Allah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Allah S.W.T)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini mengandungi teks bahasa Arab, ditulis dari kanan ke kiri dalam suatu gaya crusive dengan sesetengah huruf disambungkan. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.
Perkataan Allah dalam tulisan kaligrafi Arab.
Bahasa Arab
الله
Transliterasi
Allāh
Terjemahan
Tuhan

Sebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
 p  b  s 


Allah ,(Bahasa Arab: اللهAllāh, IPA: [ʔalˤːɑːh]  (Speaker Icon.svg dengar)), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan Allah berasal dari gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.[1]
Di Indonesia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah" bagi menggambarkan God the Father walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God".
Di Malaysia, terdapat cubaan menggunakan perkataan "Allah" sebagai ganti kepada perkataan Bahasa Inggeris "God" di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Ia masih lagi diperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan, kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah.

Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa.

Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Muhammad. Islam menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.

Isi kandungan

Etimologi [sunting]

Dari segi teknikal linguastik, perkataan Allah adalah jamid iaitu ia unik tidak diambil dari mana-mana perkataan. Perkataan Allah bukan terbina dari "al-ilaah" sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Kerana itu perkataan Allah adalah khusus dan bebas. Dua abjab pertama iaitu "Al" dalam perkataan "Allah" tidak dapat dipisahkan dengan yang lain. Ia bukan seperti artikel pasti (definite article) "al-" dalam bahasa Arab (yang sama seperti "the" dalam bahasa Inggeris). Menurut tatabahasa Arab, perkataan "Allah" ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur tatabahasa dan maknanya.

Jika "Al" di dalam perkataan Allah adalah awalan tambahan, sebutan biasa "Ya Allah" adalah salah dari segi tatabahasa Arab kerana bentuk "Ya Al-Rahman" atau "Ya Al-Ilah" tidak dibenarkan dalam Bahasa Arab. Lagipun dengan mengatakan "Al-" sebagai awalan bermakna ada banyak tuhan yang berbeza yang boleh dipanggil Alihah (jamak bagi ilah). Ini tidak betul kerana Allah selama-lamanya nama bagi Tuhan yang Esa dan tidak pernah digunakan ke atas sesiapa kecuali Tuhan yang Esa. Arab musyrikin mempunyai banyak ilah atau tuhan tetapi tiada satu pun yang dipanggil Allah.

Contoh penggunaan [sunting]

Tulisan khat Allah

Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:

Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.

Persoalan tentang Pencipta (Tuhan) [sunting]

Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.

Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.

  • Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
  • Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
  • Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.

Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah SWT.


Tauhid dan Keesaan Allah [sunting]

Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:

  • Tauhid Ar-Rububiyyah
  • Tauhid Al-Uluhiyyah
  • Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Tauhid Ar-Rububiyyah [sunting]

Ia ialah pengesaan Allah dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; firman Allah: "Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah: "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]

Tauhid Al-Uluhiyyah [sunting]

Ia ialah pengesaan Allah dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah Ta`ala dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.

Tauhid Al-Asma' Was-Sifat [sunting]

Lihat juga Asmaul Husna
Lihat juga Sifat-sifat Allah

Ia ialah pengesaan Allah dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasulullah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan ini adalah metode yang di gunakan oleh ulamak slafusoleh dan boleh juga di Takwil mengikut metode yang di gunakan oleh ulamk Khalaf.

Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Sifat Allah ini bukan sesuatu yang baharu atau di ciptakan oleh ulamak mutakallimin. Ia sudah terkandung dalam Quarn dan Hadith dan juga Ulamak tabien Imam Abu Hanifah dalam kitab fiqhul Akhbar menyatakan 13 sifat bagi Allah.[2]

Isu-isu lain [sunting]

Para penterjemah kitab Bible dan mubaligh Kristian terutama di dalam masyarakat yang majoritinya beragama Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada tuhan. Tindakan ini dipercayai untuk memudahkan penyebaran agama Kristian dan pemahaman di kalangan masyarakat tempatan.[3][4][5] Kes penukaran nama tuhan Kristian kepada nama-nama tuhan bahasa tempatan juga pernah berlaku apabila William Carey, seorang paderi menterjemah Bible bahasa Inggeris kepada bahasa Benggali, dengan menggunakan nama Tuhan Yang Maha Agung Hindu, Ishwar merujuk 'God'.[3]

Bagi umat Kristian Arab dan Indonesia tidak ada perkataan lain untuk 'Tuhan' selain 'Allah'.[6] Arab Kristian misalnya menggunakan istilah-istilah Allāh al-ab (الله الآب) bermakna Tuhan yang Bapa, Allāh al-ibn (الله الابن) bermakna Tuhan yang Anak, dan Allāh al-rūḥ al qudus (الله الروح القدس) bermakna Tuhan yang Roh Kudus. Lihat Tuhan dalam agama Kristian untuk konsep Tuhan Kristian. Bagaimanapun di kalangan masyarakat Kristian Arab sendiri, mereka mula mengelakkan diri daripada menggunakan "Allah" bagi merujuk tuhan dan menggantikannya dengan "Al-Ilaah" untuk Tuhan dan "Rabb" untuk "Lord".[7]

Penganut Kristian di negara barat pula menganggap tidak wajar memanggil nama Tuhan Kristian dengan nama "Allah" kerana doktrin keagamaan yang berbeza di antara orang Islam dan Kristian boleh membawa kepada kekeliruan.[8] Malah sesetengah mereka mendakwa "Allah" berasal daripada Tuhan masyarakat pagan Arab (musyrikin Arab).[9]

Malaysia [sunting]

Pada penghujung tahun 2012, isu penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu kembali timbul apabila ia dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai mesej Krismas beliau kepada kerajaan BN.[10] Perkara ini mendapat tentangan kuat daripada beberapa NGO Islam di Malaysia.[11][12]

Berikutan hal ini, Sultan Selangor mentitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk umat Islam sahaja dan mana-mana pihak yang cuba mengingkari akan ditahan.[13] Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor terus dengan pendirian mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim selagi ia tidak disalah gunakan.[14] Manakala, Majlis Gereja Malaysia tetap berkeras ingin menggunakan nama "Allah" atas alasan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu " agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".[15] Parti MCA menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dengan alasan agama lain seperti Sikh dan Hindu juga mengandungi kalimah Allah.[16]

Berlaku juga konflik di dalam parti PAS apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah tetapi dengan syarat ia tidak disalahgunakan.[17][18] Dan ia disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam asalkan ia tidak disalahguna.[19] Namun di pihak Dewan Ulama PAS pula tidak bersetuju penggunaannya bagi bukan Islam.[20][21] Mereka berpendapat istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.[22] Isu ini masih berlarutan dan masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Rujukan [sunting]

Bacaan lanjut [sunting]