Al-Hakim bi-Amr Allah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abu 'Ali Mansur Tāriqu l-Ḥākim, atau lebih terkenal dengan gelaran Al-Hakim bi-Amr Allah (Bahasa Arab: الحاكم بأمر الله‎) adalah khalifah ke-6 Kerajaan Fatimiyyah di Mesir.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada tahun 985 M., Abu ‘Ali “Mansur” menggantikan ayahandanya Abū Mansūr Nizār al-Azīz (975–996) dalam usia sebelas tahun pada 14 Oktober, 996 dengan gelaran al-Hakim Bi-Amr Allah. Beliau merupakan khalifah kerajaan Fatimiyah yang pertama dilahirkan di Mesir.

Sebagai ahli keluarga dinasti Fatimiyah yang berkontroversi, Al-Hakim telah mengalami beberapa kesukaran semasa pemerintahannya. Walaupun beliau tidak kehilangan beberapa wilayah di Afrika Utara, masyarakat Ismailiah telah diserang oleh orang Sunnah yang dipimpin oleh orang yang menganut fahaman mazhab Maliki. Perhubungan di antara kerajaan Fatimiyah dan kerajaan Qarmatian di Bahrain juga tetap baik. Di dalam kata lain, polisi Syria al-Hakim telah berjaya mengembangkan pengaruh Fatimiyah ke wilayah. Di utara, bibit perpecahan di antara kelompok tentera Fatimiyah yang terdiri dari orang Barbar dan Turki telah membawa masalah lain kepada pemerintahan Khalifah al-Hakim.

Pada asalnya, wasitanya (sama gelaran dengan wazir), Barjawan telah bertindak sebagai ketua maya wilayah kerajaan Fatimiyah. Walau bagaimanapun, selepas penyusunan semula pada tahun 1000 M., al-Hakim telah memegang semua kuasa pentadbiran di tangannya dan menghadkan kuasa wasita dan wazirnya. Sepanjang 20 tahun pemerintahannya, terdapat 15 orang wasita dan wazir. Al-Hakim juga memusatkan rajah agama Druze

Semasa pemerintahannya, Al-Hakim dilihat tidak bertoleransi dengan agama-agama lain. Sebagai contoh, beliau telah meruntuhkan Gereja Holy Sepulchre di Jerusalem yang menjadi punca meletusnya Perang Salib.

Gerakan Mazhab Ismailiah[sunting | sunting sumber]

Al-Hakim telah mengekalkan minat di dalam organisasi dan operasi mazhab Ismailiah yang berpusat di Kaherah. Semasa pemerintahannya mazhab ini telah disebarkan ke kawasan jajahan takluk Fatimiyah di Iraq dan Persia. Di Iraq, mereka telah menumpukan perhatian untuk mendapatkan sokongan daripada beberapa gabenor awam dan ketua puak yang berpengaruh untuk menentang kerajaan Abbasiyah. Tokoh mazhab Fatimiyah yang beroperasi di kawasan timur untuk tempoh ini adalah Hamid al-Din Kirmani, seorang ahli falsafah dan ahli teologi di dalam zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah. Aktiviti Kirmani dan kumpulan lain kemudiannya membawa kepasa unsur konkrit di Iraq. Pada tahun 1010, pemimpin Mosul, Kufa dan bandar-bandar lain telah mengakui kekuasaan kerajaan Fatimiyah.

Rumah Pengetahuan[sunting | sunting sumber]

Di dalam kawasan pendidikan dan pembelajaran, al-Hakim telah mengambil langkah menubuhkan Dar al-‘ilm (Rumah Pengetahuan) yang juga dikenali sebagai Darul Hikmah pada tahun 1005. Beberapa subjek daripada sumber al-Qur’an dan hadis kepada falsafah dan astronomi telah dibuat di Dar al-‘ilm, yang dibekalkan dengan sebuah perpustakaan. Kemasukan ke pendidikan telah dibuat kepada orang awam dan banyak pelajar Fatimiyah telah menerima misi mazhab Fatimiyah sehingga kejatuhan kerajaan Fatimiyah. Pada tahun 1013 beliau telah menyiapkan masjid di Kaherah yang didirikan oleh ayahandanya iaitu Masjid al-Hakim. Masjid ini telah diruntuhkan dan dibina semula mengikut bentuk asalnya oleh Dr. Syedna Mohammed Burhanuddin sejak dua puluh tahun yang lalu.

Sesi Kebijaksanaan[sunting | sunting sumber]

Al-Hakim menjadikan pendidikan mazhab Ismailiah dan Fatimiyah sebagai keutamaan. Di zamannya beberapa sesi kajian (majalis) telah ditubuhkan di Kaherah. Al-Hakim telah memberi bantuan kewangan dan lain-lain kepada aktiviti pendidikan ini.

Didahului oleh
Al-Aziz Billah
Khalifah Fatimiyyah
996–1021
Diikuti oleh:
Ali az-Zahir