Akustik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akustik merupakan cabang fizik yang mengkaji bunyi, iaitu gelombang mekanik dalam gas, cecair dan pepejal). Akustik melibatkan penghasilan, kawalan, penghantaran, penerimaan, serta kesan-kesan bunyi. Kajian ini berasal daripada kajian getaran mekanik dan penyinaran getaran ini melalaui gelombang mekanik. Aspek-aspek proses fizikal asas dalam gelombang dikaji dan digunakan untuk pelbagai aplikasi dalam kehidupan moden.

Akustik juga menyumbang kepada pelbagai kemajuan dalam kesenian. Aplikasi akustik dalam bidang lain termasuklah pengajian fenomenon geologi, atmosfera dan bawah air.