Aliran Kanō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Butiran Empat Kemahiran oleh Kanō Eitoku. Salah satu daripada enam keping adang-adang lipat: dakwat di atas kertas. Memaparkan orang sedang bermain go.

Aliran Kanō (狩野派 Kanō-ha?) ialah salah satu aliran seni lukis Jepun yang paling terkenal.

Aliran ini diasaskan oleh Kanō Masanobu (1434–1530) yang sezaman dengan Sesshū dan merupakan anak murid Shūbun. Sesetengah sarjana menulis bahawa walaupun Masanobu menguasai unsur-unsur seni lukis Cina dan gaya Shubun, dia kurang baik pada keseluruhannya dan kekurangan keaslian dan kreativiti gurunya. Meskipun begitu, Masanobu menjadi pelukis rasmi di istana Shogun, dan disebabkan kedudukan tinggi inilah yang menjadikan aliran Kanō berpengaruh dan masyhur. Artis-artis yang mengikuti jejaknya memperbaiki gaya dan kaedahnya, dalam masa satu generasi aliran tersebut berkembang.

Karya-karya aliran tersebut adalah contoh-contoh kesenian era Momoyama, dan ketika mana kebanyakan aliran menumpukan pada satu gaya, medium atau bentuk, aliran Kanō unggul dalam dua gaya. Pelukis-pelukis Kanō sering kali menghasilkan karya dalam skala besar yang melukiskan pemandangan semulajadi tentang burung-burung, tumbuh-tumbuhan, air atau haiwan-haiwan lain di atas pintu atau adang-adang gelangsar dan menutupi latar belakang dengan daun emas. Sebahagian daripada contoh-contoh yang paling masyhur dapat ditemui di Istana Kota Nijō di Kyoto.

Aliran tersebut bagaimana pun pada masa yang sama terkenal dengan lanskap dakwat atas sutera hitam putihnya. Pelukis dakwat Kanō menghasilkan lukisan yang amat datar tetapi mereka menyeimbangkan gambaran realistik terperinci haiwan dan subjek-subjek lain dalam latardepan dengan abstak yang selalunya kosong pada keseluruhan, awan dan unsur-unsur latar belakang yang lain dengan sempurna. Penggunaan ruang negatif untuk menunjukkan jarak dan untuk membayangkan kabus, awan, langit atau laut datang daripada cara Cina tradisional dan digunakan dengan cantik oleh pelukis-pelukis Kanō. Menarik untuk dicatatkan mengenai garisan berus yang amat jelas dan dengan demikian imej ketara yang diperolehi selalunya adalah medium yang amat lembut. Juga menarik untuk dicatatkan mengenai kontras antara lukisan-lukisan dakwat hitam putih yang dilukis dengan mahir ini dan bentuk-bentuk emas atas kertas yang hampir-hampir menjolok mata tetapi agak cantik yang dicipta pelukis-pelukis ini untuk dinding dan adang-adang.

Artis-artis aliran Kanō[sunting | sunting sumber]

Butiran adang-adang yang menggambarkan ketibaan sebuah kapal layar Barat, dianggap lukisan Kanō Naizen (1570–1616).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Painting-stub Templat:Art-org-stub