleesya yang bimbang sekiranya dia termengandung akibat dari parti seks bebas tersebut cuba mengambil Firdaus sebagai 'Pak Sanggup' kepada kandungannya dengan meminta bantuan Sofea. Mengingatkan bahawa dia adalah 'Best Friend Forever', Sodea membantu Aleesya dengan mengundur diri pulang ke Kuala Lumpur. Hani yang ketika itu berada bersama kerana menghantar Aleesya, mengambil kesempatan memberi Sofea menghantar kembali satu bungkusan barang yang diambilnya daripada Zack. Di pertengahan jalan, Sofea terkejut setelah mendapati bungkusan tersebut adalah dadah lalu membuangnya. Sofea kemudian membayar Zack nilai harga dadah tersebut sebagai gantirugi. Zack marah bila mendapati Hani yang mencuri dadahnya.

Firdaus dengan berat hati terpaksa menerima Aleesya. Ketika ibu Firdaus merancang majlis perkahwinannya, Aleesya mendapati bahawa dirinya tidak mengandung lalu membatalkan perkahwinan tersebut.Ketika Aleesya dan Hani ingin kembali ke Kuala Lumpur, Zack tiba dan memukul Hani. Firdaus yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah ditikam Zack.

Setelah sembuh, Firdaus bertemu kembali dengan Sofea di masjid. Di akhir cerita, Sofea melalui suara latar mendoakan keinsafan kedua-dua sahabatnya sambil filem menggambarkan Aleesya masih seperti dulu senyap-senyap mencuri keluar dari rumah mencari keseronokan malam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]