Al-Muqtadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Muqtadir (* 895; † 932) adalah khalifah Islam ke-18 Bani Abbasiyah (908932).

Setelah khalifah sebelumnya, al-Muktafi, dikurung selama beberapa bulan di biliknya, terjadi intrik yang berkaitan dengan masa depan khilafah. Dari 2 calon, adik al-Muktafi yang disukai khalifah dan keturunan al-Mu'tazz yang baru berusia 13 tahun, akhirnya dipilih al-Muqtadir, adik al-Muktafi.

Sejak masa pemerintahannya, kreadibiliti Bani Abbasiyah terus menurun. Pada masa yang sama, banyak nama dan tokoh Islam yang terkenal muncul untuk memberikan sumbangan dalam bidang sastera dan teknologi. Yang terkenal ialah seperti Ishaq bin Hunain (m. 911) (anak Hunain bin Ishaq), doktor dan penterjemah tulisan-tulisan falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab; Ahmad ibn Fadlan, penjelajah; Muhammad bin Jabir bin Sinan al-Battani (m. 923), ahli astronomi; Thabari (m. 923), sejarawan dan agamawan; Abu Bakr ar-Razi (m. 930), ahli falsafah yang memberikan sumbangan mendasar dan abadi di dalam bidang kedoktoran dan kimia; Abu Nashr Muhammad al-Farabi (m. 950), kimiawan dan falsafah; Abu Nashr Mansur (m. 1036), ahli matematik; Al-Haitsam (m. 1040), ahli matematik; Abu Raihan al-Biruni (m. 1048), ahli matematik, ahli astronomi, ahli fizik; Omar Khayyám (m. 1123), penyair, ahli matematik, dan ahli astronomi.

Ada peperangan beberapa tahun antara kaum Muslimin dan Yunani di Asia, dengan kekalahan besar di sisi kaum Muslim yang banyak dijadikan tawanan. Namun, kawasan sempadan kerajaan Rom Byzantine, mulai terancam atas kemaraan gerombolan Bulgaria Volga; sehingga Kaisar Zoe Karbonopsina mengirim 2 DuBes ke Baghdad untuk menjamin proses gencatan senjata, dan membahagikan ransum buat tawanan Muslim. Mereka diterima dengan tangan terbuka dan perdamaian dipulihkan. 120,000 bongkah emas telah dibayar untuk tujuan pembebasan tahanan itu.

12 tahun kemudian, untuk yang kedua kalinya al-Muqtadir menjadi sasaran kudeta. Anggota istana terkemuka yang telah bersekongkol untuk menjatuhkannya, memaksanya turun takhta demi saudaranya al-Qahir, namun setelah terjadi sejumlah penjarahan dan pembunuhan, para konspirator itu menyedari mereka tidak mendapat sokongan senjata, sehingga al-Muqtadir boleh memerintah lagi.

Pada tahun 932 Al-Muqtadir dibunuh oleh datuk bandar di Mosul. Beliau digantikan oleh saudaranya al-Qahir (932934).

Didahului oleh:
al-Muktafi
Khalifah Bani Abbasiyah
(908932)
Digantikan oleh:
al-Qahir