Alan Kennedy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Alan Kennedy
Alan Kennedy
Maklumat peribadi
Nama penuh Alan Kennedy
Tarikh lahir 31 Ogos 1954
Tempat lahir Sunderland, England
Posisi permainan Pertahanan kiri
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1972-78
1978-85
1985-87
1987
1987
1987
1987-88
1988-90
1990-91
Newcastle United
Liverpool
Sunderland
Beerschot
Hartlepool United
Grantham Town
Wigan Athletic
Colne Dynamoes
Wrexham
158 (9)
251 (15)
54 (2)
?? (??)
5 (0)
3 (0)
22 (0)
?? (??)
16 (0)
Pasukan kebangsaan
1972-77[1]
1984
England Under-23
England
6 (??)
2 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Alan Phillip Kennedy adalah seorang pemain bola sepak yang bermain untuk Liverpool semasa zaman kegemilangan kelab tersebut semasa lewat tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an. Alan Kennedy selalu menjaringkan gol semasa pertandingan-pertandingan akhir merebutkan piala.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Alan Kennedy dilahirkan pada 31 Ogos 1954 di Sunderland.

Kerjaya bola sepak bersama Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Alan Kennedy naik secara berdikit-dikit di kelab Newcastle United F.C.. Ketika berumur 19 tahun, dia diturunkan untuk bermain menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Piala F.A. tahun 1974. pasukannya kalah 3-0 dalam perlawanan itu. 2 tahun kemudian, Alan Kennedy sekali lagi ke Stadium Wembley untuk perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester City F.C., tetapi sekali lagi kecewa apabila tewas 2-1.

Kerjaya bola sepak bersama Liverpool[sunting | sunting sumber]

Selepas Alec Lindsay meninggalkan Liverpool, kelab itu mempunyai masalah selama 2 tahun mendapatkan pemain yang berkaliber untuk bermain di posisi bek kiri. Ramai pemain dicuba mengisikan posisi tersebut, termasuk Phil Neal, Alan Hansen dan Joey Jones. Selepas Liverpool memenangi kejuaraan Piala Eropah mereka buat kali kedua dalam tahun 1978, Bob Paisley membeli Alan Kennedy untuk mengisi posisi bek kiri. Alan Kennedy dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan menjadi pilihan kesebelasan utama dalam pasukan yang memenangi kejuaraan Liga tahun 1979.

Alan Kennedy mengalami kecederaan yang menghalang belia beraksi sepanjang musim 1980, tetapi dapat kembali untuk membantu Liverpool menentang West Ham United dalam perlawanan akhir Piala Liga. Alan Kennedy menjaringkan gol dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1. Liverpool menang perlawasan semula untuk menjuarai Piala Liga tahun tersebut.

Saat manis Alan Kennedy adalah semasa perlawanan akhir Piala Eropah menentang Real Madrid C.F. di Paris. Dalam perlawanan yang tidak menampakkan beza antara kedua pasukan, Alan Kennedy membuat larian di sebelah kiri padang dan membuat rembatan kuat menjaringkan gol yang bolos berhampiran tiang gawang gol Real Madrid. Gol tersebut membolehkan Liverpool menjuarai Piala Eropah buat kali ketiga.

Dalam tahun 1982, Alan Kennedy mendapat pingat sebagai Juara Liga dan mempertahankan kejuaraan Piala Liga dan Alan Kennedy berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Liga tersebut, di mana Liverpool menewaskan Manchester United 2-1. Alan Kennedy terlibat secara aktif dalam musim 1984 di mana Liverpool menang 3 kejuaraan – kejuaraan Liga, Piala Liga dan Piala Eropah. Alan Kennedy sekali lagi menjaringkan gol dalam pertandingan akhir semasa menjaringkan penalti untuk pasukannya semasa sepak penalti selepas kedudukan seri selepas masa tambahan.

Ala Kennedy bemain untuk sebahagian besar musim berikutnya tetapi tidak memenangi apa-apa kejuaraan. Dalam tahun berikutnya Kenny Dalglish telah menjual Alan Kennedy kepada kelab Sunderland setelah pemain muda Jim Beglin mula menunjukkan kecemerlangan bermain di posisi bek kiri.

Alam Kennedy juga tidak bernasib baik di pertandingan peringkat antarabangsa, kerana adanya Kenny Sansom yang membolot posisi bek kiri untuk pasukan England. Alan Kennedy hanya beraksi dua kali dengan England.

Kerjaya Selepas Liverpool[sunting | sunting sumber]

Selepas Liverpool, Alan Kennedy mencuba nasib di dalam Liga Belgium tetapi tidak berjaya. Dia mencuba Liga-liga bawahan Liga Inggeris tetapi menunjukkan kemajuan yang diharapkan. Dia cuba bermain dengan pasukan bukan liga, tetapi juga tidak menjadi. Akhirnya, Alan Kennedy mengambil keputusan untuk bersara daripada permainan bola sepak pada umur 40 tahun.

Kini Alan Kennedy selalu muncul di televisyen memberikan pendapat semasa siaran langsung SkySports dan media-media lain. Alan Kennedy juga menulis untuk laman web rasmi Liverpool, Liverpoolfc.tv. Alan Kennedy selalu mewakili Liverpool dalam pertandingan Masters yang melibatkan pemain-pemain veteran.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The dates of Kennedy's Under-23 caps are not known, the years 1972-77 represent his eligibility.