Alawit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alawis علوية
Alawite falconer.jpg
An Alawi falconer in Baniyas, Syria, during World War II
Jumlah populasi

about 4 million

Bilangan penduduk mengikut wilayah
Bendera Syria Syria About 3.5 million[1]
Bendera Lubnan Lubnan An estimated 100,000[2][3]
Bendera Turki Turki About 450,000 thousand[4]
Lebanon/Golan Heights About 2000 live in Ghajar[5]
Bendera Australia Australia Alawites comprise 2% of Lebanese born people in Australia[6]
Agama / Kepercayaan
Shia Islam
Penulis asas agama
Qur'an, Kitab al Majmu[7]
Bahasa
Arabic, Turkish

Alawit atau 'Alawit', 'Alawiyyah', Syiah , Ansaris atau al-Anṣāriyyah merupakan kumpulan agama terkemuka yang dilihat mistik dan sinkretik. Kumpulan agama ini berpusat di Syria dan sering digambarkan sebagai cabang Syiah Islam .

Isi kandungan

Syria [sunting]

Secara tradisinya Alawit tinggal di Pergunungan Alawite sepanjang pantai Lautan Mediterranean bersempadan dengan Syria . Mereka tinggal di bandar-bandar utama seperti Latakia dan Tartous, sekeliling bandar Hama dan Homs.Jumlah mereka 15% daripada penduduk Syria atau 3.5 juta rakyat daripada 23,1 juta penduduk di Syria(Bancian 2011).

Terdapat empat Konfederasi Alawi iaitu - Kalbiyah, Khaiyatin, Haddadin, dan Matawirah .Masing-masing dibahagikan mengikut puak-puak di sekitar Latakia , Syria hingga ke Antioch (Antakya), Turki, dan Homs serta Hama.

Sebelum 1953, mereka mempunyai kerusi di Parlimen Syria, seperti semua masyarakat agama lain. Selepas Banci 1960, hanya ada kerusi Islam dan Kristian,tanpa menyebut kumpulan kecil untuk mengurangkan " perkauman "(taïfiyya).

Lebanon [sunting]

Terdapat kira-kira 40,000 hingga 100,000 pengikut Alawis di Lubnan dan mereka diiktiraf sebagai satu daripada 18 golongan di Lubnan .Pemimpin mereka Ali Eid berjaya menandatangani Perjanjian Taif 1989 yang memberi mereka dua kerusi Parlimen. Alawis Lubnan menetap di Jabal Mohsen Tripoli dan Akkar . Mereka diwakili oleh Parti Demokratik Arab .

Turki [sunting]

Mereka menyebut diri mereka sebagai "Arab Alevis" di Turki .Di Çukurova , mereka dinamakan sebagai Fellah dan Arabuşağı. Istilah kedua sangat menyakitkan hati pada orang Alawis, oleh itu penduduk Sunni . Tahun 1930-an ,pihak berkuasa Turki menamakan mereka Eti Türkleri ( " Het Turks "), untuk menyembunyikan asal-usul Arab mereka . Istilah ini hampir usang tetapi ia masih digunakan oleh beberapa orang generasi yang lebih tua sebagai satu eufemisme .

Jumlah sebenar 'Alawi di Turki dianggarkan 185 000 pada 1970 .Kemudian 400 000 pada tahun 2009.Bahasa ibunda mereka ialah bahasa Arab .

Alawis tradisional bercakap dialek yang sama dengan Bahasa Arab dan Alawis Syria .Golongan muda di bandar-bandar Çukurova dan di İskenderun cenderung untuk bercakap bahasa Turki. Pengetahuan abjad Arab adalah terhad kepada pemimpin-pemimpin agama dan orang-orang yang telah bekerja atau belajar di negara-negara Arab .

Sehingga tahun 1960-an , mereka antara yang paling miskin di Çukurova.Kini mereka terlibat dalam sektor pengangkutan dan perdagangan .Mereka juga mengamlakan eksogami , terutamanya di kalangan lelaki yang belajar di universiti.Perkahwinan ini adalah sangat bertolak ansur.

Alawi, seperti Alevis dikira sebagai berhaluan kiri. Ada juga yang menyokong pihak konservatif sekular. Kebanyakan Alawit merasa didiskriminasikan

Bukit Golan [sunting]

Terdapat kira-kira 2000 Alawis yang tinggal di kampung Ghajar , berpecah antara Lubnan dan Bukit Golan yang kini diduduki Israel.

Asal usul nama [sunting]

Alawis sempena nama 'Ali ibn Abi Talib iaitu sepupu dan menantu Nabi Muhammad. Ali adalah Imam Syiah yang pertama dan keempat dan terakhir dari "Khulafa Al Rasyidin" bagi Sunni Islam .Alawis juga dirujuk sebagai " Nusairis ", sempena nama Abu Shuaib Muhammad ibn Nusair.(270 h, 863 AD) .Pada September 1920, Perancis menggunakan istilah "Alawi".

Sejarah [sunting]

Asal Alawis sering dipertikaikan.Mereka dikatakan pengikut Imam ke-11 , Hassan al-Askari (d. 873), dan muridnya Ibn Nuṣair (d. 868)

Mazhab tersebut diasaskan oleh pengikut Muhammad ibn Nuṣair yang dikenali sebagai al- Khasibi, yang meninggal dunia di Aleppo pada 969 . Pada 1032 cucu Al-Khaṣībī dan murid al-Tabarani berpindah ke Latakia, yang ketika itu dikuasai oleh Empayar Byzantine . Al-Tabarani menjadi rujukan iman Alawi melalui pelbagai tulisan-tulisan beliau. Beliau berada di Gunung Pantai Syria dan dataran Cilicia.

Di bawah Empayar Uthmaniyyah mereka menentang cubaan untuk menukar mazhab mereka kepada Islam Sunni. Mereka memberontak terhadap Uthmaniyyah beberapa kali, dan mengekalkan autonomi maya di kawasan gunung .

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah , [Syria]] dan Lubnan berada di bawah kekuasaan Perancis. Perancis menduduki Syria pada tahun 1920 dan memberi autonomi kepada mereka dan kumpulan minoriti yang lain dan menerima mereka menyertai tentera penjajah.Ramai ketua-ketua Alawi cuba menukar autonomi mereka kepadakemerdekaan. Wilayah " Alaouites dimulakan pada 1925. Pada Mei 1930, Kerajaan Latakia telah diwujudkan; berlangsung sehingga 28 Februari 1937, apabila ia dimasukkan ke dalam Syria.

Pada tahun 1939 bahagian barat laut Syria, iaitu Sanjak Alexandretta (kini Hatay) banyak menggunakan istilah Alawis, telah diberikan kepada Turki. Pungutan suara yang dijalankan di bawah seliaan League of Nations mendapati mereka mahu menyertai Turki. Tindakan ini menyebabkan kemarahan masyarakat Alawi dan Syria secara umum. Pada tahun 1938, tentera Turki pergi ke Alexandretta dan menghalau penduduk Arab dan Armenia. Sebelum ini, Alawi Arab dan Armenia merupakan majoriti penduduk .Zaki al-Arsuzi , pemimpin muda Alawi dari wilayah Iskandarun dalam Sanjak Alexandretta menjadi pengasas Parti Ba'ath bersama-sama dengan Kristian Ortodoks.Selepas Perang Dunia II, Salman Al Murshid memainkan peranan penting dalam menyatukan wilayah Alawi dengan Syria. Syria baru merdeka pada 12 Disember 1946.

Syria mencapai kemerdekaan pada 17 April 1946. Berikutan Perang Arab-Israel 1948 , Syria berhadapan Rampasan kuasa tentera 1949, Kebangkitan Parti Ba'ath , dan penyatuan negara dengan Mesir 1958. UAR berlangsung selama tiga tahun dan berpecah pada tahun 1961, apabila satu kumpulan pegawai tentera merampas kuasa dan mengisytiharkan Syria yang bebas merdeka. Pegawai tentera termasuk Hafez al- Assad dan Salah Jadid membantu Parti Ba'ath mengambil kuasa pada tahun 1963 . 1966, pegawai-pegawai tentera berorientasikan Alawi memberontak kerana menentang pemimpin Kristian Michel Aflaq dan pemimpin Sunni Muslim Salah al-Din al-Bitar. Zaki al-Arsuzi dianggap sebagai "Socrates" Parti Ba'ath.

Keluarga Assad [sunting]

Pada tahun 1970, Ketua Tentera Udara Hafez al-Assad , Alawit, mengambil kuasa dan melakukan "Pergerakan Correctionist" terhadap Parti Ba'ath.

Pada tahun 1971, al-Assad menjadi Presiden Syria.Perlembagaan Syria hanya membenarkan Sunni Muslim.Tahun 1973, Perlembagaan Syria yang baru dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan Presiden Syria mestilah seorang Islam.Pada 1974, Musa Sadr , seorang pemimpin Twelvers Lubnan dan pengasas Pergerakan Amal cuba menyatukan Alawis dan Syiah Lubnan di bawah Majlis Agung Islam Syiah tapi tidak berjaya.

Selepas kematian Hafez al-Assad pada tahun 2000, anak beliau Bashar al-Assad menjadi Presiden Syria.Ramai Alawis menonjol di kalangan tentera dan pejabat perisikan.Tetapi ramai pegawai awam dan ekonomi dipimpin oleh Sunni, yang mewakili kira-kira 74% daripada penduduk Syria .13% penduduk keturunan Turki dan 9% penduduk keturunan Kurd Sunni.67% daripada penduduk Syria adalah Sunni Arab. Hari ini, Alawis wujud sebagai minoriti .

Kepercayaan [sunting]

Alawis dipanggil sebagai Syiah sahaja. Ulama Syiah Lubnan Musa al-Sadr Lubnan menjadi rujukan mereka.Sebaliknya, Sunni konservatif sentiasa tidak mengiktiraf Alawi sebagai orang Islam.Bagi mereka, Syiah Alawi sebagai kuffar ,orang-orang kafir ,mushrikun atau orang-orang musyrik.Sebaliknya Mufti Jerusalem , Mohammad Amin al-Husayni mengeluarkan fatwa yang mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam.

Ali Sulayman al-Ahmad, ketua hakim negara Alawite menyatakan "Kami Alawi umat Islam. Buku kami adalah Al-Quran. Nabi kita Muhammad. Kakbah adalah kiblat kita, dan agama kita adalah Islam."

Heterodoks [sunting]

Rukun iman mereka adalah rahsia dan hanya diketahui oleh beberapa Alawi terpilih sahaja. Bagaimanapun, seorang Alawite bernama Sulaiman al-Adni memeluk agama Kristian pada 1863, menyusun sebuah buku yang berjudul "Buah Pertama Sulaiman dalam mengungkap Rahsia Agama Nusairi".

Ada pengkaji menyatakan Alawis bersepadu dengan agama-agama lain ( sinkretisme ), khususnya dari Ismail Islam dan Kristian . Alawi diserap unsur-unsur "dari agama yang berbeza yang mempengaruhi kawasan mereka dari zaman Hellenistik dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan mereka sendiri, dan "berpura-pura mematuhi agama dominan." Pengikut Alawit dilaporkan merayakan perayaan-perayaan tertentu Kristian, "dengan cara mereka sendiri", [38] termasuk Krismas, Easter dan upacara keagamaan menggunakan roti dan anggur.

Unsur Kristian dalamagama Syiah amat signifikan. Antaranya termasuk konsep triniti; sambutan Krismas, sanggup korban , iaitu, sakramen daging dan darah Kristus yang ditawarkan kepada murid-murid-Nya. Selain itu sambutan daripada Quddas (Doa panjang kepada ketuhanan Ali).

Mereka juga merayakan sambutan Parsi, Naw Ruz .

Alawis mempunyai banyak persamaan dengan Ismailis dari segi kepercayaan keseluruhan, dan mereka kadang-kadang dianggap sebagai cabang kumpulan ini. Kepercayaan mereka mempunyai unsur esoterik, kiasan ( Batini) ,literal dan tujuan tersembunyi.Alawis percaya esoterik iaitu para Imam disembunyikan walaupun kepada nabi Islam Muhammad itu sendiri.

Alawis percaya kepada konsep "triniti" atau "skema",`Ain-Miim-Sin, yang bermaksud `Ali , Muhammad , dan Salman al-Parsi , seorang sahabat Parsi Muhammad. Muhammad dikenali sebagai ism, atau "nama", Ali sebagai bab, atau "pintu", dan Salman al-Parsi sebagai makna. Muhammad dan Ali dianggap terbitan Salman al-Parsi.Ketiga-tiga dikatakan suatu penjelmaan Tuhan. Bagaimanapun,Ali merupakan bahagian yang paling penting dalam trinitas.

Lihat juga [sunting]

  • Hamdanids
  • Mirdasids
  • Uqailids

Rujukan [sunting]

  1. http://thegulfblog.com/2011/05/17/map-of-religion-in-the-middle-east/
  2. "Tharwa Project". http://www.tharwaproject.com/node/2127. "The Alawis have been present in modern-day Lebanon since the 16th century and are estimated to number 100,000 today, mostly in Akkar and Tripoli. The sect is managed through the Islamic Alawi Union, a council of 600 members that are elected every four years." 
  3. Riad Yazbeck. Return of the Pink Panthers?. Mideast Monitor. Vol. 3, No. 2, August 2008
  4. http://www.state.gov/g/drl/rls/irf/2007/90204.htm
  5. N.K. Singh (2009). Global Encyclopedia of Islamic Mystics and Mysticism (Hardcover ed.). Global Vision Publishing House. m/s. 20. ISBN 8182202272. http://books.google.com/books?id=6XCRmgig69MC&pg=PA20&dq=%22There+are+also+about+2000+Alawites+living+in+the+village+of+Ghajar,+split+between+Lebanon+and+the+Israeli+occupied+Golan+Heights%22&hl=en&ei=3NjGTZfENI_HswaLlfX6Dg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCkQ6AEwAA#v=onepage&q=%22There%20are%20also%20about%202000%20Alawites%20living%20in%20the%20village%20of%20Ghajar%2C%20split%20between%20Lebanon%20and%20the%20Israeli%20occupied%20Golan%20Heights%22&f=false. 
  6. Ghassan Hage (2002). Arab-Australians today: citizenship and belonging (Paperback ed.). Melbourne University Publishing. m/s. 40. ISBN 0522849792. http://books.google.com/books?id=J5Edz2OlQNMC&printsec=frontcover&hl=da&source=gbs_v2_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false. 
  7. "Alawi Islam". GlobalSecurity.org. http://www.globalsecurity.org/military/intro/islam-alawi.htm. Capaian 2008-05-31. "Their prayer book, the source of religious instruction, is the Kitāb al-Majmu‘, believed to be derived from Ismā‘īlī writings. Alawis study the Qur'ān and recognize the five pillars of Islam, which they interpret in a wholly allegorical sense to fit community tenets."