Alfonso VI dari Castile-León

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alfonso VI dalam sebuah lukisan abad ke-12

Alfonso VI dari Castilla-León (sebelum Jun 10401 Julai 1109), mendapat jolokan yang Berani, adalah Raja León sejak 1065, Raja Castilla dan Raja Galicia de facto sejak 1072, hingga kematiannya pada 1109. Baginda telah memerintah kerajaan bersatu sejak tahun 1072 yakni setelah kematian saudaranya Sancho II. Baginda merupakan Raja Castilla pertama dengan nama Alfonso, sehingga kadang-kadang baginda dinamakan Alfonso I dari Castilla. Pada tahun 1077 baginda telah mengangkat dirinya sebagai Imperator totius Hispaniae (Maharaja seluruh Hispania).

Pada tanggal 23 Oktober 1086, baginda dikalahkan oleh Yusuf bin Tasyfin dari Dinasti Al-Murabitun dalam Pertempuran Zallaqah (Sagrajas). Dalam peperangan tersebut, baginda telah mengalami kecederaan parah pada kakinya. Putera mahkotanya Sancho pula telah terbunuh dalam Pertempuran Ucles yang berlaku pada tahun 1108. Baginda telah meninggal dunia setahun kemudian, dan digantikan oleh puterinya Urraca.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Ferdinand I
Raja León
(kali pertama)

1065–1070
Diikuti oleh:
Sancho II
Didahului oleh
Sancho II
Raja Castilla
1072–1109
Diikuti oleh:
Urraca
Raja León
(kali kedua)

1072–1109
Didahului oleh
García II
Raja Galicia
1073–1109
Raja Portugal
1073–1093
Diikuti oleh:
Henrique
(sebagai Count)