Alan García

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alan García (1949-2019)

Alan Gabriel Ludwig García Pérez(lahir 23 Mei 1949 - 17 April 2019) adalah bekas Presiden Peru , setelah memenangi Pilihan raya Peru 2006 pada 4 Jun 2006 menentang seterunya calon Ollanta Humala Beliau adalah pemimpin Barisan Popular Revolusi Amerika (APRA) . Beliau menjadi Presiden penggal pertama dari tahun 1985-1990 tetapi Peru dilanda krisis ekonomi yang teruk, pergolakan sosial dan keganasan. Kemudian tewas kepada Alejandro Toledo .

Sengketa Peru - Venezuela[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April 2006, Venezuela akan memanggil kembali dutanya ke Peru jika bekas Presiden Peru, Alan Garcia memenangi pusingan kedua Pilihan raya Presiden 2006. Sebelum itu , Peru memanggil pulang dutanya ke Venezuela kerana campur tangan berterusan oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez ke atas hal ehwal negara Peru. Hugo Chaves memberi sokongan terbuka kepada Ollata Humala yang memenangi pusingan pertama pilihan raya presiden Peru. Chavez mengkritik perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dengan Peru dan Colombia. Namun Venezuela masih menjual minyak mentah kepada AS.[1]

Namun Alan Garcia menang dalam pusingan kedua, mengalahkan Ollanto Humala.

Bantahan orang Asli Amazon[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2008 , 48 anggota polis dijadikan tebusan kerana membantah cukai cukai perlombongan tembaga. Penduduk wilayah Moqequa mengusai jalan dana lebuh raya ke Chile dan menghalang jalan masuk ke loji peleburan Ilo dan lombong tembaga di Cuajone, milik pengeluar tembaga terbesar Peru, Southern Copper Corp.[2]

Pada 6 Jun 2009, orang Asli di Sungai Amazon membantah dasar Presiden Alan Garcia . Mereka menahan 38 pegawai polis sebagai tebusan dan mengugut untuk membakar stesen minyak milik kerajaan PetroPeru jika sekatan jalan raya dan sungai diteruskan. Sebelum itu, polis menyuraikan sekatan di sebatang lebuh raya 'Devil's Curve' di daerah Bagua, wilayah Amazon, kira-kira 1,400 km utara ibu negara Peru, Lima.[3]

Bantahan aktres, Q'orianka Kilcher[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2010, aktres, Q'orianka Kilcher membantah lawatan Presiden Alan Garcia ke Amerika Syarikat. Q'orianka Kilcher mengikat diri mereka di pagar White House di Washington, Amerika Syarikat. Bapa Q'orianka Kilcher adalah rakyat Peru keturunan India.[4]

Pilihan raya Presiden 2011[sunting | sunting sumber]

Alan Garcia kalah kepada calon sayap kiri Ollanto Humala. Keiko Fujimori anak perempuan bekas Presiden Alberto Fujimori yang sedang dipenjarakan juga kalah. Pedro Pablo Kuczynski, mantan perdana menteri dan pegawai bank juga kalah.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peru panggil pulang duta di Venezuela[pautan mati kekal]
  2. ^ Penunjuk perasaan bebas 48 tebusan[pautan mati kekal]
  3. ^ "9 anggota polis terbunuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-08. Dicapai pada 2011-07-31.
  4. ^ "Aktres Q'orianka Kilcher ditahan di White House". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-06. Dicapai pada 2011-07-31.
  5. ^ Hasil Pemilihan Presiden Peru Belum Bisa Ditebak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]