Al-Quran Mushaf Nur Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Quran Mushaf Nur Fatimah merupakan satu usaha muslimat untuk dunia bagi menghasilkan manuskrip al-Quran beriluminasi penuh. Ia adalah usaha penyalinan mushaf al-Quran beriluminasi penuh pertama di dunia oleh kaum muslimat.

Projek Al-Quran Mushaf Nur Fatimah telah selamat dirasmikan pelancarannya oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang ke-11 pada 28 Muharram 1412 H bersamaan 3hb. Mei 2000 bertempat di Pusat Pembinaan Manuskrip Al-Quran Mushaf Malaysia dan Galeri Riyadh Fannil Islam, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.

Projek ini juga telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja dari dalam negara, malah negara luar juga turut memperakui usaha murni ini. Ia telah menerima anugerah sebagai satu usaha meninggikan tamadun seni Islam oleh wanita melalui pengembangan seni mushaf sempena Pameran Al-Quran Antarabangsa kali ke-8 yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember 2000.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

  • Al-Quran Mushaf Nur Fatimah dihasilkan melalui penggemblengan tenaga dan kepakaran kaum wanita sepenuhnya. Ia merangkumi usaha-usaha pentadbiran, penyelidikan, penyalinan ayat-ayat, pewarnaan, penghasilan motif dan reka bentuk, penggunaan komputer serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
  • Penyalinan mushaf al-Quran beriluminasi penuh secara rasmi dan profesional oleh muslimat menempa sejarah dunia.
  • Reka bentuk dan hiasan Al-Quran Mushaf Nur Fatimah ini diambil daripada pokok-pokok ubatan, rempah ratus dan senibina- senibina Islam di seluruh dunia.
  • Penyelidikan yang dijalankan berdasarkan pokok-pokok ubatan dan rempah ratus dari seluruh dunia Islam ini akan memberi manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dalam aspek perubatan.
  • Terjemahan ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith Qudsi dan Nabawi yang berkaitan dengan wanita turut dilampirkan di halaman akhir Al-Quran Mushaf Nur Fatimah.
  • Keterangan mengenai terjemahan ayat-ayat al-Quran akan diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti tauhid, sosial, politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
  • Al-Quran Mushaf Nur Fatimah ditampilkan dalam bentuk yang indah dan memudahkan umat Islam membuat rujukan dan panduan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]