Al Jazeera
| Al Jazeera | |
|---|---|
![]() |
|
| Tarikh pelancaran | 30 November 1996 |
| Pemilik | Al Jazeera Satellite Network |
| Negara | Qatar |
| Cakupan siaran | Antarabangsa |
| Ibu pejabat | Doha |
| Laman web | [1] |
Al Jazeera (bahasa Arab: الجزيرة), yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, adalah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Ia kini merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network pemiliki dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera English.
Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama bin Laden. Sejak daripada itu, ia banyak menimbulkan perasaan prasangka terutama sekali dikalangan ahli dan para pemimpin politik Amerika Syarikat seperti Donald Rumsfeld. Saluran berkenaan juga banyak menimbulkan kontroversi dikalangan pemimpin dan kerajaan Arab dengan laporan warta berita yang berani dan mencabar.
Kehadiran Al Jazeera secara tidak langsung telah banyak mengubah lanskap dan geopolitik dunia Arab. Ramai bersetuju ia banyak menyumbang kearah kebebasan bersuara dikalangan media Arab, sesuatu yang asing sebelum kemunculan saluran berkenaan.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Sejarah penubuhan Al Jazeera bermula pada tahun 1995 apabila Perbadanan Penyiaran Britain, BBC World Service menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat komunikasi Arab Saudi, Orbit Communications, bagi menubuhkan sebuah saluran berita bahasa Arab untuk saluran syarikat berkenaan. Walaubagaimanapun, kebebasan editorial pintaan BBC diketepikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Pada bulan April 1996, BBC menyiarkan sebuah laporan hak asasi manusia di Arab Saudi yang menimbulkan kemarahan kerajaan negara tersebut sekaligus menyebabkan Orbit Communications membatalkan perjanjian siaran. Saluran berkenaan dihentikan setelah beberapa bulan beroperasi. Berikutan itu dan bosan dengan penindasan kebebasan bermedia menyebabkan ramai tenaga kerja BBC World Service menyertai Al Jazeera dan pada 30 November 1996, Al Jazeera memulakan siaran secara rasmi dengan dana sebanyak US$150 juta ehsan Emir Qatar.
Operasi [sunting]
Pusat operasi utama dan pusat penyiaran Al Jazeera terletak di Doha, Qatar dan disokong oleh lebih 40 jabatan biro berita antarabangsa. Kebanyakkan jabatan biro berita Al Jazeera berada di Timur Tengah dan benua Afrika.
Matlamat utama Al Jazeera adalah untuk beroperasi sepenuhnya melalui pendapatan pengiklanan menjelang tahun 2001. Walaubagaimanapun, saluran berkenaan gagal mencapai matlamat tersebut dan Emir Qatar bersetuju untuk terus menyalurkan sumbangan dana dan subsidi bagi membiayai operasi saluran tersebut setiap tahun. Pendapatan utama lain termasuk pengiklanan, yuran langganan, perjanjian penyiaran dengan syarikat lain dan jualan kandungan. Pada tahun 2000, pengiklanan telah menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan pendapatan Al Jazeera.
Kontroversi & kritikan [sunting]
Dunia Arab [sunting]
Al Jazeera banyak menimbulkan kontroversi dikalangan negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait dan Qatar melalui laporan warta berita dan rancangan terbitan siarannya. Akibatnya, ramai pemberita dan wartawan saluran berkenaan diusir keluar dan dihalang dari negara-negara terlibat. Sebagai contoh, kerajaan Bahrain menuduh Al Jazeera sering berpihak kepada Israel dan menentang negara kecil teluk tersebut. Selain itu, pandangan kontroversi hubungan sukar antara dua negara Lubnan & Syria dan badan kehakiman di Mesir juga banyak menimbulkan kemarahan pelbagai pihak berkuasa.
Al Jazeera kadang kala mengambil pendekatan yang penuh drastik. Misalnya pada 27 Januari 1999, Al Jazeera secara terbuka mengkritik kerajaan Algeria ketika rancangan siaran langsung The Opposite Direction, menyebabkan kerajaan negara tersebut memotong bekalan tenaga elektrik ke sebahagian besar ibu negara Algiers bagi menghalang penduduk tersebut menerima siaran saluran tersebut.
Kini Al Jazeera dilihat sebagai saluran berita yang bersikap optimis dan lebih menekankan kisah-kisah kemanusian dan hak keamanan masyarakat dunia khususnya di bahagian negara-negara timur tengah. Sebagai permisalan, dalam tragedi serangan dan pengepungan kapal-kapal aktivis bantuan ke Gaza edisi Mei-Jun 2010, Al Jazeera dilihat sering mengutamakan hak-hak rakyat Palestin dibumi mereka dan sentiasa melontarkan persoalan tentang kerelevanan penahan hantaran bantuan ke Gaza oleh tentera Israel. Dalam suatu rancangan terbitannya, Inside Iraq, Al Jazeera juga mengetengahkan isu-isu berkaitan kemanusian dan hak kehidupan sebenar rakyat Iraq selain mengadakan debat antara pemimpin pro Amerika dan para pengkritik dalam isu Iraq dan timur tengah.
Dunia barat [sunting]
Dikalangan dunia barat, media dan kerajaan Amerika Syarikat adalah pengkritik terhebat Al Jazeera yang dituduh sebagai suara dan lidah pengganas. Kesan akibat tuduhan tersebut menyebabkan Jabatan Biro Berita Kabul Al Jazeera dibom pada bulan November 2001 dalam satu serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat. Ia mengakibatkan Tariq Ayoub, wartawan saluran berkenaan meninggal dunia dalam serangan udara tersebut. Jurukamera Al Jazeera, Sami Al Hajj ditahan ketika bersinggah di Afgahnistan pada bulan Disember 2001 dan kini masih berada di dalam tahanan Amerika Syarikat di Kem Delta, Guantánamo Bay.
Kritikan [sunting]
Pengkritik Al Jazeera menuduh bahawa sensasi terbitan saluran tersebut disengajakan bagi meningkatkan jumlah penonton saluran berkenaan. Walaubagaimana, ramai juga yang bersetuju bahawa kehadiran Al Jazeera di kalangan dunia Arab banyak membantu kearah kebebasan bersuara media Arab, sesuatu yang asing sebelum kemunculan saluran berkenaan.
Rangkaian media Al Jazeera [sunting]
Al Jazeera Satellite Network adalah pemilik dan pengendali beberapa saluran dedikasi khas selain saluran berita antarabangsa 24 jam bahasa Arab Al Jazeera. Berikut adalah senarai saluran milik dan kendalian Al Jazeera Satellite Network.
Berita & ehwal semasa [sunting]
|
|
|
Dokumentari [sunting]
- Al Jazeera Documentary Channel
-
Saluran dokumentari dan rencana umum bahasa Arab. Memulakan siaran pada tahun 2007
Inforia [sunting]
|
Sukan [sunting]
|
Capaian [sunting]
Setelah lebih sedekad lamanya, Al Jazeera kini merupakan saluran berita pilihan ramai penduduk Timur Tengah. Jumlah penonton antarabangsa saluran berkenaan kini menyaingi saluran berita BBC World dengan anggaran 40 hingga 50 juta penonton.
Creative Commons [sunting]
Pada 13 Januari 2009, Al Jazeera mengeluarkan sesuatu video dari Gaza di bawah lesen Creative Commons. Lesen menyambut mereka, termasuklah penyiar lain, untuk menggunakan semula video, dengan Al Jazeera yang dihargai. Video-video ini dihoskan di blip.tv, yang membernarkan muat turun senang dan integrasi dengan miro, dan boleh ditontoni di laman Al Jazeera Creative Commons.[1][2][3][4][5][6]
Rujukan [sunting]
- Sumber internet
- (Bahasa Inggeris) - allied-media.com/aljazeera, 26 Mac 2007.
- ↑ Benenson, Fred (2009-01-13). "Al Jazeera Launches Creative Commons Repository". creativecommons.org. http://creativecommons.org/weblog/entry/12049. Capaian 2009-01-19.
- ↑ Steuer, Eric (2009-01-13). "Al Jazeera Announces Launch of Free Footage Under Creative Commons License". creativecommons.org. http://creativecommons.org/press-releases/entry/12166. Capaian 2009-01-19.
- ↑ Cohen, Noam (2009-01-11). "Al Jazeera provides an inside look at Gaza conflict". Herald Tribune. http://www.iht.com/articles/2009/01/11/technology/jazeera.php. Capaian 2009-01-19.
- ↑ "Al Jazeera Announces Launch of Free Footage under Creative Commons License". Al Jazeera Creative Commons Repository. http://cc.aljazeera.net/content/launch-press-release. Capaian 2009-01-19.
- ↑ Andrews, Robert (2009-11-14). "Al Jazeera Offers Creative Commons Video, Lessig Lends Backing". paidcontent.co.uk. http://www.paidcontent.co.uk/entry/419-al-jazeera-offers-creative-commons-video-lessig-lends-backing/. Capaian 2009-01-19.
- ↑ Ito, Joi (2009-01-14). "Al Jazeera Launches Creative Commons Repository". joi.ito.com. http://joi.ito.com/weblog/2009/01/14/al-jazeera-laun.html. Capaian 2009-01-19.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Arab) - Laman rasmi Al Jazeera
- (Bahasa Arab) - Laman rasmi Al Jazeera Sports
- (Bahasa Inggeris) - Laman rasmi Al Jazeera Children's Channel
- (Bahasa Inggeris) - Laman rasmi Al Jazeera English
