Allen, Río Negro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Allen adalah sebuah bandar di provinsi Río Negro, Argentina. Ia mempunyai 26,083 penghuni menurut 2001 census [INDEC]. Ia terletak di bahagian kiri (utara) Alto Valle Río Negro, berhampiran dengan permulaannya di kuala Sungai Neuquén dan Limay, kira-kira 20 km (12 bt) barat General Roca dan 35 km (22 bt) timur Neuquén.

Allen telah didirikan pada 25 Mei 1910 oleh Patricio Piñeiro Sorondo. Namanya adalah penghargaan kepada jurutera British Charles Allen, seorang pemilik tanah tempatan dan ahli syarikat kereta api Gran Ferrocarril Sur, yang mengurus pembinaan stesen kereta api bandar.

Bandar ini dibahagi dua oleh sebuah terusan berpunca dari Empangan Ingeniero Ballester yang membawa air untuk pengairan dari Sungai Neuquén. Aktiviti ekonomi tradisional utamanya, yang masih menjadi paling penting, adalah indsutri buah-buahannya. Allen adalah Ibu Negara Buah Pear, menuanrumahkan Pesta Kebangsaan Buah Pear tahunan, dan pusat Pasar Buah-Buahan Río Negro.

Rujukan[sunting | sunting sumber]