Ali Jum'ah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ali Jum'ah
علي جمعة
Ali Gomaa.JPG
Nama: Ali Jum'ah
Kelahiran: {{{birth}}}
Mazhab: Islam Sunni Syafi'i


Sheikh Ali Jum'ah[sunting | sunting sumber]

Nama penuh beliau ialah Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab. Beliau adalah merupakan Mufti Besar Mesir dan merupakan salah seorang ulama Islam di peringkat antarabangsa yang paling dihormati. Beliau ulama mazhab Syafi'i masa kini (kontemporari) yang pakar dalam bidang Syariah dan Usul al-Fiqh.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ali Jum'ah telah dilahirkan di wilayah atas Mesir Bani Suwaif/ Suef pada 3 Mac 1952 (bersamaan 7 Jamadil Akhir 1371 Hijrah). Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang sudah dewasa. Beliau dirupakan sebagai seorang yang "tinggi dan agung, dengan muka yang bulat dan berjanggut trim".

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ali Jum'ah yang berkelulusan dari sekolah tinggi pada tahun 1969, telah mendaftar di Universiti Ain Shams di ibu kota, Kaherah, Mesir. Setelah menghafal al-Quran, beliau mendalami pengajian Islam, belajar hadis dan fiqh Maliki pada masa lapang semasa di universiti. Selepas selesai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor/ B.A) dari Universiti al-Azhar, Master/ M.A dan akhirnya beliau meraih Doktor Falsafah (Ph.D) dengan kepujian tertinggi dalam Metodologi Usul al-Fiqh pada tahun 1988.

Pengajaran[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ali Jum'ah mengajar di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al-Azhar sejak beliau meraih Master/ M.A sehingga beliau dilantik menjadi Mufti Besar Mesir, terlebih dahulu beliau menjadi seorang pembantu Profesor namun akhirnya beliau menjadi seorang Profesor.

Mufti Besar[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ali Jum'ah telah dilantik menjadi Mufti Besar pada akhir September 2003 oleh Presiden Hosni Mubarak, menggantikan Mufti Mohamed Ahmed El-Tayeb. El-Tayeb telah dilantik sebagai Presiden Universiti al-Azhar, mengambil alih dari Ahmed Omar Hasyim. Jawatannya di Dar al-Ifta, sebuah agensi kerajaan yang dikehendaki mengeluarkan fatwa undang-undang Islam mengenai apa-apa persoalan terhadap umat Islam yang bertanya kepada mereka, kira-kira 5000 fatwa seminggu, termasuk fatwa rasmi mengenai isu-isu penting dan pertanyaan yang diajukan melalui panggilan telefon dan internet.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menerbitkan banyak karya, antaranya ialah:

  1. al-Hukm al-Shar’i
  2. Aliyat al-Ijtihad
  3. Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
  4. al-Bayan
  5. al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
  6. al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
  7. al-Imam al-Bukhari
  8. al-Kalim al-Tayyib vol. 1
  9. al-Kalim al-Tayyib vol. 2
  10. Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
  11. al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
  12. al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
  13. al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
  14. al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
  15. al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
  16. Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
  17. al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
  18. al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
  19. Simat al-Asr
  20. Taqyid al-Mubah
  21. al-Tariq ila al-Turath al-Islami

Guru-guru[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai ramai guru, antaranya ialah:

  1. ‘Abd al-Hafidh al-Tijani
  2. ‘Abd al-Hakim ‘Abd al-Latif
  3. ‘Abd al-Hamid Mayhub
  4. Ahmad Jabir al-Yamani
  5. ‘Abd al-Jalil al-Qaranshawi
  6. Ahmad Hammadah al-Shafi’i
  7. Ahmad Mursi
  8. ‘Ali Ahmad Mar’i
  9. Hasan Ahmad Mar’i
  10. al-Husayni Yusuf al-Shaykh
  11. Ibrahim Abu al-Khashab
  12. ‘Iwad Allah al-Hijazi
  13. ‘Iwad al-Zabidi
  14. Ismail Sadiq al-’Adwi
  15. Ismail al-Zayn al-Yamani
  16. Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq
  17. Jad al-Rabb Ramadan
  18. Muhammad Abu Nur Zuhayr
  19. Muhammad Alawi al-Maliki
  20. Muhammad Ismail al-Hamadani
  21. Muhammad Mahmud Farghali
  22. Muhammad Shams al-Din al-Mantiqi
  23. Muhammad Zaki Ibrahin
  24. Sha’ban Muhammad Ismail
  25. Said ‘Abd Allah al-Lajhi
  26. al-Sayiid Salih ‘Iwad
  27. Salih al-Ja’fari
  28. Yasin al-Fidani

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: