Alarm Me

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alarm Me
Album gabungan Alarm Me bersama kumpulan nashid lain oleh IKIM.
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNashid
PekerjaanVokal
Tahun aktif1999 - 2007
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
Lirik lagu]

Kumpulan Alarm Me merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan AlarmMe telah ditubuhkan secara rasminya pada 11 September 1999, lahir daripada sebuah kelab unit kebudayaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang di namakan Kelab Aspirasi Budaya.

AlarmMe bermaksud remind me dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kejutanku. Maksud kedua dalam bahasa Melayu ialah rasailah atau alamilah dan dalam bahasa Arab pula ia membawa dua pengertian antarabangsa atau sejagat dan duniaku.

Kehadiran AlarmMe bukan bermaksud ingin mencabar sesiapa, tetapi sekadar ingin memanfaatkan bakat yang ada dan cita-cita yang kuat untuk berjaya di dalam industri ini bagi membangkitkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara menerusi lagu-lagu yang berinformasi, merdu, berwawasan dan berkualiti.

Setakat ini, dua album AlarmMe telah muncul di pasaran. Album pertama “Alami” terbitan Rapsodi Kristal muncul di pasaran pada tahun 1999 sementara Album “Menggapai Harapan” mula memasuki pasaran semenjak bulan April 2004.

AlarmMe juga aktif menerbit / mencipta lagu & album selain dua album yang disebutkan. Antara lain adalah lagu-lagu dasar Kerajaan Negeri Selangor - Berjudul Bina Insan Cemerlang Selangor (6M) dan (4E) Era Globalisasi. (Lagu-lagu ini kemudiannya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor untuk dialbumkan dan diputarkan di Radio M'sia Selangor).

Selain itu, AlarmMe juga banyak terlibat dalam penciptaan lagu, penulisan lirik, penggubahan, penyusunan vokal berkumpulan, penerbitan album-album sekolah, album-album kerohanian (zikir, selawat, do'a dsb), lagu-lagu anthem/tema badan korporat, NGO, Universiti, kolej, lagu-lagu iklan TV & radio singapura (MUIS) dll.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, AlarmMe di anggotai oleh trio penuntut ijazah sarjana muda berlainan jurusan iaitu Fakulti Sejarah & Tamadun (Dean), Undang-undang & Syariah (K) serta Sosiologi & Antropologi(Azahan).

Kesemua ahli kumpulan AlarmMe merupakan graduan UIAM. AlarmMe dianggotai Nordin atau Dean yang selain menjadi artis juga bertugas sebagai Konsultan Motivasi dan Ahmad Khir atau K yang juga merupakan seorang peguam professional. Sewaktu Album Menggapai Harapan dihasilkan, Azahan telah pun memulakan tugasnya sebagai seorang Leftenan ATM. Tempat beliau diganti oleh Aziz yang juga seorang graduan UIAM jurusan Ilmu Wahyu.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, dua album AlarmMe telah muncul di pasaran. Album pertama “Alami” terbitan Rapsodi Kristal muncul di pasaran pada tahun 1999 sementara Album “Menggapai Harapan” mula memasuki pasaran semenjak bulan April 2004.

  • Alami (1999)
  • Menggapai Harapan (2004)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Bulan-bulan Islam
  • Indahnya Alam
  • Ratu Hatiku
  • Harapan Tidak Buta
  • Ku Merayu
  • Ceria Syawal
  • Selawat Alamiah
  • Selawat Jibril
  • Alaf Baru
  • Aqiqu Bada
  • Ilahana
  • Qasidah Al Burdah
  • Selawat Muqaddimah
  • Ceria
  • Alami
  • Ayah & Ibu Restui Perjuanganku
  • Ayuh Bangun Semula
  • I Wanna Be Somebody
  • Kau Bukan Lemah
  • Kewajipan
  • Khairun Nabi
  • Menggapai Harapan
  • Rapsodi Perjuangan
  • Runtunan Kehidupan
  • Semua Anak Kita
  • Teman Istimewa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]