Aliran Bakerloo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 51°35′33″N 000°20′08″W / 51.59250°U 0.33556°B / 51.59250; -0.33556 (01 - Harrow & Wealdstone station)

Aliran Bakerloo
Bakerloo line flag box.png
Warna dalam peta Perang
Tahun dibuka 1906
Jenis aliran Aras bawah tanah
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
1972 Tube stock
7 gerabak
setiap kereta api
Stesen dalam
perkhidmatan
25
Panjang 23.2 km (14.4 batu)
Depoh Stonebridge Park
London Road
Bilangan penumpang 104 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Bakerloo merupakan salah satu aliran dalam London Underground. Dalam peta, aliran ini diwarnakan perang. Aliran ini mempunyai landasan atas permukaan tanah dan juga di bawah tanah, iaitu dari Elephant and Castle (di tenggara London) ke Harrow & Wealdstone yang terletak di barat laut London. Daripada 25 buah stesen yang ditetapkan untuk aliran ini, 15 daripadanya merupakan stesen bawah tanah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aliran Bakerloo dahulunya dikenali sebagai Kereta Api Baker Street & Waterloo. Dibina oleh Underground Electric Railways Company of London (UERL), aliran ini dimulakan khidmatnya pada 10 Mac 1906. Aliran ini pada mulanya meliputi dari Baker Street ke Lambert North (selepas itu dikenali sebagai Kennington Road). [1] Pada 5 Ogos, tahun yang sama, aliran ini dipanjangkan sehingga Elephant & Castle. Pada waktu ini, aliran ini mendapat jolokan "Bakerloo", lalu pada Julai 1906, aliran ini ditukar nama menjadi Bakerloo.[1]

Menjelang tahun 1913, kerja-kerja pemanjangan aliran ini dijalankan dari perhentian penghabisan asal di Baker Street.

Cabang Watford[sunting | sunting sumber]

Platform menghala ke arah selatan Aliran Bakerloo di stesen Paddington

Pada tahun 1915, aliran ini dipanjangkan ke Queen's Park. Walau bagaimanapun, khidmat tren ke Watford dikurangkan pada sekitar tahun 1960, dan akhirnya dihentikan. Perhentian penghabisan diubah ke Stonebridge Park.

Cabang Stanmore[sunting | sunting sumber]

Pada 1930-an, Aliran Metropolitan mengalami kesesakan akibat muatan terhad rel di semua stesen antara Baker Street dan Finchley Road. Bahagian baru terowong dibina di platform stesen-stesen antara Baker Street dan Finchley Road. Tiga stesen daripada aliran Metropolitan (stesen Lord's, Marlborough Road dan Swiss Cottage) turut ditukarkan menjadi dua stesen baru dalam aliran Bakerloo iaitu St. John's Wood dan Swiss Cottage. Pada 20 November 1939, perkihdmatan aliran Metropolitan ke Stanmore diambil alih menjadi perkhidmatan aliran Bakerloo. Cabang Stanmore ini menjadi sebahagian daripada perkhidmatan aliran Bakerloo sehingga 1 Mei 1979. Hal ini demikian kerana masalah kesesakan aliran Bakerloo yang disebabkan oleh dua cabang rel yang tertumpu di stesen Baker Street. Ini membawa kepada pembukaan aliran Jubilee, pada asalnya hanyalah menyambung cabang Stanmore dengan terowong baru antara stesen Baker Street dan Charing Cross.

Sambungan Camberwell[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1931, usul untuk pemanjangan dari stesen Camberwell dan Denmark Hill telah dipersetujui sebagai sebahagian London Electric Metropolitan District and Central London Railway Companies (Works) Act, 1931. Pada bulan April 1937, kos anggaran bagi penambahan ini ialah sebanyak £5 juta (£263 juta nilai sekarang). Akibat kenaikan harga bahan mentah, projek ini ditunda.[2]

Peta[sunting | sunting sumber]

Bakerloo Line.svg

Stesen[sunting | sunting sumber]

Hentian Imej Tarikh dibuka[3] Maklumat tambahan
Harrow & Wealdstone Overground notextroundel.svg National Rail logo.svg Handicapped/disabled access Harrow & Wealdstone main building.JPG 16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Kenton Overground notextroundel.svg Kenton station building.JPG 16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
South Kenton Overground notextroundel.svg South Kenton stn west entrance.JPG 3 July 1933 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
North Wembley Overground notextroundel.svg North Wembley stn building.JPG 16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Wembley Central Overground notextroundel.svg National Rail logo.svg Wembley Central stn building Oct 09.JPG 16 April 1917 Dahulunya dibuka sebagai Wembley Central for Sudbury. Dinamakan semula: 5 Julai 1948. Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Stonebridge Park Overground notextroundel.svg Stonebridge Park station 2.jpg 1 August 1917
Harlesden Overground notextroundel.svg Harlesden station building.JPG 16 April 1917
Willesden Junction Overground notextroundel.svg Handicapped/disabled access Willesden Junction stn north entrance.JPG 10 May 1915
Kensal Green Overground notextroundel.svg Kensal Green stn building.jpg 1 October 1916
Queen's Park Overground notextroundel.svgNational Rail logo.svg Queen's Park stn building.JPG 11 February 1915
Kilburn Park Kilburn park tube station.jpg Ralat: 1915 Januari 31


Ini bukan format tarikh yang diterima. Sila periksa ejaan, nombor, dan/atau baca dokumentasi di templat {{dts}} untuk masukan tarikh yag betul.
||

Maida Vale MaidaVale.jpg 6 Jun 1915
Warwick Avenue WarwickAvenue.jpg Ralat: 1915 Januari 31


Ini bukan format tarikh yang diterima. Sila periksa ejaan, nombor, dan/atau baca dokumentasi di templat {{dts}} untuk masukan tarikh yag betul.
||

Paddington National Rail logo.svg (BSicon FLUG.svg Kereta api ke Heathrow) Paddington subsurface station building.jpg 1 December 1913
Edgware Road Edgware Road stn (Bakerloo line) building.JPG 15 Jun 1907
Marylebone National Rail logo.svg Marylebone station 01.jpg 27 March 1907 Dahulunya dibuka sebagai Great Central. Dinamakan menjadi Marylebone: 15 April 1917
Baker Street BakerStEntrance.JPG 10 March 1906
Regent's Park Regents Park tube station.jpg 10 March 1906
Oxford Circus Oxford Circus tube station - Bakerloo line entrance.jpg 10 March 1906
Piccadilly Circus Piccadillycircus.jpg 10 March 1906
Charing Cross National Rail logo.svg Charing Cross tube station 1.jpg 10 March 1906
Embankment Embankment station.jpg 10 March 1906
Waterloo National Rail logo.svg Waterloo tube stn entrance.JPG 10 March 1906
Lambeth North Lambeth North stn southbound look north.JPG 10 March 1906 Dahulunya dibuka sebagai Kennington Road. Dinamakan menjadi Westminster Bridge Road: 5 August 1906, dinamakan pula menjadi Lambeth North: 15 April 1917
Elephant & Castle National Rail logo.svg Elephant & Castle stn south entrance.JPG 5 August 1906

Stesen-stesen terdahulu[sunting | sunting sumber]

Cabang Watford[sunting | sunting sumber]

Stesen Tarikh dibuka Tarikh khidmat dihentikan Maklumat tambahan
Watford Junction 16 April 1917 16 September 1982
Aatford High Street 16 April 1917 24 September 1982
Bushey & Oxhey 16 April 1917 24 September 1982 Dinamakan semula menjadi Bushey: 6 Mei 1974
Carpenders Park 5 April 1919 24 September 1982 Ditutup pada 16 November 1952 tetapi dibuka semula di tapak baharu pada 17 November 1952
Pinner & Hatch End 16 April 1917 24 September 1982 Dinamakan semula menjadi Hatch End (for Pinner): 1 February 1920. Dinamakan semula menjadi Hatch End: 1956.
Headstone Lane 16 April 1917 24 September 1982

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Day, J.R. and Reed, J. (2005). The Story of London's Underground. Capital Transport Publishing.
  2. "Rising Cost of Steel - London Transport Economics - Extensions Delayed". The Times (London). 10 April 1937. ms. 14. 
  3. Rose, Douglas (1999). The London Underground, A Diagrammatic History. London: Douglas Rose/Capital Transport. ISBN 1-85414-219-4. OCLC 59556887. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]