Allah Selamatkan Sultan Mahkota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Allah Selamat Sultan merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman. Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum tarikh tersebut, tidak ada lagu khas dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat.

Lirik lagu ini ditulis oleh Tuan Syed Abdullah Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. Lagunya pula disusun oleh J. A. Roeytenberg yang merupakan Ketua Pancaragam di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Tuanku Sultan sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir.[1]

Lirik[sunting | sunting sumber]

Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Utusan Malaysia. 2008. 30 Ogos.