Akumetsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akumetsu
GenreAksi, Drama, Seinen, Komedi
Manga
Akumetsu
PengarangTabata Yoshiaki (cerita)
Yogo Yûki (seni)
PenerbitAkita Shoten
Portal Anime dan Manga

Akumetsu (Jepun: アクメツ, Hepburn: Akumetsu) adalah sebuah manga seinen yang disirikan oleh Shonen Champion Comics (Akita Shoten), dari tahun 2002 sehingga 2006. Cerita Akumetsu ditulis oleh Tabata Yoshiaki, dan dilukis oleh Yogo Yûki.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Manga ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bertopeng bergelar 'Akumetsu' yang berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan penindasan atau kejahatan. Walau bagaimanapun, cara menegakkan keadilan Akumetsu adalah kejam, iaitu dengan membunuh mereka-mereka yang melakukan kejahatan ini. Kebanyakan mereka yang diburu dan dibunuh oleh Akumetsu adalah golongan-golongan menyalahgunakan duit rakyat, ini termasuklah presiden-presiden bank serta ahli politik.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Hazuma Shou - seorang remaja yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh mati berkali-kali dan boleh berada di lebih daripada satu tempat pada masa yang sama. Watak ini juga merupakan seorang yang berperwatakan lucu dan suka bermain-main. Watak inilah orang disebalik topeng Akumetsu.
  • Nagasawa Shina - teman sekelas Shou. Anak kepada seorang usahawan yang mempunyai masalah hutang dengan bank. Watak ini mengetahui bahawa Shou adalah Akumetsu. Shina adalah seorang remaja sekolah yang berperwatakan comel. Dia mengambil berat akan Shou dan tidak sanggup melihat Shou membunuh diri (berkali-kali).