Al-Mu'tadhid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Mu'tadhid Billah (857-902) (bahasa Arab: المعتضد بالله) adalah Khalifah Bani Abbasiyah Baghdad dari 892 hingga 902. Sebelum beliau diangkat sebagai khalifah, beliau sudah memiliki pangkat yang tinggi, dan akhirnya diangkat sebagai khalifah. Beliau telah mengetuai dan mengatur pemerintahannya sehingga Mesir berjaya kembali ke pangkuan khilafah.

Di Mesopotamia (kini Iraq), Khalifah dan puterandanya sudah lama memerangi pihak Khawarij. Di hujung kawasan Mesopotamia ini, sudah lama bergonjang-ganjing, disebabkan oleh kehadiran gerombolan pemberontak, selain persaingan antara Mesir dan jeneral negeri, masalah itu juga telah diselesaikan.

Al-Mu'tadhid adalah dilihat sebagai seorang penguasa yang berani dan bertenaga. Beliau juga begitu toleran terhadap masyarakat Syiah yang dibuktikan dengan pemberian hadiah besar kepada mereka dari pangeran Tabaristan, beliau juga tidak menunjukkan sikap yang tak menyenangkan, seperti yang dilakukan pendahulunya; namun hanya perintah untuk melakukannya secara terbuka. Tidak seperti terhadap Bani Umayyah, beliau memerintahkan Bani Umayyah dicela di doa umum dan melarang semua sebutan yang memuji mereka di debat-debat kelompok agama. Baghdad dipermalukan atas hal ini; dan pada akhirnya khalifah menarik titahnya tersebut.

Setelah pemerintahan yang makmur selama 10 tahun, al-Mu'tadhid mangkat; dan al-Muktafi, puterandanya dari seorang hamba Turki, naik takhta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh:
Al-Mu'tamid
Khalifah
(892902)
Digantikan oleh:
Al-Muktafi