Alor Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandaraya Alor Setar
الور ستار
Skyline of Bandaraya Alor Setar
Mohor bagi Bandaraya Alor Setar
Mohor
Nama samaran: AS, Bandaraya Bertamadun
Negara Malaysia
Negeri Kedah
Pembentukan 1502
Taraf Bandar Raya 21 Disember 2003
Kerajaan
 - Datuk bandar Dato’ Haji Mat Noh bin Ahmad (2011)
Kawasan
 - City 257.1 batu persegi (666 km²)
Kepadatan (2010)[1]
 - City 390,000
 - Kepadatan 3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²)
 - Metro 0.6 juta
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: http://www.mbas.gov.my/
Menara Alor Star


Alor Setar (Jawi: الور ستار, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star ialah ibu negeri Kedah, Malaysia, bandar terbesar negeri Kedah, bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar. Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu. Bandar Anak Bukit merupakan bandar diraja juga terletak di kawasan Bandaraya Alor Setar di Negeri Kedah.

Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar (U) dan plaza tol Alor Setar (S) serta stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar.

Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Isi kandungan

[sunting] Asal usul

Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini berlokasi di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh,Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang.Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.

Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandaraya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya ke Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku,Jalan Tunku Ibrahim , Alor Setar. Di antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah adalah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong.Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.[2]

[sunting] Sejarah Awal Pembukaan Bandar Alor Setar

Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh seorang Raja Melayu iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dalam tahun (1710-1778). [3] Baginda merupakan raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar Cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.

Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya – mungkin kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat dimana dua batang sungai bertemu.Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota batu, bernama Kota Setar” Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.

Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang disekitar kota iaitu dikenali sebagai ‘Stak Tree’ jadi pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II terus bersemayan di istana Kota Setar dan banginda menjadikannya sebagai Bandar diraja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seorang Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di kuala sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pendalaman. Disamping, dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.

Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu disitu dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.

Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedangan asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedangang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang dari sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan dan pentabiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat kepada Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).

Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama- kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu bersinggah disitu. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.

Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausah Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil, disamping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.

Alor Setar adalah sebuah Ibu Negeri yang tertua sekali di negara ini. “ Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun . Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.

[sunting] Iklim

Alor Setar mempunyai terletak dalam kawasan iklim monsun tropika dalam pengelasan iklim Koppen. Alor Setar mempunyai musim hujan yang panjang.

Data iklim untuk Alor Setar
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 32.2
(90)
33.3
(92)
33.9
(93)
33.9
(93)
32.2
(90)
31.7
(89)
31.1
(88)
31.1
(88)
30.6
(87)
30.6
(87)
31.1
(88)
31.1
(88)
31.7
(89)
Purata rendah °C (°F) 21.7
(71)
21.7
(71)
22.8
(73)
23.3
(74)
23.9
(75)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
23.3
(74)
22.8
(73)
22.2
(72)
22.8
(73)
Kerpasan mm (inci) 60
(2.36)
50
(1.97)
140
(5.51)
220
(8.66)
270
(10.63)
190
(7.48)
190
(7.48)
260
(10.24)
320
(12.6)
300
(11.81)
200
(7.87)
130
(5.12)
2,390
(94.09)
Sumber: http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=30684&refer=&units=metric

[sunting] Slogan Jom Pi Alor Setar

‘JOM PI ALOR SETAR’ Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke semasa termasuklah bandaraya Alor Setar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Mercu Tanda di Kedah Darul Aman khususnya Alor Setar mempamerkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan, binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri Kedah itu sendiri. Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.

[sunting] Pengangkutan

[sunting] Jalan Raya

Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Setar: Alor Star Selatan dan Alor Star Utara.

[sunting] Bas

Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.

[sunting] Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Pusat Bandaraya Alor Setar.Stesen ini terletak di Jalan Stesen. Keretapi Berkembar Eletrik (Ipoh-Padang Besar) sedang dalam pembinaan.

[sunting] Lapangan Terbang

Alor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Jalan Anak Bukit,Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur.

[sunting] Feri Kuala Kedah

Alor Setar juga mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi untuk pergi-balik.

[sunting] Politik


Daerah Kota Setar melalui (Dewan Rakyat)

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parliamen Parti
P8 Pokok Sena Mahfuz Omar Pakatan Rakyat (PR)
P9 Alor Setar Chor Chee Heung Barisan Nasional (BN)
P10 Kuala Kedah Ahmad Kassim Pakatan Rakyat (PR)


Daerah Kota Setar(Dewan Undangan Negeri)

Parlimen Dun Kedudukan Nama State Assemblyman Parti
P8 N11 Derga Cheah Soon Hai Barisan Nasional (BN)
P9 N12 Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah Barisan Nasional (BN)
P9 N13 Kota Darulaman Lee Guan Aik Pakatan Rakyat (PR)
P9 N14 Alor Mengkudu Ismail Salleh Pakatan Rakyat (PR)
P10 N15 Anak Bukit Amiruddin Hamzah Pakatan Rakyat (PR)
P10 N16 Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa Pakatan Rakyat (PR)
P10 N17 Pengkalan Kundor Phahrolrazi Zawawi Pakatan Rakyat (PR)

[sunting] Kesesakan Lalu Lintas

Pertambahan penduduk di Alor Setar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas beberapa jalan di Alor Setar pada waktu puncak:

  • Jalan Langgar
  • Jalan Telok Wanjah
  • Jalan Alor Mengkudu
  • Jalan Sultan Muhammad Jiwa
  • Lebuhraya Sultanah Bahiyah-(Jalan Alor Setar-Perlis)
  • Jalan Kuala Kedah
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim
  • Jalan Teratai

[sunting] CCTV

CCTV dikuatkuasakan di Alor Setar pada pertengahan tahun 2010.

  • Simpang Hospital Lama
  • Simpang ke Tesco Mergong
  • Simpang ke Perniagaan Sultan Abdul Hamid
  • Simpang ke Perlis
  • Simpang ke Pekan Rabu dan Star Walk
  • Simpang ke Pekan Simpang Kuala
  • Simpang ke Hospital Sultanah Bahiyah
  • Simpang ke Jalan Gangsa
  • Simpang keluar Tol Utara
  • Simpang keluar Tol Selatan
  • Simpang I-City-Jalan Putra-Lebuhraya Darul Aman

[sunting] Bandar Baru

[sunting] Kawasan Di Bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar

  • Bandar Baru Mergong
  • Bandar Stargate
  • Pusat Bandaraya Alor Setar
  • Bandar Starcity
  • Tandop Baru
  • Desa Seraya
  • Desa Kiara
  • Bandar Seri Ampang
  • Mergong
  • Pekan Simpang Kuala
  • Anak Bukit
  • Tandop
  • Alor Merah
  • Mentaloon
  • Pantai Johor(Alor Setar)
  • Kuala Kedah
  • Alor Janggus
  • Kota Sarang Semut
  • Langgar
  • Simpang Empat
  • Titi Gajah
  • Kepala Batas (Alor Setar)
  • Alor Mengkudu
  • Tanjung Bendahara

[sunting] Kemudahan

[sunting] Masjid

  • Masjid Zahir-Masjid Negeri (Jalan Sultan Muhammad Jiwa)
  • Masjid Aman (Lebuhraya Sultanah Bahiyah)
  • Masjid Darul Salam (Tambak Bunga) (Jalan Kuala Kedah)
  • Masjid El-Ghufran (Persiaran Sultan Abdul Hamid lebih dikenali sebagai Jalan Pegawai)
  • Masjid Al-Aziz Tanjung Bendahara (Jalan Tanjung Bendahara)
  • Masjid Telok Chengai (Jalan Kuala Kedah)
  • Masjid Ehsan (Jalan Bunga Raya)
  • Masjid Kampung Berjaya (Jalan Kampung Berjaya)
  • Masjid Al-Irfan (Jalan Langgar)
  • Masjid Al-Bukhary (Jalan Langgar)
  • Masjid Sultanah Bahiyah (Jalan Sultanah)
  • Masjid Alor Merah (Jalan Alor Merah)
  • Masjid Pantai Johor (Jalan Pantai Johor)
  • Masjid Al-Rahmah (Lebuhraya Sultanah Bahiyah)
  • Masjid Tandop (Jalan Tandop)
  • Masjid Tunku Abdul Rahman Putra (Jalan Kuala Kedah)

[sunting] Medan Selera

  • Medan Selera Mergong
  • Medan Selera Merdeka
  • Medan Selera Peremba
  • Medan Selera Alor Merah
  • Medan Selera Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar (dahulunya Medan Selera Hospital Alor Setar)

[sunting] Rekreasi

[sunting] Pengajian

[sunting] Sekolah Yang Terkenal

[sunting] Hospital

[sunting] Kemudahan Awam

  • Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air
  • Jabatan Pengangkutan Jalan Alor Setar (JPJ), Jalan Perak
  • Ibu Pejabat Pos Kedah, Jalan Stadium
  • Pejabat TV3,NTV7,TV9,TV8
  • Pejabat Pos Alor Setar,Jalan Raja
  • Cawangan Pos Alor Setar,Jalan Tunku Ibrahim
  • Stesen Bas Shahab Perdana,Lebuhraya Sultanah Bahiyah
  • Telekom Malaysia,Jalan Kolam Air
  • Tenaga Nasional Berhad,Jalan Telok Wanjah
  • Ibu Pejabat Polis Trafik Alor Setar,Jalan Raja
  • Kompleks Mahkamah Alor Setar,Jalan Suka Menanti
  • Mahkamah Syariah Alor Setar,Bandar Muad'zam Shah, Anak Bukit
  • Kastam Diraja Malaysia,Persiaran Sultan Abdul Hamid
  • Ibu Pejabat SADA, Jalan Sultan Badlishah
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Lebuhraya Darul Aman
  • Pejabat Kesihatan Negeri Kedah, Lebuhraya Darul Aman
  • Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
  • Pejabat Pelajaran Negeri Kedah,Jalan Stadium
  • Majlis Agama Islam Negeri Kedah
  • Jabatan Agama Islam Kedah,Jalan Tunku Ibrahim
  • Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah,Jalan Stadium
  • Majlis Belia Dan Sukan, Jalan Stadium

[sunting] Kompleks Membeli- Belah

  • Star Parade (Pacific Hypermarket)
  • Alor Setar Mall (Pacific Hypermarket)
  • Tesco Mergong
  • Tesco Stargate
  • City Plaza
  • Kompleks MBAS
  • Souq Al-Bukhary (Giant Hypermarket)
  • Sentosa Plaza
  • Kedah Shopping Centre
  • Billion Supermarket (Pasar Besar Alor Star)
  • TSB Superstore
  • Mydin Mall, Taman Saga
  • AEON Jusco Alor Setar City (perancangan)
  • Ukir Mall
  • Aman Central Mall (dalam pembinaan, dibuka pada 2014)

[sunting] Hotel dan Resorts

[sunting] Tempat-tempat menarik

[sunting] Perindustrian

Alor Setar juga merupakan pusat perindustrian utama di Kedah:

  • Kawasan Perindustrian Mergong 1
  • Kawasan Perindustrian Mergong 2
  • Kawasan Perindustrian Mergong Barrage
  • Kawasan Perusahaan Tandop Baru
  • Taman Perindustrian Kristal
  • Taman Perindustrian 2010
  • Taman Perindustrian Ringan

[sunting] Perkembangan Alor Setar

Fail:Buildings a.jpg
Bangunan baru Mahkamah Syariah terletak di sebelah Barat
Fail:Buildings b.jpg
Bangunan Pentadbiran lengkap di Timur

Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang tahun 2010, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit di Anak Bukit akan menjadi Pusat Pentadbiran baru selepas bandaraya Alor Setar. Kini, Bandar Muadzam Shah (Anak Bukit) akan melalui pembangunan infrastruktur utama. Ini termasuk balai polis baru Anak Bukit, Jabatan Pendaftaran Negara baru negeri Kedah dan juga bangunan baru kerajaan negeri. Stesen keretapi (Stesen Keretapi Antarabangsa Anak Bukit) juga akan dibina di sini apabila kereta api elektrik berkembar projek selesai.

[sunting] Sukan

Alor Setar merupakan sebuah bandaraya yang lengkap dengan kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan di Alor Setar ialah:

[sunting] Rujukan

  1. Perangkaan Alor Setar
  2. Alor Star kembali ke Alor Setar. Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 15 Januari 2009.
  3. [1]<

[sunting] Lihat Juga

[sunting] Pautan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain