Alfred E. Goodey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alfred Edward Goodey
AlfredEGoodeyWWWinter.jpg
Goodey circa 1936
Kelahiran 1878
Derby
Meninggal dunia 1945
Derby
Warganegara British
Pendidikan Sekolah Kesenian Derby
Terkenal kerana Filantropi dan pengumpul seni
Ibu bapa William Henry and Rhoda

Alfred E. Goodey (1878-1945) ialah seorang pengumpul lukisan, cetakan dan ahli fotografi yang terkenal khususnya kepada genre seni lukisan dan lakaran yang berkaitan dengan bandar Derby, English Midlands.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Alfred Edward Goodey ialah William Henry dan Rhoda Goodey dan beliau telah dilahirkan di Derby pada tahun 1878.[1] Beliau mendapat pendidikan awal di rumahya dan ke Sekolah Whitworth sebelum memasuki Sekolah Kesenian Derby.[2] Beliau mula mengumpul peralatan lukisan seperti cat minyak, warna air, bahan cetakan dan bahan fotografi pada tahun 1886, beliau mencari semua ini kerana sedar Derby tidak mempunyai perkakas lukisan yang cukup dan sempurna, maka ia perlu mencarinya demi mengejar matlamat sebagai pelukis seni yang berjaya. Sehinggakan beliau sanggup membayar wang komisyen kepada pelukis untuk melukis pemandangan kontemporari. Beliau juga dilihat sangat bersemangat untuk merekodkan sebarang perkara yang mungkin akan musnah dan berubah pada waktu itu.[2][3]

Goodey mempunyai keinginan besar dalam mendampingi sejarah alam semulajadi dan perjalanan di Derbyshire; beliau dianggap sebagai Shakespears muda yang mengambil orang dari masyarakat setempatnya untuk menubuhkan kelab kecil bernama "The Loft", yang berpusat berdekatan rumahnya di Lambourne Road. Beliau boleh dirujuk sebagai seorang dikampung yang berjanggut / berjambang lebat dan bermisai tebal. Beliau sering kelihatan di pub di Sadler Gate dan sering membincangkan tentang isu semasa sehari-harian. Namun begitu beliau sangat menyukai bidang kesenian dan akhirnya membawanya kepada jawatan presiden dalam Kelab Lakaran Derby. Dari situlah, ramai penggiat seni mula mengenali Derby sebagai kota kesenian atas jasa usaha dan pengorbanan beliau..[2]

Goodey telah menempah nama dan rekod yang baik sejak kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20, dan dalam tahun 1936 beliau telah memberi lebih dari 500 lukisannya kepada Muzium dan Galeri Seni Derby.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Alfred Goodey, Goodey family tree, GRO Birth index, accessed April 2011
  2. 2.0 2.1 2.2 Allard, Sarah; Nicola Rippon (2003). Goodey's Derby. Breedon Books. ms. 1. ISBN 1 85983 379 9. 
  3. Goodey's Derby, Amazon product description, accessed April 2011
  4. Derbyshire Artists, Derbyshire UK, Guide to Derbyshire, accessed April 2011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Derby Museum