Alassane Ouattara
| Alassane Ouattara | |
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 11 April 2011* |
|
| Perdana Menteri | Guillaume Soro |
|---|---|
| Didahului oleh | Laurent Gbagbo |
|
|
|
| Tempoh berjawat 7 November 1990 – 9 Disember 1993 |
|
| Presiden | Félix Houphouët-Boigny |
| Didahului oleh | Félix Houphouët-Boigny |
| Digantikan oleh | Daniel Kablan Duncan |
|
|
|
| Tarikh lahir | 1 Januari 1942 (71 tahun) |
| Tempat lahir | Dimbokro, Afrika Barat Perancis (kini Côte d'Ivoire) |
| Parti politik | Himpunan Republikan |
| Pasangan | Dominique Ouattara (1990-kini) |
| Alma mater | Universiti Drexel University of Pennsylvania |
| Agama | Islam |
| *Jawatan presiden diragui oleh Ouattara dan Gbagbo pada 6 Disember 2010 hingga 11 April 2011. | |
Alassane Dramane Ouattara (Sebutan bahasa Perancis: [alasan wataʁa], Bahasa Arab: الحسن وطرة Sebutan Arab: [ælħæsæn wɑtˤɑrɐ]; lahir 1 Januari 1942) ialah seorang ahli politik Côte d'Ivoire, presiden parti Himpunan Republikan (RDR), dan Presiden Côte d'Ivoire mulai 11 April 2011. Beliau menuntut kemenangan dalam pilihan raya presiden Côte d'Ivoire 2010 setelah melawan penyandang jawatan, Laurent Gbagbo dalam dua pusingan. Kemenangan Ouattara diiktiraf oleh kebanyakan pihak berdaulat di luar Côte d'Ivoire, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gbagbo enggan menerima tuntuan ini sehingga mencetuskan sebuah krisis politik yang hebat dalam negara, yang berakhir dengan penahanan Gbagbo pada 11 April 2011.
Ouattara menjadi Perdana Menteri Côte d'Ivoire pada November 1990 hingga Disember 1993; mengikut perlembagaan negara yang sah ketika itu, beliau dilantik oleh mendiang Presiden Félix Houphouët-Boigny.[1][2][3][4] Ouattara berlatih sebagai ahli ekonomi dan bekhidmat untuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Negara-Negara Afrika Barat (Bahasa Perancis: Banque Centrale des États de l'Afrique de l'Ouest, BCEAO).
Rujukan [sunting]
- ↑ Profile at IMF website, 12 Disember 2005.
- ↑ CV at Ouattara's website (Perancis).
- ↑ "A tale of 2 presidents", CBC News, 25 Mac 2011.
- ↑ "Gbagbo: Preventing ECOWAS military misadventure in Cote d’Ivoire". http://dailytrust.dailytrust.com/index.php?option=com_content&view=article&id=10022:gbagbo-preventing-ecowas-military-misadventure-in-cote-divoire&catid=7:opinion&Itemid=12.
Pautan luar [sunting]
- (Perancis) Alassane Ouattara.com
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Félix Houphouët-Boigny |
Perdana Menteri Côte d'Ivoire 1990–1993 |
Diikuti oleh: Daniel Kablan Duncan |
| Didahului oleh Laurent Gbagbo |
Presiden Côte d'Ivoire 2011–kini |
Pemegang jawatan kini |
