Alahan pada anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ada pelbagai alahan yang boleh dihidap oleh anjing. Sementara alahan ini biasanya menjadi jelas melalui keadaan kulit, ada sebilanagan gejala dan tanda amaran lain untuk dicari.

Alahan anjing boleh berlaku sama seperti pada teman manusianya. Alahan ini biasanya menjadi nyata sebagai keadaan kulit. Yang akan dilakukan oleh ini ialah memberangsangkan sistem imun anjing untuk terlebih bertindak balas dalam bentuk sebilangan gejala berlainan, yang paling ketara merupakan perengsaan kulit. Malangnya, alahan menjadi lebih kerap kini seperti pada manusia.

Perengsaan kulit daripada alahan agak mudah dikenal pasti. Sesetengah gejala ialah kemerahan, kegatalan, keguguran bulu dan jangkitan kulit berulang-ulang daripada perengsaan. Anjing mungkin mula terlebih-lebih menggaru dirinya lalu membawa kepada masalah kulit.

Apabila mencari gejala, ada beberapa perkara yang boleh bantu mengenal pasti sekiranya anjing menghidap alahan. Kadang-kadang, hama berbentuk rokok akan muncul pada kulit anjing. Hama ini terletak di folikel bulu dan kelenjar minyak kulit. Sementara boleh mengenal pasti jenis alahan yang dihidap oleh anjing, jalan terbaik adalah dengan berjumpa dengan doktor veterinar untuk mengenal pasti rawatan terbaik yang boleh dilakukan.[1]

Ada sebilangan jenis alahan anjing berlainan yang mungkin dihidap. Lima alahan utama termasuk alahan makanan, pinjal, bakteria, sentuhan, dan atopi.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Shawn Messonnier (6 Julai 2000). The Allergy Solution for Dogs: 1-10