Alexander Bukan Zulkarnain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Alexander Bukan Zulkarnain adalah dokumentari sejarah yang disiarkan oleh Astro Oasis 106 tentang mencari hakikat kebenaran ayat al-Quran Surah al-Kahfi ayat 83-98 yang menceritakan tokoh legenda Iskandar Zulkarnain. Tokoh agung ini bersemi dalam sastera Melayu seperti dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang, Tuhfat al Nafis dan lain-lain. Ramai yang percaya bahawa Iskandar Zulkarnain ini ialah Alexander Agung dari Zaman Yunani di Athens, Greece. Alexander telah difilemkan beberapa kali oleh penerbit filem Barat seperti filem Alexander. Kesultanan Melaka, Kesultanan Perak dan Kesultanan Kedah dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia ini. Malangnya gambaran kekejaman dan homoseks yang dilakukan tidak bertepatan dengan gambaran tawaduk dalam al-Quran kerana tokoh penakluk ini merupakan seorang Nabi. Lantaran itu dokumentar ini cuba mencari hakikat dan natijah Iskandar Zulkarnain.

Iskandar Zulkarnain merupakan penakluk merentasi benua Eropah dan Asia meliputi kota-kota lama seperti kota Pella, Acropolis (Greece), Iskandariah (Mesir), Yaman, Iran, Uzbekistan dan Rusia yang dikaitkan dengan Cyrus Agung dan Raja Himyar yang dipercayai juga adalah Zulkarnain. Dalam al-Quran, Zulkarnain dikaitkan dengan tembok Yakjuj dan Makjuj, lokasi laut berlumpur hitam dan pelbagai sumbangan tokoh ini.

Pembetulan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Di sebalik tabir[sunting | sunting sumber]

Dokumentar ini terbitan Firdaus Maju Production (FMP). Idea berasal dari pelajar Universiti al-Azhar, Mesir bernama Afarezz Abdul Razak. Kini beliau belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dokumentar ini mendapat dana RM 1 juta dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Astro Entertainment Sdn. Bhd, FM Production dan Celcom (Malaysia) Berhad dan ditayangkan mulai 10 Januari 2008 di Astro Oasis 106. Majlis pelancaran dihadiri oleh Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian Komunikasi, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Encik Mohamed Sharil Tarmizi, Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dato’ Najmuddin Abdullah, Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Celcom (Malaysia) Berhad serta Encik Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. Secara dasarnya dokumentar ini berasaskan tesis yang ditulis oleh mahasiswa UIAM. [2]

Tenaga produksi melakukan penggambaran selama 32 hari di lapan negara dengan kos RM1.55 juta hasil geran dari SKMM.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [Siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain?]
  2. Dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain di Astro Oasis

Pautan luar[sunting | sunting sumber]