Al-Rajhi Bank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Al-Rajhi Bank
Jenis Syarikat awam
Industri Kewangan
Ditubuhkan 1978
Ibu pejabat Riyadh, Saudi Arabia
Perancang utama Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi, Pengerusi
Abdullah Sulaiman Al Rajhi CEO
Produk Perkhidmatan kewangan
Hasil SAR 7.3 billion (2006)
Pekerja 2,500
Laman web [1]

Al-Rajhi Bank (bahasa Arab: مصرف الراجحي, Masref Al-Rajhi) (dikenali sebagai Al Rajhi Banking and Investment Corporation sehingga pertukaran nama pada 23 Februari 2006[1]) adalah syarikat perbankan Islam terbesar di dunia, dan juga satu pelabur utama dalam persada niaga Arab Saudi. Al-Rajhi merupakan antara syarikat saham berusahasama terbesar dalam negara tersebut, dengan modal berbayar berjumlah SR 6.75 bilion. Ibu Pejabatnya terletak di Riyadh dan terdapat enam Pejabat Serantau.

Al Rajhi Bank telah di lancarkan di Malaysia pada tahun 2007 oleh Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Cawangan pertama dan juga merupakan cawangan utama Al Rajhi Bank Malaysia terletak di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Terdapat juga lebih 10 cawangan lain di sekitar lembah kelang dan beberapa lagi di bandar-bandar utama seluruh Malaysia antaranya di Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching dan Pulau Pinang. Selain boleh mempunyai akaun simpanan, antara kemudahan yang di sediakan olah Al Rajhi Bank di Malaysia kepada pelanggan-pelangan adalah seperti Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Kad Debit, Charge Card dan juga Kad Al-Musafir untuk memudahkan urusan kewangan semasa mengerjakan haji dan umrah khususnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.albawaba.com/en/countries/Saudi%20Arabia/195033